Saturday, December 26, 2009

3 PM punya 3 iklan yang rugikan rakyat

3PM mempunyai 3 iklan

بسم الله الرحمن الرحيم

Halik Zaman

ZAMAN Tun Mahathir rakyat telah digembar gemburkan dengan 'wawasan 2020' . Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi di highlight kan 'Islam Hadari' . Mohd. Najib Tun Razak hari ini mengiklankan pula cogankata '1Malaysia' . Anwar Ibrahim dengan 'masyarakat madani'. Lain pemimpin lain mottonya.

Wawasan 2020 sudah luput dari ingatan rakyat seperti luputnya kuasa Dr. Mahathir dibumi Malaysia. Wawasan 2020 Mahathir cuma memberi satu harapan kosong kepada rakyat Malaysia menanti janjinya bahawa pada tahun 2020 semua rakyat punya rumah sendiri, punya pekerjaan, punya kereta proton saga sendiri, punya niaga sendiri pendek kata tiada rakyat Malaysia yang miskin lagi.

Hanya yang nyata barisan pemimpin UMNO/BN yang kaya-raya dan yang tidak pernah mengenal erti sebenar kemiskinan. Kerana kuasa yang ada ditangan mereka membolehkan mereka menggali seberapa banyak harta waima dari segala bentuk sumber hatta dari wang rakyat Malaysia.

Selagi akaun-akaun mereka tidak penuh, selagi itulah mereka akan bekerja keras bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan diri dan keluarga mereka. Itulah pengertian definisi WAWASAN 2020 bagi pemimpin UMNO/BN dibawah jajahan Dr Mahathir, pemimpin yang kita dengar orang kata diktator itu pada zamannya.

Islam Hadari, kononnya Abdullah Ahmad Badawi mahu jadi 'hero orang Islam' mahu merubah Islam sebagai Islam yang berkemajuan, Islam yang canggih, Islam yang moden. Seolah olah Islam itu diturunkan oleh Allah swt dalam Al-Quran sebagai tidak berkemajuan, tidak canggih dan tidak moden dizaman Rasullullah saw.

Abdullah Ahmad Badawi lah yang menghadarikannya. Bila hari ini Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak berkuasa lagi maka Islam itu kembali mundur kerana Najib tidak menghadarikannya lagi.

Tapi jika dilihat dari aspek lain, Islam Hadari apa yang cuba Abdullah Ahmad Badawi cuba ketengahkan ? Pemimpin bagaimanakah yang tidak tegar menegur bilamana kekhilafan berlaku di depan mata ?

Sebagai seorang pemimpin yang bermotifkan kepimpinan Islam Hadari, adalah menjadi suatu tanggungjawab baginya memperbetulkan kesilapan, bukan hanya memandang guna mata sahaja.

Kelembikan dan ketidak-tegaran menegur dan membimbing akhirnya memakan dirinya sendiri apabila terdapat pemberontakan dalaman dikalangan menteri kabinetnya yang berani mencabar beliau supaya meletakkan jawatan secara terang-terangan.

Dimanakah maruahnya sebagai seorang Ketua Pemimpin ? Nampak sangat beliau tidak ada harga dikalangan rakyat dan menteri-menterinya sendiri ?

1Malaysia apa ini? Cogankata kah atau satu projek untuk rakyat kah? Semua orang tidak tahu. Cuma rakyat diberi tahu bahawa "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".

Timbul soalan, apa benda yang rakyat sudah dahulukan? Apa sudah pencapaian yang diutamakan? Semua kabur tidak jelas. Yang jelas suruh rakyat bersatupadu menyokong UMNO/Barisan Nasional untuk menguatkan pengaruh Najib sambil menggamit sokongan rapuh dari Big Maminya.

Setelah Najib wujudkan 1Malaysia. Ini seolah olah menggambarkan sebelum Najib jadi Perdana Menteri negara kita ini ada 13Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia meliputi 11 Negeri Negeri dalam Semenanjung.

Jadi, Najib lah sebenarnya sebagai hero Malaysia kerana berjaya menjadikan 1Malaysia daripada dulunya 13Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Cogankata "rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan'. Di mana kesahihan cogankata ini ? Apakah sumbangan yang mereka berikan kepada rakyat ?

Tariff elektrik, minyak, barangan asas keperluan rakyat kosnya meningkat naik. Rakyat pedalaman dan luarbandar banyak yang semakin kesempitan hidup. Apa yang telah BN 'dahulu'kan kepada rakyat ?

Yang nyata, bilamana ada pilihanraya kecil, barulah rakyat di 'hulurkan' dengan tujuan supaya undi rakyat kampung di'hadiahkan' kepada calon UMNO/BN.
Seperti dalam dialog wayang Tan Sri P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang "dua untuk aku satu untuk kau". Begitulah hakikatnya. UMNO/BN hulur, rakyat harus 'bayar' balik dengan pangkahan undi BN calon mereka.

Timbul persoalan, apa kah sebelum Najib jadi Perdana Menteri, halatuju Barisan Nasional dulu bukan rakyat didahulukan? Tidak ada pencapaian diutamakan semasa BN memerintah dulu?

Kalau itulah maknanya 1Malaysia seolah olah selama ini BN telah bermain politik songsang kepada rakyat Malaysia? Jadinnya "Tipah Double Tertipu Lagi? ".

Memang pada dasarnya, rakyat Malaysia telah lama ditipu dan di perdayakan oleh kepimpinan UMBO/BN. Cuma masih ada rakyat yang 'kabur' dan suka diperdayakan oleh UMNO/BN. Di hulurkan RM100-200, mereka segera lupa akan kesengsaraan mereka.

Mereka lupa huluran RM100-200 cuma mampu bertahan sehari dua sahaja ekoran kos kehidupan rakyat meningkat hari demi hari tanpa mereka sedari. Golongan inilah yang harus kita buka minda dan mata mereka untuk melihat kebenaran yang terselindung disebalik lakonan-lakonan pemimpin UMNO/BN.

Wawasan Anwar Ibrahim, "Masyarakat Madani" dalam satu negara penduduknya berbilang bangsa dan fahaman agama mahu dimajukan. Tiada bangsa dalam negara Malaysia ini merasa kerugian.

Ada kah bangsa Melayu mahu kerugian? Jawabnya TIDAK. Cina, India, Bumiputera Islam dan bukan Islam mahu kerugian? Jawapan yang sama TIDAK. Bagusnya masyarakat madani semua dibantu tidak pilih bulu, semua bangsa tidak ketinggalan dalam mengecapi arus kemajuan rakyat madani.

Jadi, kalau semua suku bangsa rakyat Malaysia beruntung dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat, apa masalahnya?

Berbanding dengan Kerajaan UMNO/BN yang cuma untung adalah pemimpin pemimpin, orang orang besar, dan kroni kroni mereka sahaja. Kamu rakyat kampung dapat apa? Bukan kah itu suatu kerugian kepada semua bangsa dalam Malaysia?

Baru-baru ini kita di kejutkan dengan berita kehilangan 2 jet tentera Malaysia. Bagaimana dan mengapa ini berlaku ?

Kita semua tidak percaya ini kerja pencuri dan perompak jalanan yang ada di negara ini. Waima geng perompak terbesar pun tak mungkin bisa melakukannya.

Kerja-kerja ini hanya boleh di lakukan oleh 'orang-orang tertentu' yang pangkatnya bukan satu paku tapi berpaku-paku. Kita juga tidak mungkin dapat percaya kalau kerja-kerja ini di lakukan oleh anggota tentera yang berpangkat rendah.

Apakah Jenderal-Jenderal tentera yang ada di Malaysia ini tidak cukup makan ? Gaji mereka kurang besar kah ? Banyak pertanyaan demi pertanyaan timbul ekoran kehilangan misteri ini . Atau mungkinkah kita boleh pinjam 'AHLI NUJUM@DATUK KENNETH' untuk merungkai misteri kehilangan ini ?

Persoalaannya, siapa yang lakukan ? Dan bagaimana ianya di lakukan tanpa disedari atau pura-pura tidak disedari ?

Banyak kemungkinan dan persoalan timbul. Ini menampakkan betapa lemahnya sistem kawalan anggota tentera kita. Untuk menjaga jet tentera pun mereka tidak mampu, bagaimana kita dapat mempercayai keupayaan mereka untuk mempertahankan negara yang kita cintai ini ?

Yang paling kita kesali, perkara sebegini berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan UMNO/BN dimana Kementerian Pertahanan, Menterinya Dato Seri Najib Tun Razak, orang UMNO/BN.

Banyak desah-desus di kedai kopi kini mula mencurigai keselamatan negara ini dan kini mereka dapat melihat kepincangan pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang semakin luas kelihatan.

Wahai pemimpin-pemimpin UMNO/BN, sudah-sudahlah mencari kesalahan Pakatan Rakyat. Perbaiki dahulu kelemahan dan kemusnahan dalaman UMNO/BN sebelum sibuk mencanangkan kelemahan Pakatan Rakyat.

Tapi, yelah, macam mana mau kerja untuk rakyat sedangkan Ahli-Ahli Parlimen kita sibuk mencari jodoh di kalangan artis-artis muda dan jelita.

Tercabar juga rasa mereka bilamana melihat pengantin baru Bung Mokhtar dengan Zizie. Apa pun, selamat pengantin baru Bung Mokhtar, lepas ni dalam Parlimen tidak boleh lagi bising-bising, hilang nanti seri pengantin !

Yang penting bukan pasal kawin yang jadi isu disini, rakyat perduli apa Raden Moktar nak kawin 3 atau 4 artis, tapi yang penting YB.

Raden Muktar telah menafikan dalam TV3 bahawa khabar angin itu cuma diada adakan. Ini namanya Wakil Rakyat PEMBOHONG. Si-pembohong mana boleh percaya jadi wakil? Tentu sekali janjinya pada rakyat pun beliau sanggup BERBOHONG?

Sumber


Angkara Umno lagi , ajk masjid letak jawatan



بسم الله الرحمن الرحيم

Kira-kira 1000 jemaah yang bersolat Jumaat di Surau/Masjid An Najihin Taman Merdeka Batu Berendam Melaka tergamam apabila semua jawatankuasanya kecuali bilal 1, meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu diumum oleh Imam 1, Shuib sejurus selepas solat jumaat dengan memberi alasan sebab-sebab yang tidak dapat dilelakkan.

Mereka yang meletak jawatan ialah imam 1, imam 2, Bilal 2 dan seluruh jawatankuasa surau/masjid berkenaan.(Baca seterunys disini)

Ayid: Belum selesai lagi kes di Perak, kini timbul pula kes di Negeri Hang Tuah, yang terkenal dengan taat setia kepada Raja Melaka

Dua Perlancaran serentak – UMNO Juara Rakyat – PAS Lancar UMNO Pengkhidanat Rakyat


بسم الله الرحمن الرحيم

PETALING JAYA, Dis 26 — Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dijadual melancarkan secara rasmi Program Umno Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 9 Jan ini.

Najib dijangka melancarkan program itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13.

PAS pula akan mengadakan kempen Umno Pengkhianat Rakyat pada hari yang sama bagi membongkar segala pembohongan dan kezaliman Umno kepada rakyat khususnya orang-orang Melayu dan umat Islam.

Ketua Penerangan PAS pusat Idris Ahmad sebelum ini berkata jentera Penerangan PAS di semua peringkat diminta bersedia untuk menggerakkan kempen ini sehingga ke peringkat akar umbi, khususnya di kubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.

Kata beliau pihaknya akan menggunakan segala kemudahan media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.

Ayid: Kita gunakan sepenuhnya perlancaran mengguna media IT. UMNO menggunkan media putar alam mereka. Kita sama-sama tengok pertarungan ini nanti hingga ke PRU ke 13



KERAJAAN PUSAT PUN ADA MENTERI HARAM

بسم الله الرحمن الرحيم

1 – ISLAM – DUNIA DI DAHULUKAN – AKHIRAT DI UTAMAKAN















KUALA LUMPUR, 25 Dis — Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas. Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP(Baca lagi)

Ayid: Ingat kat Perak saja berlaku haram, dah
melarat kat pusat rupa nya

Friday, December 25, 2009

JABATAN AUDIT MALAYSIA PUN TAK BOLEH PAKAI!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

1 – ISLAM – DUNIA DI DAHULUKAN – AKHIRAT DI UTAMAKAN




BALOG TERBARU DARI SAHABAT: LAYARI;
http://anok-gading.blogspot.com/



KUANTAN – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.(Baca lagi)

Yusuf al-Qaradawi bawa isu qazaf Anwar ke peringkat dunia


1 – ISLAM – DUNIA DI DAHULUKAN – AKHIRAT DI UTAMAKAN
بسم الله الرحمن الرحيم

SHAH ALAM – Pengerusi Majlis Ulamak Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi kesal pendakwaan qazaf (tuduhan zina terhadap orang baik) ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dijalankan dan berjanji akan membincangkannya dengan ulama antarabangsa.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata, Sheikh Yusof memberitahu beliau tidak akan berdiam diri dalam perkara itu.

Zulkifli berkata, Sheikh Yusof juga menyarankannya menemui beberapa tokoh dan ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan serta fatwa mengenai perkara itu.

“Beliau memberikan beberapa nama untuk saya hubungi,” katanya dalam blognya.

Menurutnya, kekesalan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1431 itu diluahkan ketika bertemu Anwar, isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai di Putrajaya baru-baru ini.

Zulkifli berkata, Sheikh Yusof berpendapat perkara berkaitan dengan qazaf tidak patut dilengah-lengahkan.

“Kami menjelaskan kepada beliau mengenai dwi-sistem yang kita ‘amalkan (di Malaysia). Pihak pendakwa syarie memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sebelum menimbangkan untuk dibawa ke mahkamah syariah, sedangkan kes ini akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Menurut Sheikh Yusof, kes berkaitan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kesaksian penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana dia termasuk golongan fasik,” katanya.

Qazaf adalah tuduhan zina. Zina tanpa membawa empat orang saksi adalah haram dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan berserta hukuman kesaksian penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya.

Sumber:


Thursday, December 24, 2009

MALAYSIA MENDAHULUI NEGARA DI DUNIA JET PEJUANG TANPA ENJIN

1 – ISLAM – DUNIA DI DAHULUKAN – AKHIRAT DI UTAMAKAN
Gambar hiasan sahaja
Gambar ikhsan dari anok-gading.blogspot.com


Sebagai rakyat Malaysia kita amat berasa bangga, kerana Malaysia telah mendahului daripada negara-negara di dunia mempunyai Jet Pejuang yang di terbangkan tanpa menggunkan enjin.

Inilah yang ada kehebatan kepada Malaysia, tidak ada di negara-negara lain di dunia. Hebat




MALAYSIA DAH JADI NEGARA SUMPAH

1 – ISLAM – DUNIA DI DAHULUKAN – AKHIRAT DI UTAMAKAN



KUALA TERENGGANU, Dis 23 — Sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini dikejutkan dengan lafaz sumpah Menteri Besar Datuk Ahmad Said bagi menafikan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran beliau.

Katanya segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semuanya dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.

“Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.

“Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat,” katanya.

Ahmad berkata bahawa bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam

pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zam-zam itu.

Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zam-zam dan kurma yang dibangkitkan oleh Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet semalam.

Sepanjang persidangan sejak tiga hari lepas, antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.

Ahmad berkata, wakil rakyat sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan, tidak seharusnya menggunakan keistimewaan dewan untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap kerajaan mahupun pegawai kanan beliau yang tidak berpeluang untuk menjawabnya.

“Kalau rasa ada penyelewengan dan rasuah, silakan (bangkitkan) di luar dewan.

“Sebab dalam polisi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) jelas, kalau buat tuduhan yang mana terbukti tidak benar, orang (yang dituduh) itu boleh ambil tindakan dan mendakwa orang yang berkenaan kerana fitnah. Jangan guna hak istimewa dewan ini dengan membuat dakwaan bukan-bukan,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad berkata sektor pelancongan akan dijadikan sebagai sumber ekonomi penting negeri Terengganu pada masa akan datang untuk mengelak kebergantungan kepada hasil royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Katanya kerajaan perlu mencari alternatif jangka masa panjang untuk menjana ekonomi negeri itu kerana minyak di perairan Terengganu akan habis pada suatu hari nanti.

“Daripada RM1.888 bilion yang diperuntukkan dalam bajet Terengganu tahun depan, 92 peratus daripadanya diperoleh melalui sumber kerajaan pusat melalui Dana Khas Kerajaan Pusat, yang tidak lama lagi, Insya-Allah akan menjadi wang royalti.

“Untuk itu usaha yang perlu kita lakukan ialah menjana pendapatan negeri pada masa depan melalui sektor pelancongan dan ia akan diletakkan sebagai tulang belakang ekonomi Terengganu,” kata Ahmad. — Bernama




Tuesday, December 22, 2009

EH-EH ,MANA ORANG BAGAN DATOH, ZAHID HAMIDI MERAYU

1 ISLAM.- DUNIA DI DAHULUKAN – AKHIRAT DI UTAMAKAN

Mengapa orang Bagan Datoh, tak nak pulangke


Pulang bangunkan Bagan Datoh

BAGAN DATOH - Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad zahid Hamidi meminta anak jati daerah itu yang berjaya dan berada di luar negeri supaya pulang menabur bakti dan sumbangan bagi membangunkan kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ramai anak jati Bagan Datoh mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang dan kini tinggal di negeri di Semenanjung perlu berkorban dengan pulang ke tanah air untuk sama-sama membangun dan memajukan masyarakat setempat.

"Jangan malu hendak mengaku kita berasal dari Bagan Datoh kerana kita sepatutnya berbangga dengan tempat kelahiran asal kita. Penduduk di sini juga sebenarnya sudah lama mengamalkan semangat perpaduan dan kekitaan antara satu sama lain," katanya.END

Ayid: Teman ingat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid minta orang Bagan Datoh yang di luar negara pulang, dia panggil yang dalam Malaysia pulang. Tunggu Raya Pulang Lah tu...

Sumber

Monday, December 21, 2009

BERANI KAH MUSTAPA SAHUT CABARAN HUSAM


Husam cabar Mustapa jadi ‘hero’ selesaikan isu royalti

PETALING JAYA, Dis 21 — Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mencabar Pengerusi Umno negeri itu Datuk Mustapa Mohamed agar "menjadi hero" dengan mengadakan perundingan membabitkan kerajaan negeri itu dan pusat dalam menyelesaikan pertikaian royalti minyak.//END - Baca lagi


(MPKB - BRI ) KOMPAUN RM 500 DEDAH AURAT - 1 DALAM MALAYSIA

1 ISLAM – DUNIA DI DAHULUKAN – AKHIRAT DI UTAMAKAN


ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang
tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.

KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Ayid: Tahniah kepada (MPKB-BRI)ini yang dikatakan Bandaraya Islam. Mungkin selepas ini ada negeri yang akan mengikut jejak langkah Kelantan. Atau Bandar Raya lain, walaupun tak bergelar Bandaraya Islam. Lama-lama nanti banyak yang tutup aurat.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

Sumber:

Sunday, December 20, 2009

4,000 hadiri cermah Dr Yusof al- Qardhawi






Kira-kira 4,000 hadirin memenuhi dewan solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi malam tadi.

Dr Yusuf yang tiba kira-kira jam 7 petang, kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjamaah bersama-sama makmum yang menunggu beliau sejak jam 6 petang lagi.

Bagaimanapun, tokoh pemikir Islam dari Mesir itu kelihatan tidak begitu sihat hanya mengimamkan solat dengan keadaan duduk di atas kerusi. Sewaktu selesai solat berjamaah dan menuju ke kerusi yang disediakan berhampiran dengan mimbar masjid, hadirin yang berada di kiri dan kanan mimbar berpusu-pusu menghampiri beliau dengan lebih dekat menyebabkan pihak keselamatan dan urusetia terpaksa menenangkan keadaan.

Urusetia juga ketika itu, mengingatkan kepada hadirin agar tidak mendekati beliau dengan lebih rapat supaya dapat memberi ruang kepada Dr Yusuf untuk menyampaikan syarahan dengan lebih jelas dan selesa.

Turut hadir mendengar syarahan tersebut adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Abdul Ghani Shamsuddin.

Dr Yusuf yang baru sahaja dianugerahkan tokoh Ma'al Hijrah pada tahun ini kelmarin, menyampaikan syarahan perdana yang menyentuh tentang pengajaran yang diperolehi oleh umat Islam dalam peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Syarahan beliau memakan masa selama dua jam, bermula kira-kira 7.35 malam termasuk terjemahan syarahannya yang dipimpin oleh Abdul Ghani.

'Hijrah satu kemenangan'

Dalam syarahan beliau itu, Dr Yusuf menegaskan hijrah Rasullullah SAW adalah satu pertolongan daripada Allah SWT yang benar-benar berlaku dan bukannya satu khayalan.

"Dalam al-Quran jelas Allah menurunkan tentera (malaikat) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar . Allah tampilkan mereka tidak lain adalah untuk membantu baginda. Ini jelas di dalam Al-Quran.

"Hijrah adalah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran untuk menguatkan hujahnya. Dalam kesempatan itu, beliau juga mengemukakan contoh bagaimana sahabat baginda, Sumayyah dan Ammar ibn Yasir diseksa oleh kaum kafir Quraisy kerana menerima ajaran Nabi Muhammad SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

Mereka adalah antara sahabat baginda yang terawal mati syahid dalam sejarah Islam, tambah ilmuan Islam itu.

Menurut Dr Yusuf, selain faktor penyeksaan yang diterima oleh para sahabat baginda, ahli keluarga dan kaum kerabat turut baginda dikenakan tekanan sosial dan diboikot dalam bidang ekonomi, menyebabkan Allah memerintahkan baginda berhijrah ke sana.

Dr Yusuf berkata antara pengajaran lain yang perlu dicontohi oleh umat Islam daripada peristiwa agung itu adalah "bagaimana Rasullullah SAW mengatur, merencanakan dan merancang strategi untuk berhijrah".

Katanya baginda mengatur strategi antaranya, memilih Abu Bakar Al-Siddiq menemani beliau sewaktu berhijrah, memilih Ali Abi Talib bagi menggantikan beliau ditempat tidur baginda, dan melantik Asma Abu Bakar menjadi sumber berita kepada Rasullah SAW sewaktu berhijrah.

'Harus atur strategi'

Sebahagian strategi Rasulullah SAW juga ialah memilih penunjuk jalan yang benar-benar arif ke Madinah supaya terhindar daripada kaum kafir Quraisy, tambah ilmuan Islam itu.

"Oleh itu setiap orang Islam harus mengatur strategi dan operasi supaya perjalanan hidup dapat bergerak dengan cara yang betul dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Allah akan membantu kita selepas itu," kata Dr Yusuf sambil membaca sepotong ayat yang dibaca oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar meminta beliau tidak bersedih dan gusar dengan kaum kafir Quraisy.

Dalam peristiwa hijrah juga, Dr Yusuf berkata bahawa Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW bukan agama yang bersifat individualistik.

Sebaliknya katanya, Islam itu menganjurkan manusia agar hidup berjamaah atau berkumpulan dengan baginda mengasaskan masyarakat Islam dengan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj, yang dinamakan sebagai kaum Ansar.

"(Ia adalah) permulaan kepada sesebuah masyarakat itu berasaskan kepada Islam... tidak mungkin penyebaran Islam akan berlaku tanpa ada orang yang mempertahankan Islam.

"Berjamaah (atau berkumpulan) adalah sesuatu yang disuarakan oleh Allah dalam al-Quran," katanya sambil membaca ayat keempat dan kelima dari surah al Fatihah, yang menggalakkan manusia hidup berkumpulan bukan bersikap individualistik.

Menurut Dr Yusuf lagi, pengajaran dari peristiwa hijrah tidak terhenti di situ sahaja, apabila baginda membina masyarakat yang berteraskan kepada iman dan Islam.

Menurutnya, baginda mempersaudarakan kaum Ansar dan kaum Muhajirin (umat Islam yang berhijrah ke Madinah), sebagai asas membina masyarakat Islam 'Rabbani Insani' di situ.

Bina masjid

Ini kerana, wahyu yang turun di Madinah, secara umumnya mengisahkan tentang akhlak termasuk pensyariatan solat, puasa, urusan bermuamalat dan sosial di kalangan mereka termasuk perlaksanaan hukum qisas dan pengurusan hutang piutang berlaku selepas peristiwa hijrah.Dr Yusuf berkata, bagi tujuan tersebut, Rasulullah SAW membina sebuah masjid sebagai pusat sosial dan pertemuan dengan cara menunaikan solat berjamaah serta tempat bermesyuarat.

Baginda juga menubuhkan sebuah pasar bagi meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, yang menjadi tempat singgahan para pedagang dari luar, tambahnya.

"Pasar itu mempunyai pelbagai seksyen seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lembu, unta dan baginda menjadi pemantau terhadap sikap peniaga dan pedagang (yang berniaga)," katanya sambil menceritakan kisah seorang peniaga yang menipu dengan menjual tamar yang tidak elok.

Maka Dr Yusuf membaca sepotong hadis sahih yang menceritakan teguran Rasulullah SAW terhadap perbuatan peniaga tersebut, yang cuba menipu pelanggan.

Sebelum beliau mengakhiri syarahan beliau, ilmuan Islam itu, mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan "orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam".

'Pendustaan kaum munafik'

Katanya, mereka ini mengaku beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka benci kepada Islam. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik.

Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini "lebih dahsyat daripada zaman silam".

Beliau memberi contoh bagaimana isteri baginda Rasullah SAW, Aisyah Abu Bakar difitnah mempunyai hubungan dengan seorang sahabat, yang terkenal dalam sirah baginda sebagai kisah 'Hadith Al-Ifki'.

Dalam peristiwa ini, orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay menyebarkan fitnah berhubung perkara tersebut dalam masyarakat Islam di Madinah, menyebabkan ada di kalangan sahabat terpedaya dan termakan dengan fitnah tersebut.

"Ayat-ayat di dalam surah ini, Allah mendedahkan tipu daya mereka kerana mereka begitu mudah menjatuhkan martabat orang lain.

"Mereka menuduh (Aisyah) tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta," katanya.

Selepas menyampaikan ceramah, Dr Yusuf diminta membaca doa untuk kesejateraan umat Islam dan hadirin baramai-ramai mengaminkannya, sebelum diiringi dengan laungan takbir.

Sumber


Koh tolak tuntutan Umno mahu jawatan Pengerusi BN


Ketika Pakatan Rakyat memperkukuh kekuatannya UMNO kini telah meneroka alam kelam kelibut dengan Parti Komponen nya sendiri. Semalam media melaporkan Media melaporkan Umno mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri


Semakin kurang ajarnya Zahid dan UMNO Pulau Pinang bila mereka menuntut kerusi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .Adakah mereka masih tidur dan tidak menyedari bahawa Pulau Pinang sekarang di bawah pakatan Rakyat. Siapakah yang berhak menentukan kerusi tersebut. Siapkah Zahid yang memandai untuk "berkokok" dalam masalah ini.

Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN BN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini

Ayid: SIAPA YANG MEMERINTAH PULAU PINANG SEKARANG WE.. UMNO KE PAKATAN RAKYAT. TUNGGU LE PRU 13 KALAU NAK JUGA JAWATAN YANG DIPERTUA MAIPP TU

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan selama itulah tidak pernah ada pemimpin UMNO yang memegang jawatan Ketua Menteri sampailah Pulau Pinang di kuasai oleh Pakatan sejak 8 Mac 2008 lepas
Baca selanjutnya


SIFAT-SIFAT YANG DIPERLUKAN DALAM PIMILHAN SAHABAT


Perlu kita ketahui bahawa tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasullullah s.a.w bersabda

“Seseorang itu menurut agama(jalan)kekasihnya, maka hendaklah
Kamu semua meneliti orang yang digaulinya
(Riwayat Oleh Abu Daud dan Tarmizi)

Oleh sebab itu sahabat yang hendak di pilih mistilah memiliki keistimewaan sifat-sifat yang baik dan disegani untuk dijadikan sahabat. Pada dasarnya sifat-sifat itu ialah (Akal) yang baik, berbudi perkerti bukan termasuk gululungan orang-orang Fasik dan bukan pula seorang yang sangat tamak dalam perkara perkara dunia.

PERIHAL ORANG YANG FASIK

Perihal orang yang fasik berterusan didalam ke fasikanya, maka tidak layak dijadikan sahabat, bahkan menyaksikan mereka, menimbulkan rasa acuh tak acuh dalam urusan kemaksiatan . Lagi pun seorang yang tiada rasa takut kepada Allah Taala itu mungkin akan menipu atau curang terhadap sahabatnya
Dalam hal ini Allah mengingatkan kita dalam firman nya (Surah al Kafhi 28)

سُوۡرَةُ الکهف

وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّہُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُ ۥ‌ۖ وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡہُمۡ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُ ۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُ ۥ فُرُطً۬ا (٢٨)
Al-Kahf
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat
kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan
Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada
mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah
engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan
mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan
tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (28)

Sementara itu Allah Taala menganjurkan untuk bersehabat dengan seseorang yang dihuraikan dalam firmannya:

سُوۡرَةُ لقمَان

وَإِن جَـٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَا‌ۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِى ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفً۬ا‌ۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَىَّ‌ۚ ثُمَّ إِلَىَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُڪُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (١٥)


Luqman
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (15)

Isi yang tersirat ynag dapat difahami dari ayat-ayat di atas ialah merupakan larangan atau acaman untuk orang fasik atau mereka yang bersahabt dengan nya








follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak