Saturday, January 15, 2011

PAS doakan kemenangan rakyat Tunisia

KUALA LUMPUR, 15 Jan: “PAS mendoakan kemenangan rakyat di Tunisia dan akan mendapat perlindungan Allah SWT,” kata Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Katanya, PAS mengikuti dengan teliti perkembangan di Tunisia dan melahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Tunisia yang telah menggulingkan rejim Ben Ali yang merupakan rakan akrab Amerika Syarikat dalam menentang 'terroris Islam'.

“Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim Ben Ali dengan membunuh serta memenjara ribuan para ulama serta para cendekiawan adalah kemuncak kezaliman rejim yang mendapat sokongan kuasa Barat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, rakyat Tunisia dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Ben Ali.

“PAS yakin dengan kebangkitan rakyat ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana rejim yang zalim dengan menafikan hak serta kebebasan termasuk di Malaysia dan kepada setiap suara rakyat,” ujarnya.

Harakahdaily

Isu azan: Peguam buat aduan sudah pindah tempat tinggal

Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang (tengah) bercakap dengan wartawan semasa tunuuk perasaan semalam. - Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Gabungan NGO Malaysia menganggap isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini “sudah selesai” dengan pengadunya — mendakwa dia seorang anggota MCA dan juga peguam — telah berpindah dari kawasan tersebut baru-baru ini.

Setiausaha Agung gabungan itu, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau dimaklumkan bahawa individu berkenaan telah menulis e-mel kepada pihak yang dia pernah mengadu mengatakan mahu berpindah dari kondominium tempat tinggalnya di Pantai Hill Park atas faktor keselamatan.

Kondominium Pantai Hill Park terletak kira-kira satu kilometer dari masjid tersebut.

“Saya dimaklumkan oleh pihak yang menerima salinan aduannya bahawa mereka ada menerima e-mel dua tiga hari yang lalu mengatakan dia sudah mengambil pendekatan mahu berpindah kerana bimbang keselamatan diri dia... itu maklumat yang kami terima,” kata Jurit kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Jurit berkata, pihak yang menerima salinan surat peguam berkenaan meminta pihak-pihak yang mengadakan tunjuk perasaan semalam supaya tidak memanjangkan isu azan ini dan melihat ia “sudah selesai” selepas dia memutuskan untuk berpindah.

“Jadi kami pun menganggap ini sudah selesai. Kita tidak mahu perkara ini berpanjangan lagi.

“Kita mahu persekitaran yang aman, kalau keadaan tidak tenang, kita tidak boleh hidup tenang dan tenteram,” kata beliau.

Semalam, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak agar peguam terbabit ditahan di bawah ISA.

Kumpulan itu terdiri daripada anggota kumpulan NGO Pekida dan Perkasa mendakwa peguam terbabit menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan.

Penunjuk-penunjuk perasaan berkenaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang ketika berdemonstrasi.

Ditanya tindakan susulan Gabungan NGO Malaysia, Jurit berkata, pihaknya tidak mahu memanjangkan isu ini lagi.

“Tetapi tindakan penduduk kawasan itu, kami tidak tahu. Kami menganggap isu ini sudah selesai,” kata beliau lagi.

Katanya walaupun pihaknya menganggap isu ini sudah selesai tetapi sekurang-kurangnya pengadu perlu memohon maaf kepada umat Islam.

“Tindakan ini perlu untuk meredakan keadaan dan kita mahu setiap kaum hormat-menghormati agama dan kaum lain,” kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada pihaknya ada mengunjungi unit kediaman peguam itu sebelum ini, Jurit berkata:

“Tidak, kami tidak menemui pengadu, tetapi hanya menerima maklumat daripada salinan surat aduan.”

Semalam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak termasuk pengurusan masjid agak memperlahankan laungan azan atau menghentikan penggunaan pembesar suara untuk tujuan azan.

Jurit berkata, pihak berkuasa dan pengurusan tidak seharusnya melayan aduan-aduan daripada orang perseorangan.

“Dalam kes ini, aduan daripada seorang individu, mengapa perlu kita layan? Melainkan dia mewakili mana-mana pertubuhan atau parti, kita boleh melayan... sepatutnya kita tidak melayan surat individu,” kata beliau lagi.

“Surat dan aduan orang perseorangan, kita pun tidak pasti boleh percaya atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun Jurit berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya memang tiada arahan rasmi tetapi difahamkan ada perbincangan mengenai aduan yang diterima daripada peguam berkenaan.

Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, peguam itu berkata, “sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPM, MCA dan Gerakan.”

“Sebagai seorang penghuni yang telah lebih daripada lima tahun menghuni di Pantai Hill Park, saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al-Ikhlasiah yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah,” katanya.

Bagaimanapun kata peguam itu, sejak beberapa bulan lalu dia mendapati bunyi laungan azan tiba-tiba menjadi “amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 pagi.”

“Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 21, dan jarak Pantai Hill Park dari masjid tersebut adalah lebih kurang satu kilometer.

“Menurut khabar angin, imam yang baru telah ditukar ke masjid ini,” katanya.

Dia seterusnya menulis, “saya juga pernah menelefon pejabat polis Kuala Lumpur dan menurut pegawai atasan di sana, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid dan lagi kuat bunyi itu lagi baik, untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang.”

“Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam permis persendirian juga harus dihormati.

“Saya berpandangan kekuatan pembesar di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama, mesti dikawal oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, melalui peraturan yang saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel (dB), tidak boleh mengatasi undang-undang,” katanya sambil menambah, “seperti di rumah kampung saya di Seremban, didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal.”

MI

UMNO Kantoi isu azan masjid Kg Kerinchi


Jawi nafi beri arahan dalam isu azan masjid Kg Kerinchi -

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan ekoran permintaan seorang peguam, mendakwa dirinya ahli seumur hidup MCA.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini, Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali menegaskan, beliau tidak tahu-menahu tentang arahan tersebut.

Kakaka: Kalau bukan JAWI yang bagi arahan, ada tangan hantu yang bagi. hancur

The Malaysian Insider

Friday, January 14, 2011

Isu SUK : ADUN Umno Didakwa Peralat Istana


SHAH ALAM 14 JAN : Adun Umno sekali lagi memperalatkan Istana untuk mencapai hasrat mereka memulau siang Dewan Negeri Selangor bagi memulihkan kuasa-kuasa Sultan dan Menteri Besar untuk melantik pegawai-pegawai eksekutif kerajaan negeri.

Pakar undang-undang Profesor Dr Aziz Bari berkata alasan ADUN Umno kononnya Pakatan Rakyat tidak mendapatkan pekenan Sultan untuk mengadakan sidang itu tidak masuk akal kerana sememangnya tidak ada keperluan sebegitu.

Beliau berkata hakikat ialah Umno sendiri yang menghakis kuasa Sultan dan kini mengangkat diri sebagai pembela istana di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"Jadi kita harus faham bahawa dalam peruntukan undang-undang kuasa itu secara formalnya diletakkan di tangan Yang Dipertuan Agung ataupun Sultan ataupun Yang DiPertua Negeri tapi secara formal. Maka kuasa itu tidak boleh dillihat sebagai kuasa mutlak untuk menyekat atau mengawal dewan, kalau begitu maka bukan Raja Berperlembagaan seperti yang dikatakan," jelas beliau.

TVS NEWS

Detikdaily - Hanya Kerana Satu Aduan,Maruah Islam Dikorbankan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan. Apakah malang bagi sebuah negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam apabila Perdana Menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam.



Umat Islam seluruhnya juga merasa terpukul dengan arahan ini yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. DPPWP dan umat Islam tidak boleh menerima hakikat arahan ini, kerana azan adalah kaedah dakwah Islam kepada masyarakat bukan Islam bagi mengajak mereka terhadap keindahan Islam. Azan juga adalah sebagai seruan kepada umat Islam agar menjaga ibadah dan seterusnya mengimarahkan masjid.

Baca lagi Detikdaily


Thursday, January 13, 2011

Khusrin: Sultan arah 'Dato Seri' Khir Toyo digantung - Malaysiakini

dikemaskini 5:30pm Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya.

sultan of selangor sharafuddin idris shahKeputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan hari ini.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.

Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.

NONE“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Khusrin.

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

khir toyo mansion 060709 08Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.

Malaysiakini

Jurusolek dakwa dicabul terima SMS lucah - Malaysiakini

Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.

“Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan,” kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.

“Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris.”

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

“Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan,” kata Leong.

Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.

Leong juga menafikan bahawa vwanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.Jurusolek dakwa dicabul terima SMS lucah -


Malaysiakini

Wednesday, January 12, 2011

Anak desak Isa tarik balik ugut kakitangan Felda

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menarik balik ugutan terhadap kakitangan agensi tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya Isa enggan berbuat demikian, pihaknya akan menimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap Isa.

"Saya minta Tan Sri Isa Samad menarik balik kenyataan beliau dan jika tidak, kita akan buat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana secara jelas beliau menggunakan kuasa sebagai pengerusi Felda untuk mengugut kakitangan Felda," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Isa dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney, dekat sini Ahad lalu.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar PAS juga berkata, tindakan Isa itu membuktikan bahawa beliau memang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meraih sokongan kakitangan Felda yang dilihat semakin cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Saya yakin Isa Samad dihantar oleh Najib Razak untuk menyampaikan maksud agenda politik BN kepada masyarakat khususnya warga Felda supaya mereka mengekalkan sokongan kepada BN.

(Baca sini)http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30301:anak-desak-isa-tarik-balik-ugut-kakitangan-felda&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Dewan Negeri Selangor Siap Sedia Pinda Perlembagaan



SHAH ALAM 11 JAN : Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata pihaknya sudah selesai memberikan pandangan dan nasihat serta kesan-kesan pindaan dalam draf yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor bagi meminda perlembagaan negeri itu.

Aziz Bari ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan negeri menyediakan draf pindaan dan Khalid sebagai Menteri Besar akan menjelaskan kepada Dewan mengenai kronologi dan isu sebenar dalam krisis pelantikan tersebut.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri melantik Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Baca lagi TVS NEWS

Tuesday, January 11, 2011

Pengerusi Baru Ugut Pecat Kakitangan FELDA Jika Sokong Pakatan Rakyat



SHAH ALAM 11 JAN : Dalam ucapan sulungnya kepada kakitangan FELDA, Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dilaporkan harakahdaily telah mengugut memecat mana-mana kakitangannya yang menyokong Pakatan Rakyat.

Ugutan itu kata Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan(DPPWP) Herman Samsudeen disampaikan dalam pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan FELDA di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney pagi tadi.

Dalam pertemuan pagi tadi, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan Generasi ketiga FELDA yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak FELDA Kebangsaan (ANAK) yang dipengerusikan oleh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat Mazlan Aliman.

Dalam satu kenyataan DPPWP) kesal dengan tindakan Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangannya yang didapati menyokong Pakatan Rakyat.

Majoriti kakitangan FELDA yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan beliau yang mahu menunjukan kuasa itu. Mereka yang menyokong Barisan Nasional pun naik meluat dengan beliau.

Ugutan terbuka itu mengambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka FELDA kepada Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum ke -13.

"Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN.

"Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesuka hatinya memecat kakitangan FELDA yang menyokong Pakatan.

"Hak setiap kakitangan FELDA untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan. Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan FELDA, dan beliau boleh diheret ke Mahkamah selepas itu," ujar beliau.

Beberapa pegawai kanan FELDA Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama FELDA telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh ANAK baru-baru ini.

Kemenangan peneroka FELDA Kemahang Tiga dan FELDA Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya mengantikan Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi ADUN undi Pos di Bagan Pinang.

"Kita menggesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi FELDA dibawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

"Skandal Rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

"Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti FELDA. Apa agenda Najib sebenarnya?," soal beliau.

TVS NEWS

Gempar! Gambar Aduka Taruna dipukul oleh Taliban Rusila



Tuan Songkok Putih, saya terpanggil untuk menulis di sini mengenai isu Aduka Taruna yang dikatakan dipukul di hadapan Masjid Rusila.

Pada hari kejadian, saya terkejut semasa nak pulang ke rumah dengar bising. Saya mengingatkan ini adalah kerja-kerja orang mencuri selipar atau kasut di masjid. Dalam hati saya terlintas, di Masjid Haji Hadi pun ada orang curi kasut!

Saya bergegas ke tempat kejadian dan saya sempat ambil gambar. Harap Tuan Songkok Putih tolong masukkan gambar yang saya serta bersama artikel ini.



Saya juga ada membaca blog dan laman yang mencerca Datok Presiden PAS Haji Hadi dengan pelbagai tuduhan tak berasas dan saya terpanggil untuk menyatakan maklumat kebanyakkan direka cipta sahaja untuk menunjukkan kami khairah yang menadah kitab dan bersolah di sini solah-olah jahat belaka.

Tak ramai orang yang ada pada hari itu. Tak lebih daripada 20 orang sahaja. Tapi ada yang tulis 300 orang dan ada yang tulis lebih daripada 100 orang. Rasanya memang mereka nak jahatkan Tok Guru Haji Hadi semata-mata.

Lagi pun takkan budak kecil yang kepung dan pukul Aduka Taruna. Saya rasa macam perbohongan belaka.

Tengok pada gambar ini, nampak macam tak ada apa-apa sekadar Aduka menyebut berikan saya masa, berikan saya laluan saya nak ke balai polis.

Itu yang saya dengar daripada Mulut budak dalam gambar ini yang dikatakan Aduka.

Rasanya pembaca boleh menilai sendiri. Saya sekadar meyampaikan apa yang saya nampak dan saya ambil gambar.

Saya rasa betul kata Pak Wahab. Lawan ulamak boleh masuk neraka!
Aduka kena belajar kitab baru boleh faham.

....
Saya edit tajuk asal 'cerita di Rusila' kepada tajuk di atas. - SP


Tranungkite Online v11

Monday, January 10, 2011

PAS ikrar setia dengan Pakatan Rakyat - Malaysiakini

PAS ikrar setia dengan Pakatan Rakyat - Malaysiakini

Pemimpin tertinggi PAS berikrar akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.

NONEJaminan ini dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Hadi berkata demikian ketika berpidato pada majilis solat hajat perdana di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam. Majlis itu diadakan bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama dalam isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor.

"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.

NONE“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," katanya.

Majlis anjuran PAS ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 12 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor.

Pengkhianatan Umno

NONETurut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini.

Nik Aziz pula dalam pidatonya, menyentuh pengkhianatan Umno ketika PAS menjadi komponen BN.

"Dia nak bela Melayu tapi Melayu Kelantan tak nak bela. Inilah Umno. Nak suruh PAS berpadu dengan dia. Kita dah masuk BN, itupun dengan permintaan Allahyarham Tun Razak.

"Bila masuk dia tendang kita. Saya ingat pepatah Arab. 'Anjing yang kurus, bagi makan sampai gemuk, dia gigit kita balik. Oleh yang demikian bila dia minta balik bersungguh minta balik bekerjasama kita kata tidak," kata Nik Aziz.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata kontroversi pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu sudah selesai.

NONEKatanya, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong.

“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.

Tiada tafsiran lain

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.

Hadi pula pada sidang media yang sama berkata pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

NONE“Kita sudah maklumkan, kita juga sudah buat kenyataan terbuka mengenainya (pertemuan 24 Disember).

“Bila kita maklumkan tidak perlu saya beritahu, jadi jangan nak soal siasat macam polis,” kata ahli parlimen Marang itu.

Sebelum ini, Nik Aziz juga menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Tak ada dah, tutup 'book' (buku) dah,” katanya.

Malaysiakini

Mahfuz : Umno Kian Terdesak 'Peralat' Utusan Kaburi Mata Rakyat



KUALA LUMPUR 9 JAN : Datuk Mahfuz Omar menyifatkan parti Umno kini berada dalam keadaan terdesak sehingga menggunakan Utusan Malaysia bagi mengaburi mata rakyat dalam isu hubungan antara parti politik dan monarki di Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tuduhan mengenai PKR dan DAP anti sultan dan mahu menjadikan Malaysia sebuah republik dalam kolum Awang Selamat hari ini membelakangi hakikat sebenar cadangan yang cuba dilakukan Pakatan Rakyat.

"Kenyataan yang dibuat Awang Selamat ini menunjukkan Umno dalam keadaan kritikal apabila cuba menonjolkan dan menaikan isu bahawa PKR dan DAP sebagai anti sistem kesultanan dalam negara kita ini dan cuba mengaitkan isu Khusrin seolah mengkhianati tapi pada hakikatnya kita cuba mengembalikan kuasa lantikan kepada Sultan atas nasihat Menteri Besar," katanya kepada Tv Selangor.

Dalam kolum hari ini, Awang mendakwa Khalid dengan didalangi oleh DAP mahu mencetuskan krisis perlembagaan di Malaysia serta PKR dan DAP sengaja memainkan isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi kerana mahu mengalihkan perhatian daripada kegawatan dalam PKR serta kelemahan kerajaan negeri

Baca lagi -TVS NEWS

Sunday, January 9, 2011

Guru diberi amaran undi BN – Mazlan

LABIS : Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Dr Wee Ka Siong bersama Pengarah Pelajaran negeri Johor, Markom Giran mengingatkan semua guru-guru perlu mengundi BN dan mempercepatkan mesyuarat PIBG Januari ini.

Demikian pendedahan oleh Timbalan Pengarah 1, Jentera Operasi PRK, Mazlan Aliman yang mendakwa Ka Siong bersama Markom telah berkempen awal supaya guru-guru menyokong calon BN dalam PRK Dun Tenang.

Katanya, mereka juga telah mengarahkan supaya mesyuarat PIBG ditambah dengan program sampingan dipercepatkan Januari ini yang setiap tahun diadakan pada bulan Mac.

Menurut beliau, tindakan Ka Siong dan Markom itu menyebabkan guru-guru tidak berpuas hati kerana menambah bebanan guru-guru dalam bulan Januari.- Baca lagi

Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor mendapati Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) juga telah turun ke Dun Tenang bersama Penasihat Agama Johor, Dato’ Noh Gadut. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli juga dimaklumkan telah turun berkempen walaupun hanya ada 100 orang


Wanita lwn wanita di Tenang?

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Besar Kemungkinan pertembungan antara wanita berlaku di Tenang apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

"Mesyuarat hari ini telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ianya hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak