Saturday, May 29, 2010

TAHNIAH MELAYU...40% Tanah Kg Baru nak bagi kat Bukan Bumiputera

Biasalah UMNO...apa yang tak digadai? Alangkah Tanjung Pagar diserah kepada Singapura, apatah lagi Kg. Baru...Alahai!!

Hartanah Kg Baru mungkin dibuka kepada bukan Melayu

May 29, 2010KUALA LUMPUR, 29 Mei — Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan di bawah Akta Parlimen akan bertindak sebagai badan mekanisme penyeliaan kawalan pemilikan Melayu di kawasan itu.

“Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut...apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.

“Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu sahaja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu akan berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Raja Nong Chik (gambar) berkata kabinet dalam mesyuaratnya pada awal bulan ini juga secara dasarnya telah bersetuju mengenai cadangan itu.

Sekatan kepentingan tanah yang terdapat di dalam geran tanah Kampung Baru menetapkan bahawa tanah di kawasan itu tidak boleh dipindah milik atau diduduki oleh kaum bukan Melayu.

Ia secara tidak langsung menjadi satu dilema dalam isu-isu tanah di kawasan berkenaan selain disifatkan akan mengehadkan potensi pembangunan Kampung Baru, sekiranya sekatan itu dikekalkan.

Ditanya sama ada nilai RM4,000 sekaki persegi yang dituntut pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu adalah realistik, Raja Nong Chik berkata ia agak tinggi, tetapi tidak mustahil nilai hartanah di kawasan berkenaan akan mencapai tahap itu dalam jangka masa panjang.

Selain itu Raja Nong Chik berkata kerajaan juga telah bersetuju untuk melantik Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemaju utama dalam melaksanakan pembangunan Kampung Baru. Selain PNB, kerajaan juga menawarkan kepada dua lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad, katanya.

“Tiga GLC ini kita pilih sebab ia berpegang kepada kepentingan bumiputera. Memang ada GLC lain yang lebih besar tetapi kebanyakannya tidak berasas kepada kepentingan bumiputera.

“Kerajaan pula tidak akan menjadi pemaju...kita tidak ada keupayaan itu sebab itu kerajaan hanya akan menjadi pengawal dan penyelaras bagi projek ini,” katanya.

Manakala GLC yang lain digalakkan untuk menjadi pemilik atau penyewa utama hartanah di Kampung Baru. Kampung Baru mempunyai keluasan sejumlah 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 yang melibatkan keluasan 54.4 hektar di kawasan itu menetapkan kadar RM270.00 ke RM300.00 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500.00 ke RM600.00 per kaki persegi bagi tanah perdagangan.

Majlis perjumpaan itu menyaksikan kira-kira 1,000 pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru hadir, bukan sahaja untuk mendapatkan penjelasan mengenai transformasi yang akan dilaksanakan tetapi turut mengutarakan pelbagai soalan dan pandangan berhubung projek berkenaan.

Hadir sama Timbalan Menteri Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha (KSU) kementerian Datuk Ahmad Phesal Talib dan Timbalan KSU Datuk Bakaruddin Othman yang mengendalikan sesi penerangan berkenaan dengan baik dan bersahaja.

Rata-rata para hadirin bersetuju supaya Kampung Baru segera dibangunkan, namun isu nilai tanah serta cadangan untuk membuka kampung Melayu itu kepada orang luar merupakan antara persoalan utama yang paling banyak dibahaskan.

Suasana musyawarah dalam majlis itu beberapa kali tergugat apabila ada beberapa pihak yang sedikit emosi ketika menyatakan pandangan mereka.

Bahkan cubaan Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang turut hadir di majlis itu untuk menyuarakan pandangan telah dinafikan beberapa pemilik tanah dan pewaris yang hadir kerana menyifatkan beliau tidak ada kena mengena dalam hal ehwal pembangunan Kampung Baru. — Bernama

KedahLanie

UMNO SOKONG JUDI. GERAKAN TOLAK JUDI - PULAU PINANG


Allah berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 219

۞ يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ .... ﴿٢١٩﴾

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar (haram yang nyata) dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...." (QS Al Baqarah : 219)


Dilema Judi Sukan : Umno Sokong, Gerakan Tolak


Tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan operasi judi sukan yang diluluskan Kerajaan 1Malaysia baru-baru ini mencetuskan perbalahan antara komponen Barisan Nasional.

Portal Malaysiakini melaporkan Adun Seberang Jaya Arif Shah Omar Shah menyokong usaha Perdana Menteri Najib Abdul Razak memperkenalkan judi sukan dalam budaya negara ini.


Arif Shah berkata, industri judi sukan haram dapat dikawal sekiranya ia dinaungi undang-undang Malaysia. Ini dapat membantu pihak berkuasa mengenalpasti dan menangkap pengusaha judi sekiranya ada kempen membasmi perjudian di masa hadapan.

Arif Shah turut menyifatkan Pakatan Rakyat bermain politik dalam isu judi sukan ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Oh Tong Keong pula membantah kelulusan lesen judi ini.

Tong Keong berkata tindakan Perdana Menteri Najib Abdul Razak ini hanya membuka strategi baru kepada ah long dan pengusaha judi untuk menyamun pendapatan orang-ramai.

Tong Keong juga melahirkan kebimbangan judi sukan ini akan menjadi batu loncatan kepada pelbagai aktiviti gelap di negara ini.- TVSelangor

Kenapa Islam Dahulu Agama Memerintah


Kegemilangan dan kehebatan Islam di Zaman Rasulullah dan para sahabat sepatutnya menjadi panduan dan ukuran bagi umat Islam masa kini untuk mengembalikan penguasaan Islam. Antara ciri para sahabat yang patut kita contohi adalah:

* Jelas matlamat dan wawasan perjuangan iaitu mengabdikan diri serta mencari keredhaan Allah s.w.t

* Amat tegas berpegang kepada agama dan tidak pernah mengadaikan prinsip-prinsip agama dalam apa jua keadaan sekalipun.

* Beriman sepenuh hati tanpa sebarang keraguan kepada Allah serta ajaran Islam.

* Memiliki semangat juang yang tinggi dan sanggup menerima apa jua risiko.

* Tidak melupakan dunia, namun tidak pula hanyut dengannya.

* Berakhlak mulia sepanjang masa terutama ketika berkomunikasi dengan orang lain.

* Tetap pendirian dan Istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Islam.

* Bersikap jujur dan adil sepanjang masa.

* Berani berubah sekiranya perubahan itu diyakini membawa kebaikan kepada Islam.

* Sentiasa mencari peluang dan kesempatan untuk mengglobalisasikan kebenaran.


Sekiranya sifat-sifat ini diamalkan oleh jenerasi sekarang maka pasti Allah akan memberi kemenengan kepada perjuangan Islam sebagaimana pada zaman sahabat

PERGAUALAN BEBAS INILAH AKIBATNYA

Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-

إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ

Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir’aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu”. (Surah Ibrahim: 6)


Tanam bayi, dua beradik direman


dua beradik (adik depan) yang direman dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Seorang remaja perempuan bersama kakaknya direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lalu.

Majistret Nor Kamilah Aziz membenarkan permohonan polis untuk menahan reman remaja berumur 17 tahun dan kakaknya berumur 24 tahun itu mulai semalam sehingga 31 Mei ini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Nor Kamilah pada pukul 12.30 tengah hari iaitu kira-kira satu jam setengah selepas mereka tiba di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi di sini semalam mengesahkan penahanan reman kedua-dua individu tersebut.

Menurut beliau, sehingga petang semalam, polis masih mengesan bapa kepada bayi tersebut yang dipercayai turut terbabit dalam menanam mayat bayi itu.

"Setakat ini, tiada tangkapan terbaru dibuat termasuk dua lagi individu yang disyaki bersekongkol dengan pasangan itu untuk menanam mayat bayi berusia di antara enam hingga tujuh bulan itu," katanya - Kosmo Online

Friday, May 28, 2010

UMNO BELUM BOLEH LENA? WALAUPUN ANAK SAMY VELU MOHON MAAF.. KRISIS MIC BERPANJANGAN

“Tolong ingat, hanya presiden semasa yang menunjukkan contoh kira-kira 40 tahun yang lalu, di mana beliau secara terbuka meminta presiden ketika itu Tun V.T. Sambanthan agar meletakkan jawatan.




Setiausaha Agung MIC pula pertikai tindakan Samy Vellu



PETALING JAYA 28 Mei — Setiausaha Agung MIC S. Murugesan menyertai kumpulan yang mempertikaikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang telah menggunakan kuasa presiden untuk memecat empat pemimpin dalam dua minggu lalu.

“Kuasa presiden untuk memecat hanya harus digunakan sebagai langkah terakhir dan bukannya sebagai opsyen pertama,” kata beliau dilantik ke jawatan itu September lalu.

Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dilantik.

Bagaimanapun Murugesan (gambar) enggan menyatakan sama ada beliau menyokong gesaan agar Samy Vellu juga perlu berundur segera.

Murugesan berkata, beliau mengadakan sidang media hari ini bukan untuk berbahas mengenai tempoh mandat presiden semasa ataupun untuk bercakap mengenai merit debat yang menggesa Samy Vellu meletakkan jawatan.

“Saya perlu berdiri (untuk membangkitkan tindakan presiden) dan saya bersedia untuk menghadapi kesannya,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Samy Vellu berhadapan dengan tekanan selepas memecat bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan daripada parti itu minggu lalu.

Mugilan kini menggerakkan usaha untuk menganjurkan kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), Ahad ini.

Samy Vellu mengambil alih kepimpinan MIC daripada mendiang Tan Sri V. Manickavasagam 31 tahun yang lalu baru-baru ini menjanjikan pelan peralihan kuasa pada suku ketiga tahun depan.

Bagaimanapun pengumuman itu mendapat tentangan Mugilan dan disusuli dengan dua anggota CWC K.P. Samy dan G. Kumar Aamaan.

Samy Vellu telah memecat Mugilan, Samy dan Kumar kerana mempertikaikan kepimpinan beliau.

Turut dipecat ialah Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya, V. Subramaniam atau Bharat Maniam.

Murugesan berkata peruntukan memecat ahli dalam perlembagaan MIC bukan bertujuan untuk melindungi presiden parti daripada dicabar.

“Tolong ingat, hanya presiden semasa yang menunjukkan contoh kira-kira 40 tahun yang lalu, di mana beliau secara terbuka meminta presiden ketika itu Tun V.T. Sambanthan agar meletakkan jawatan.

“Sejarah berulang dengan sendiri ataupun anda boleh menganggapnya sebagai karma,” kata Murugesan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Samy Vellu yang melantiknya sebagai setiausaha agung.

Bagaimanapun katanya, tanggungjawab beliau ialah melindungi parti dan kepentingan ahlinya.

“Bagaimanapun saya mempunyai tanggungjawab dan setia kepada MIC berbanding setia kepada mana-mana individu, meskipun individu itu adalah saya ataupun presiden parti,” kata Murugesan.

Malaysian Insider

Lagi Demo! Lesen judi: Demo simbolik Bachok gesa Awang Adek berhenti



Ahmad Subki memberikan ucapan sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves
BACHOK, 28 Mei — PAS mengadakan demonstrasi simbolik di sini hari ini dengan menggesa kerajaan pusat membatalkan pemberian lesen judi sukan jika tidak mahu pihaknya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini.

“Kami meminta kerajaan membatalkan pemberian lesen sebelum 3 Julai, jika tidak akan mengadakan demonstrasi besar-besaran dengan berarak ke Istana Negara pada 3 Julai,” kata Bendahari PAS pusat, Dr Mohd. Hatta Ramli di sini hari ini.

Hatta merupakan salah seorang yang berucap pada majlis demonstrasi anti-lesen judi sukan yang diadakan di dalam kawasan Masjid Mahmodi.

Ahli Parlimen Bachok ialah Nasharuddin Mat Isa, yang merupakan Timbalan Presiden PAS. Bagaimanapun beliau tidak hadir disebabkan ada urusan penting di ibu negara.

Turut berucap ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Zaki Ibrahim yang juga Setiausaha PAS Kelantan.

Demonstrasi ini diadakan di sini sebagai simbolik kerana Timbalan Kewangan Datuk Dr Awang Adek, yang mengumumkan perkara berkaitan dengan pemberian lesen judi sukan, merupakan pemimpin yang datang dari Bachok.

“Kami mahu Datuk Dr. Awang Adek yang pernah diturunkan dalam pilihan raya umum 2008 sebagai bakal calon Menteri Besar Kelantan perlu meminta maaf dan meletakkan jawatan.

“Saya terkejut mengapa Datuk Dr Awang Adek, sebagai seorang Islam mahu mengumumkan perkara ini... beliau perlu meminta maaf kepada orang Bachok, orang Kelantan dan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jika langkah ini tidak dibantah ia akan menyebabkan berleluasanya budaya lesen pertaruhan membabitkan sukan-sukan lain pada masa depan.

Hatta berkata, keputusan memberikan lesen perlu dibatalkan kerana ia bukan sahaja ditentang oleh orang Islam, malah bukan Islam.

“Kami yakin kira-kira 100,000 orang akan menyertai perarakan membawa memorandum bantahan ke Istana Negara.

“Saya yakin tiada pihak yang akan menghalang, dan sesiapa yang menghalang, kami akan menganggap sebagai menyokong langkah kerajaan memberikan lesen kepada syarikat Kumpulan Berjaya,” katanya.

Beliau juga mendakwa Umno menyokong langkah pemberian lesen itu.

Selain mengedarkan risalah, kain rentang juga turut digunakan dalam kempen tersebut.
Bachok merupakan antara lokasi pilihan anjuran Kempen Anti Judi (Keji) selain beberapa negeri lain, antaranya Kedah dan Selangor.

Demonstrasi diadakan selepas solat Jumaat hari ini.

Minggu lepas lima negeri termasuk Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan telah mengadakan demontrasi sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Dewan Pemuda PAS telah menyerahkan memorandum kepada mufti Johor dan Kedah.

Dalam pada itu, demonstrasi aman anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor bagi membantah kerajaan meluluskan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia hari ini berjaya menghimpunkan kira-kira 4,000 orang yang membantah dengan keputusan kerajaan itu.

Hari ini Dewan Pemuda PAS Selangor telah mengadakan demonstrasi di empat lokasi iaitu Masjid Jamek Al-Amaniah (Batu Caves), Masjid Kampung Datuk Harun (Petaling Jaya), Masjid Counry Homes (Rawang) dan Masjid Kota Damansara.

Menurut Setiusahanya, Khairulfahmi Matsom, jumlah tersebut membuktikan bahawa rakyat membantah tindakan kerajaan yang meluluskan lesen pertaruhan tersebut.

“Hari ini kita lihat rakyat memberikan sokongan kepada Kempen Anti Judi yang kita jalankan ini dan ini jelas membuktikan bahawa mereka turut membantah tindakan kerajaan itu.

“Bantahan ini bukan hanya dibuat oleh orang Islam sahaja tetapi bangsa lain juga.

“Tetapi sehingga sekarang mengapa kerajaan masih belum bertindak menarik balik lesen pertaruhan tersebut walaupun sedar rakyat membantahnya,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas demontrasi aman di

Masjid Jamek Al-Amaniah yang berjaya menghimpunkan kira-kira 2,000 orang.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof berkata tindakan kerajaan tersebut akan memberikan kesan negatif kepada generasi muda terutamnya remaja.

“Remaja hari ini mempunyai kecenderungan kepada sukan dan tindakan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan ini akan memberikan kesan kepada mereka.

“Tetapi tindakan kerajaan yang meluluskan lesen pertaruhan ini akan mempengaruhi mereka untuk berjinak-jinak dalam kegiatan perjudian.

“Mengapa kerajaan tidak nampak semua ini? Adakah kerajaan mahu melihat generasi muda hari ini terjebak dalam kancah perjudian?,” katanya.

Kira-kira seramai 2,000 orang hadir demontrasi aman di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves

Malaysian Insider

BN jadi bengong bila PAS tahaluf dengan DAP

"Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu telah membuat kajian ketika menyertai BN sebelum ini dengan mengambil kira tindakan Nabi Muhammad SAW dalam membuat perjanjian dengan penduduk Yahudi Madinah.

Kontrak yang dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiah itu "lebih teruk kerana Nabi banyak beralah," kata menteri besar Kelantan itu ketika menyampaikan amanat di kongres Angkatan Muda Keadilan di Kota Bharu hari ini. Namun, demi menjaga keselamatan, baginda tetap menyetujui perjanjian bertulis tersebut, kata Nik Abdul Aziz lagi.

"Kita berkongsi dulu dengan BN, (kita) dapat tubuh kerajaan. Dengan (Semangat) 46 dulu pun dapat buat kerajaan dan sekarang dalam Pakatan pun dapat buat kerajaan.

"Oleh itu gangguan yang dibuat oleh Melayu Umno terhadap PAS tentang unity government memang ada asas. "Tapi BN jadi bengong bila kita tahaluf dengan DAP... Sedangkan DAP pun Cina, MCA pun Cina," katanya lagi.

Dalam ucapan ringkas selama kira-kira lima minit itu, beliau turut mengambil peluang mengkritik BN kerana sering menggunakan undang-undang ISA dalam memenangi persaingan politik.

"Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi. - Malaysiakini

Ilmu Itu Pelita Hidup



Apabila Nabi sulaiman diberi pilihan oleh Allah s.w.t antara ilmu, takhta dan harta maka Nabi Sulaiman memilih ilmu lalu ia diberikan ilmu dan dengan ilmu tersebut Baginda mendapat takhta dan harta. Kelebihan ilmu berbanding harta ialah:

* Ilmu akan menjaga diri manusia sedangkan harta mesti dijaga oleh manusia.

* Ilmu dalam dada tidak dapat dicuri sedangkan harta dalam simpanan dapat dicuri walaupun dijaga.

* Ilmu semakin digunakan semakin bertambah, harta semakin digunakan semakin berkurang.

* Ilmu yang banyak tidak perlu keluarkan zakat, harta yang banyak wajib keluarkan zakat.

* Ilmu akan memberi manfaat kepada tuannya sampai ke dalam kubur dan akhirat, harta hanya memberi manfaat hanya sampai mati sahaja.

* Dengan adanya ilmu akan mendatangkan kuasa dan harta, belum tentu harta dan kuasa akan dapat menghasilkan ilmu.

* Allah memandang tinggi atau memuliakan orang berilmu berbanding orang yang banyak harta.

LESEN JUDI: Jais minta Khalid jangan serang

Allah SWT Berfirman

۞ يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ .... ﴿٢١٩﴾

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar (haram yang nyata) dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...." (QS Al Baqarah : 219)




KUALA LUMPUR, 28 Mei — Datuk Khusrin Munawi meminta mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam jangan sesekali menyerang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung isu lesen judi sukan.

“Isu lesen perjudian ini isu nasional, jadi mengapa hanya nak serang Jais sahaja?

“Kalau isu negeri kita boleh terima tetapi ini adalah isu nasional dan tuduhan yang kata kita hanya berdiam diri adalah tidak berasas sama sekali,” kata Pengarah Jais itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khalid Samad (gambar) yang meminta supaya Jais menyatakan pendirian berhubung keputusan kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

Khalid berkata Jais harus mengutarakan pandangan berhubung itu tersebut jika benar ia badan bebas.

Malah kata Khalid, Jais dan pengarahnya harus menyatakan pandangan mereka berhubung isu lesen judi bola untuk membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.

Khusrin berkata judi tetap haram dan jika ada orang Islam yang terlibat pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mereka.

“Judi itu haram dan yang haram tetap tidak akan jadi halal.

“Kita akan mengambil tindakan terhadap orang Islam yang terlibat dengan apa-apa jenis judi termasuk perjudian bola sepak Piala Dunia nanti,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Tambahnya, sepanjang berlangsung Piala Dunia 2010 pihaknya akan sentiasa memantau dan menjalankan operasi bagi membendung masalah tersebut.

“Kita akan memantau dan menjalankan operasi sepanjang kejohanan tersebut berlangsung bagi membendung perjudian tersebut.

“Jadi jika ada orang Islam yang terlibat kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka,” tegasnya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak itu.

Dengan kelulusan tersebut, pertaruhan secara sah boleh dilalukan sebelum kejohanan Bola Sepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini. - Malaysian insider

MB mahu lihat rakyat sendiri bina masjid

سُوۡرَةُ القَصَص
وَلَا يَصُدُّنَّكَ عَنۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ بَعۡدَ إِذۡ أُنزِلَتۡ إِلَيۡكَ‌ۖ وَٱدۡعُ إِلَىٰ رَبِّكَ‌ۖ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ (٨٧)

Al-Qasas
Dan janganlah mereka (yang ingkar) dapat menghalangmu (daripada menyampaikan dan beramal dengan) ayat-ayat Allah sesudah ia diturunkan kepadamu dan serulah manusia kepada (agama) Tuhanmu dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang musyrik. (87)



BACHOK, 28 Mei: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak pernah berhasrat untuk membina masjid sebaliknya ingin melihat rakyat sendiri yang berbuat demikian

"Saya beritahu Exco kerajaan tak usah buat masjid, kerajaan hanya bantu yang rakyat buat sebab kita nak tengok rakyat Kelantan sendiri buat masjid, biar walau harga paling murah sekalipun ia tetap masjid yang dibina oleh rakyat.

"Contoh Nabi Muhammad sendiri sewaktu sampai di Madinah, Nabi Muhammad sendiri derma untuk beli tapak Masjid Madinah yang ada sekarang ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil sikap demikian semata-mata untuk melihat rezeki yang diraih oleh rakyat Kelantan dapat dicairkan melalui kerja-kerja kebajikan.

"Kita mahu lihat orang Kelantan cari duit bukan saja untuk beli beras tetapi menderma sebagai contoh derma untuk bina masjid.

"Ini bererti dengan rezeki yang kita dapat itu kita juga membeli pahala," tambahnya.

Sementara itu, biarpun penggunaan masjid sebagai gelanggang politik terus menjadi pertikaian di kalangan sesetengah pihak namun beliau yang juga Mursyidul Am PAS akan tetap meneruskan agenda tersebut di dalam pentadbirannya di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik di zaman pemerintahan baginda.

"Nabi Muhammad sendiri berpolitik di masjid, kalau tak percaya, cakap di mana Nabi Muhammad buat ucapan-ucapan lantik pegawainya kalau tidak di masjid.

"Lantik pegawai di dalam masjid, menyusun strategi perang di dalam masjid, berdamai dalam masjid, berubat orang sakit dalam masjid termasuk terima rombongan luar pun di masjid," katanya selepas majlis perasmian Masjid Abdul Rahman, di sini semalam.

Beliau membidas golongan yang berpendapat masjid tidak boleh dijadikan tempat untuk berpolitik sebagai cara orang Eropah tetapi bukan cara Nabi Muhammad s.a.w.

Harakahdaily

380,000 keluar Umno kerana sudah bosan


Najib kata UMNO telah melakukan proses pemutihan dengan mengeluarkan kira-kira 380,000 nama daripada daftar keahliannya.

Dengan itu balance yang tinggal jadi ahli Umno ialah seramai 3,159,454 orang. Dari jumlah tersebut hanya separauh yang benar-benar menyokong perjuangan Umno, manakala yang lain umpama lalang yang menunggu tiupan angin.

Pelik juga perkiraan Umno, kalau setakat ini saja ahli Umno yang menderhaka tak sampai jatuh 5 negeri kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya Umno patut buang lebih dari angka itu.

Kemana perginya 380,000 tersebut? Mereka sebenar keluar Umno kerana mereka sudah tiada keyakinan lagi kepada perjuangan Umno yang sudah jauh melencong dari perjuangan asal parti tersebut. Kemana mereka pergi.... mereka kini menjadi ahli PAS/PKR atau tidak berparti tetapi membenci Umno dan menyokong Pakatan Rakyat.

Pada mereka dan ramai lagi ahli Umno "masa depan Umno semakin parah" Ini kerana :-

Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. UMNO menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadap nya, menyeluruh. Kenapa?
Kerana yang di tawarkan oleh UMNO bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.
UMNO tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya.
Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan UMNO berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, UMNO sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangan nya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. UMNO rupa rupa di sedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.
Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.
Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh UMNO. Yang kita takut ialah UMNO atau khususnya pimpinan UMNO tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan UMNO hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.

Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat UMNO? UMNO sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan UMNO yang di jurubicarakan dan di juarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?

Proses pemutihan adalah satu alasan, sebenarnya Umno sudah tidak boleh tahan bila 380,000 ini mengajak saban hari rakan-rakan mereka dalam Umno supaya belot kepada parti.

Mereka keluar Umno kerana sudah bosan dengan kerenah Umno & kepimpinannya.- Parlimen Kota Raja

Vincent Tan Mohon Lesen Judi Dari Pas



Rasulullah SAW bersabda :

عن أبو هريرة رضى الله عنه قال 'ان النبي صلى الله عليه و سلم يقول :" من وضع الحصان بين اثنين من الخيول ، في حين انه لا ضمان للفوز على (أو ربح) ، والقانون على ما يرام ولكن اذا كان يجب أن يفوز ، ثم يتم تضمينه القمار ". رواه أحمد وأبو داود

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa memasukkan seekor kuda antara dua kuda, sedang ia tidak menjamin untuk dikalahkan (atau dimenangkan), hukumnya tidak apa-apa. Namun bila ia mesti menang, maka itu termasuk judi." (HR Ahmad dan Abu Dawud).




Vincent Tan Mohon Lesen Judi Dari Pas, Husam Simpan Surat Permohonan

KOTA BAHRU 27 MEI: Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) harus mencontohi Kerajaan Kelantan yang tegas, komited dan tidak berkompromi dalam isu perjudian.

Tidak seperti kerajaan Umno BN, kerajaan Pas Kelantan yang didatangi Tan Sri Vincent Tan tetap tidak tunduk kepada keinginan ahli korporat itu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menyatakan Vincent Tan datang memohon untuk memperoleh lesen judi selepas tamat pilihan raya umum 2008 tetapi ditolak mentah-mentah.

Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya yang memperoleh lesen judi bola yang diluluskan kerajaan Umno BN baru-baru, sempena kejohanan Piala Dunia Jun ini.

"Pada Jun 2008, ambo (saya) diberi satu surat dari Vincent Tan. Surat itu dialamat pada Menteri Besar Kelantan dan untuk ambo. Nak suruh lulus semula lesen judi 4 nombor ekor di Kelantan.

"Surat itu masih simpan, tak tunjuk pada Tok Guru kerana ambo jawab balik kepada wakil Vincent Tan - tak payah sampai Tok Guru. Aku bagitau, permohonanmu tidak layak sama sekali," kata Husam ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Isu Judi di sini, malam tadi.

Husam menegaskan tidak ada lesen judi diluluskan kerajaan Kelantan sejak Pas memegang tampuk kuasa negeri pada 1990 dan kesal kerana Datuk Dr Awang Adek Hussin bersetuju dengan pelaksanaan judi bola.

Kata Husam, pengumuman yang dibuat Dr Awang Adek mengecewakan penduduk Bachok yang mengundi Timbalan Menteri Kewangan ini, sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

"Munasabahlah Islam larang perjudian dan munasabahlah bagi seorang yang waras pemikiran mementingkan akhlak dan nasib rakyat untuk berfikir bagaimana untuk kurangkan tabiat ini.

"Di Barat, mereka tubuhkan NGO untuk mendidik rakyat hentikan ketagihan judi. Tetapi malangya, ada orang Kelantan, orang Melayu, orang Islam sokong judi," katanya lagi.- TVSelangor

Thursday, May 27, 2010

'Neraka' Geng Samseng Sekolah

وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِ‌ۚ فَحَسۡبُهُ ۥ جَهَنَّمُ‌ۚ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ (٢٠٦)


Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah engkau kepada Allah", timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahanam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. (206) Al Bakarah

RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol.

Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan.

Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka.

Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan berleluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka.

Berita yang telah menggemparkan negara itu menghairankan semua pihak kerana masyarakat tertanya-tanya bagaimana seorang pelajar boleh diserang di dalam sekolahnya sedangkan keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah sepatutnya terjamin.

Difahamkan beberapa pelajar sekolah terbabit telah mengadu kepada seorang penjaga rumah anak yatim mengenai kejadian itu sebelum ia bertambah buruk.

Gadis berkenaan didakwa telah berulang kali dirogol oleh beberapa rakan sekelasnya di beberapa lokasi di sekolah itu dalam tempoh tiga minggu.

Satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan terhadap gadis tingkatan dua itu dan telah mendedahkan sebatang pensel berukuran empat sentimeter ditemui di dalam kemaluannya.

Hampir empat minggu pasukan Starprobe cuba mencari kebenaran mengenai masalah itu dan ternyata ketakutan mencengkam penduduk di kawasan itu.

Lebih daripada 20 penduduk yang ditemuramah termasuk pelajar, penduduk, ibu bapa dan guru turut melahirkan rasa sama.

Pasukan penyiasat diberitahu gadis tersebut bukan sahaja dirogol malah telah diseksa oleh kumpulan pelajar lelaki yang sama.

Kumpulan pelajar lelaki terbabit bagaimanapun telah ditahan oleh polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Seorang kenalan mangsa turut mendakwa sebotol minyak angin cap kapak telah dimasukkan ke dalam bahagian kemaluan mangsa.

"Mereka turut memasukkan ketulan ais ke dalam kemaluan mangsa," katanya lagi.

Ternyata usaha pasukan Starprobe untuk menemubual mangsa gagal dan hanya bercakap melalui kelakuannya - menutup kesemua pintu dan tingkap, menutup langsir dan menguatkan suara televisyen.

Mereka gelisah dengan soalan-soalan yang ditanya, tetapi akhirnya mendedahkan terdapat 'tiga serangkai' mendalangi aktiviti samseng disekolah – dikenali sebagai 08, 21 dan 36 yang menjalankan aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.

Randy (bukan nama sebenar), bekas ahli kongsi gelap itu mendedahkan, memeras ugut rakan-rakan sekolah menjadi aktiviti harian mereka.

Dedahnya, jumlah wang yang diperas ugut daripada mangsa adalah mengikut nombor ahli kongsi gelap itu.

"Jika nombor kongsi gelap ialah 08, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM8,” katanya yang menambah mereka yang enggan membayar wang tersebut akan dipukul di luar sekolah.

Dia juga mendakwa beberapa ahli-ahli kumpulan itu turut mengedar dadah seperti ganja, ketamin dan Eramin 5 di sekolah.

“Sumber dadah mereka perolehi daripada samseng-samseng di luar," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelajar tingkatan empat di sekolah itu memberitahu dia pernah ternampak seorang pelajar tingkatan tiga diserang dalam dua kejadian di tandas perempuan dan di dalam sebuah kelas yang kosong pada Mac lalu.

“Saya hairan bagaimana mereka begitu berani melakukan perbuatan itu tanpa sebarang rasa takut dan sesal dengan tindakan mereka itu," tambahnya.

Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sarimah berkata, keluarganya sentiasa menghadapi masalah dengan pembuli tersebut yang menggunakan satu jalan pintas berhampiran rumahnya untuk ke sekolah.

“Anak-anak perempuan saya takut untuk keluar bermain di kawasan sekitar jika pembuli itu berada di situ," kata ibu kepada tiga anak ini.

Lebih mengecewakan apabila dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah, mereka menyuruhnya berpindah ke tempat lain jika tidak tahan dengan perlakuan samseng itu.

Dalam pada itu, seorang penjaga tanah perkuburan Islam di sebelah sekolah tersebut berkata, pembuli itu akan mabuk dan menghisap dadah di kawasan tanah perkuburan itu bertujuan mempersenda-sendakannya.

“Semasa mereka sibuk minum minuman keras itu mereka akan membaling saya dengan batu dan apabila saya bertanya sebab mereka membaling batu ke arah saya mereka akan memaki saya kembali dan mengugut untuk memukul saya," katanya yang turut memberitahu telah memgambil gambar aktiviti pelajar tersebut dan menyerahkan gambar tersebut kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil.

Pemeriksaan menunjukkan grafiti yang diconteng pada dinding sekolah menggambarkan nombor yang mewakili ahli kumpulan kongsi gelap tersebut.

Mereka juga turut merosakkan kereta yang diletakkan di dalam kawasan sekolah, memecahkan cermin dan merosakkan kenderaan kepunyaan guru sekolah itu.

Happy hour kumpulan samseng itu bermula pada setiap Jumaat petang dekat tanah perkuburan yang terletak bersebelahan sekolah. - MStar Online

MANTHOP TERKINI: S.VELL PAARI TETAP ENGGAN MOHON MAAF


KUALA LUMPUR 26 Mei – Walaupun disifatkan sebagai biadab namun anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, S. Vell Paari dan Ketua Pemuda parti itu, T. Mohan tetap enggan memohon maaf, sebaliknya terus mempertahankan kenyataan masing-masing.

Dalam kenyataannya hari ini, Vell Paari yang merupakan anak kepada Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau tidak kisah dilabelkan sebagai biadab oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berpendapat kenyataan yang dibuatnya mewakili suara ahli-ahli parti dan orang India.

Vell Paari yang baru sahaja dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC oleh ayahnya turut membuat penegasan hanya akan memohon maaf jika kenyataan itu adalah salah dan dibuat tanpa asas yang munasabah.

Dakwa beliau, perkembangan politik dalam tempoh dua tahun lalu perlu diambil kira kerana banyak pihak dibenar menggunakan nama UMNO dan Perdana Menteri untuk menyerang MIC dan barisan kepimpinannya.

Antara bentuk serangan itu kata beliau, laporan media online yang secara terang-terangan menggunakan nama UMNO untuk menyerang MIC tanpa sebarang penafian daripada parti itu sendiri.

“Apabila wujud laporan sedemikian, UMNO berdiam sehingga menyebabkan masyarakat mempunyai pandangan UMNO berada di belakang mahu menjatuhkan ayah saya daripada MIC.

“Kenapa hanya apabila saya mendakwa UMNO digunakan (kumpulan penentang), mereka marah kepada saya, jadi sekali lagi saya mengatakan jika dakwaan itu tidak betul, saya bersedia membuat permohonan maaf.

“Sekarang Tan Sri Muhyiddin menafikan UMNO terlibat, bagus... tapi apa yang saya mahukan ialah mereka membuat penafian ini sejak dulu lagi bahawa UMNO tidak terlibat seperti dilaporkan oleh media dan pihak tertentu sebelum ini,” katanya yang dihubungi, di sini hari ini.

Vell Paari kini berada di Australia untuk menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah sebuah syarikat.

Sementara itu sewaktu menjawab dakwaan tindakannya menyerang UMNO dibuat atas kapasiti anak Presiden MIC, Vell Paari dengan tegas menyatakan ia bukan perkara luar biasa.

Katanya, sebagai anak hanya beliau yang memahami sumbangan dan halangan yang terpaksa ditanggung oleh ayahnya dalam perjuangan.

Beliau turut mempersoalkan adakah perkara itu menjadi satu kesalahan dengan memberikan contoh bagaimana Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mempertahankan ayahnya apabila diserang.

“Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad diserang, siapa yang mempertahankan beliau, anak beliau (Datuk) Mukhriz, siapa yang keluar parti bersama Dr. Mahathir? Anak dan isteri beliau.

“Jadi, hanya seorang anak yang berada dekat dengan ayahnya faham perjalanan politik mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohan tetap berpendapat MIC perlu mengkaji semula kedudukan di dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam usaha menjatuhkan Samy Vellu.

Menurutnya, setakat ini beliau belum membincangkan mengenai gesaan yang dibuatnya semalam dengan Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu.

‘‘Ini adalah pandangan peribadi saya dan yang penting saya telah membincangkan pandangan ini dengan Majlis Pemuda MIC dan ia mendapat sokongan penuh dari kesemua pemimpin Pemuda yang hadir.

‘‘Dalam hal ini saya tidak mengugut MIC akan keluar dari BN, tetapi saya hanya menegaskan bahawa jika UMNO terlibat dalam penganjuran perhimpunan itu baru kami akan mengkaji kedudukan MIC dalam BN,’’ katanya.

Mohan berkata, pihaknya mendapati ada pemimpin UMNO yang terlibat menempah sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad ini bagi pelancaran GAS.(Baca lagi)

Bimbinglah saya Ke Jalan Yang Benar

Walaupun kita haiwan namun kita masih perlu sayang menyangi antara satu sama lain. Jika aku terkeluar dari landasan sebenar bimbinglah aku kembali ke landasan yang betul. Mungkin kah ini ungkapan si kuching kepada anak itik tersebut(Sebagai renongan)



Ciri-Ciri Ajaran Sesat adalah seperti berikut:

* Kepercayaan kepada Rukun Iman secara bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah seperti mempercayai adanya kitab lain yang menansuhkan atau mengantikan al-Quran.

* Mempertikaikan kebenaran al-Quran ataupun hadis seperti tidak yakin dengan hukum-hakam serta undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran secara nas Qatie'.

* Mempercayai bahawa orang-orang tertentu sebagai nabi ataupun rasul.

* Menyatukan atau menggabungkan ajaran-ajaran atau agama-agama seluruh dunia bagi dijadikan anutan seluruh manusia.

* Mendewakan pemimpin secara berlebihan dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mengatakan pemimpin tersebut maksum dan ahli syurga.

* Mengadakan bidaah dolallah atau bidaah yang menyesatkan seperti sembahyang hanya pakai niat sahaja, nikah batin dan lain-lain lagi.

* Mentafsir al-Quran dan sunnah mengikut fahaman sendiri tanpa merujuk kepada tafsir atau ulama' yang muktabar.

* Mengatakan Islam masih tidak sempurna seperti mengatakan siasah tidak ada dalam Islam.

* Menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah atau mengharam apa yang telah dihalalkan oleh Allah S.W.T.

Wednesday, May 26, 2010

SEKARANG SIPA YANG GONCANG!.. PR KE BN

Apa pula TPM nak kata selepas ini . hu hu hu


Anak Samy Vellu pertahan dakwaan terhadap Umno

May 26, 2010

Vell Paari masih yakin yang Umno dibelakang rancangan untuk menepikan ayahnya dari MIC. - Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 26 Mei — S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan tuduhannya kelmarin bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasuk kini menyokong kempen puak anti-Presiden MIC.

“Apa yang saya perkatakan adalah isi hati bukan Melayu... untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Australia.

“Saya masih berpegang kepada apa yang saya cakap,” kata beliau ringkas.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Vell Paari kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari, anggota terbaru yang dilantik menyertai Jawatankuasa Kerja Pusat MIC supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

“Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap,” katanya.

Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC.= Malaysian Insider

KINI UMNO PULA BERCAKARAN BERSAMA MIC - PERTANDA BN TAK SELAMAT LAGI


Anak Presiden MIC biadab – TPM

MUAR 25 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan anak Presiden MIC, S. Vell Paari menuduh UMNO melakukan ‘pembunuhan politik’ (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Perdana Menteri yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut menegaskan, kepimpinan BN dan UMNO tidak terlibat dalam masalah MIC.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meminta supaya UMNO tidak dikaitkan dengan masalah dalaman parti yang diterajui Datuk Seri S. Samy Vellu itu.

“Jangan kaitkan UMNO dalam soal itu. Ia satu perbuatan yang bagi saya bukan sahaja tidak adil tetapi biadab,” katanya selepas merasmikan majlis ramah mesra Menteri Pelajaran bersama warga pendidik di Kompleks Sukan Pagoh dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas kenyataan Vell Paari semalam yang menuduh UMNO menggunakan ‘pembunuhan politik’ untuk memecahbelahkan parti komponen BN itu dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today.

Sambil merujuk desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) mendapat restu pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan tindakan berbahaya.

Menurut Muhyiddin, tuduhan Vell Paari tidak adil lebih-lebih lagi ia dibuat kerana beliau mempunyai kepentingan sebagai anak kepada Presiden MIC.

“Dia bercakap kerana dia anak presiden, jadi jangan buat tuduhan melulu. Saya nak menafikan sekeras-kerasnya bahawa kita terlibat, kalau ada pun pihak-pihak yang membuat pengakuan, itu adalah pandangan mereka tapi kepimpinan BN dan UMNO tidak terlibat,” jelasnya.

Beliau berkata, pucuk kepimpinan BN dan UMNO sentiasa mengambil kira dan menjaga kepentingan semua parti komponen dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Kita tak mahu cari jalan yang lebih menimbulkan masalah, yang ada sudah cukup,’’ katanya dan menambah perbuatan menuding jari sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau menasihatkan Vell Paari supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut dan pada masa sama, Samy Vellu perlu memberi nasihat kepada anaknya agar tidak mudah melakukan sesuatu perkara yang menyentuh perasaan pemimpin-pemimpin parti lain.- Utusan Online

MANUSIA KEMBALI KE ZAMAN JAHILIAH - MUNGKINKAH INI PERTANDA AKHIR ZAMAN

Keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui ditanam berdekatan Stesen Komuter Padang Jawa, Klang kelmarin

SHAH ALAM - Dua lelaki terperanjat apabila melihat pancutan darah ketika mereka sedang menggali longgokan tanah yang rupa-rupanya tertanam mayat seorang bayi lelaki cukup sifat berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini kelmarin.

Mayat bayi dibaluti kain putih yang ditanam sedalam kira-kira 0.5 meter itu ditemui pukul 9.15 malam selepas kedua-dua mereka dimaklumkan mengenai penemuan longgokan tanah yang kelihatan seperti kubur oleh seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ketua Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Mukim Bukit Raja, Kapten Roslan Yahya memberitahu, dia terus mengajak seorang sukarelawan polis, Nor Sharijan Mohd. Yusof untuk mengali tanah itu sebaik dimaklumkan mengenai penemuan tersebut.

"Ketika kami sedang mencangkul tanah tersebut, kami berdua terperanjat besar apabila ternampak pancutan darah dan selepas menggali sedalam 0.3 meter, kami nampak mayat bayi itu yang dibalut dengan kain lampin putih.

"Selepas diamati, bayi tersebut masih bertali pusat serta mempunyai anggota badan yang sempurna. Kami kemudian memaklumkan mengenai penemuan itu kepada polis," katanya di sini semalam- Kosmo

CARA HIDUP ISLAM

II IMAN: WATAK DAN SIFATNYA

Demikianlah beberapa kaedah dasar yang dimaksudkan perlu kita fahami dalam melihat kehendak Allah Subhanahu Wata'ala yang telah menyediakan kepada manusia pedoman-pedoman hidup manakala di sudut lain Allah telah menjelaskan tentang watak, kedudukan dan darjat manusia di dalam alam jagat yang luas ini.

Sekarang marilah kita mengkaji dasar-dasar yang di atasnya Al Quran menegakkan hubungan manusia dengan Allah Subhanahu Wata'ala dan konsepsi hidup yang dengan sendirinya lahir dari perhubungan tersebut. Al Quran telah menjelaskan permasalahan di atas di beberapa tempat tetapi keseluruhan konsep hidup sebagai yang digambarkan telah tersimpul di dalam ayat berikut:

نَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah membeli diri orang-orang Mu'min, jiwa-jiwa mereka dan harta kekayaan mereka dengan menyediakan bagi mereka Al Jannah (syurga). Mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh (musuh-musuh Allah) dan mereka dibunuh (oleh musuh- musuh Allah). (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (Surah Al-Taubah: ayat 111)

Dalam ayat di atas hubungan yang wujud di antara manusia dengan Allah adalah atas landasan IMAN (perilaku yang penuh sedar meletakkan kepercayaan kepada Allah) telah dipanggil 'penjualan'. Ini bermakna bahawa beriman dengan Allah bukanlah satu konsep metafisik semata-mata; ia merupakan satu corak 'perjanjian' dalam mana manusia menyerahkan seluruh kehidupan dan harta miliknya kepada Allah dengan mendapat tukaran syurga yang telah dijanjikan baginya di Akhirat nanti. Dapatlah dikatakan bahawa Allah memberi kehidupan dan harta milik orang-orang yang beriman serta berjanji dengan hanya balasan adalah Syurga bagi kehidupan sesudah mati. Konsep 'penjualan' ini mempunyai natijah yang amat penting dan dengan demikian kita mestilah terlebih dahulu memahami watak dan maknanya dengan sejelas-jelasnya(Bersamabung)

Petikan dari Kitab Cara Hidup Islam

Tuesday, May 25, 2010

Krisis MIC: Kami tak taja Mugilan, jangan seret Umno

Wa ka ka UMNO mula takut bayang-bayang mereka sendiri, sekarang siapa yang seret siapa


Samy Vellu yang berhadapan dengan kempen untuk menamatkan kepimpinan partinya. - Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Sambil menafikan ia menaja dan menyokong Gerakan Anti Samy Vellu, komponen utama Barisan Nasional (BN) Umno mengingatkan MIC tidak sama sekali menyeret parti itu ke dalam kancah krisis kepimpinan yang dilalui sekarang.

“Jangan seret Umno dalam krisis MIC,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Rauf menegaskan, Umno tidak pernah terlibat dalam memihak mana-mana ahli atau pemimpin untuk mengeruhkan keadaan dengan menyatakan sokongan agar melakukan perkara menentang kepimpinan komponen BN.

“MCA pun pernah berhadapan dengan masalah, kami tawarkan sokongan untuk menyelesaikan atas semangat sebagai adik-beradik dalam keluarga, jadi Umno tidak mencampuri urusan dalaman (komponen BN),” kata beliau.

Sehubungan itu tambah beliau, apa yang diperkatakan oleh anak Presiden MIC, Vell Paari adalah satu tuduhan tidak berasas sama sekali.

“Tidak, tidak... ia satu tuduhan, kami sendiri ada banyak perkara untuk diselesaikan,” kata beliau dengan mempersoalkan tuduhan sedemikian.

“Umno tidak akan merentasi sempadan hubungan (dengan komponen BN)... itu tuduhan (Vell Paari), tidak benar,” katanya.

Vell Paari, yang dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) lebih seminggu lalu mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk mencetuskan huru-hara dalam MIC khususnya terhadap Samy Vellu.

Anak Samy Vellu itu menyatakan demikian mengulas program Gerakan Anti Samy Vellu yang digerakkan oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang dipecat dari MIC minggu lalu.

Mugilan mengumumkan kelmarin bahawa kempen itu akan dimulakan Ahad ini.

Vellu Paari, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings, sayap pelaburan MIC, mendakwa Umno memperlihatkan teladan tidak sihat dengan bertindak di sebalik tirai menyokong seseorang apabila hubungan Umno dengan Samy Vellu semakin dingin.

Beliau yang juga penasihat Pemuda MIC pusat mendakwa Umno menggunakan ahli dan pemimpin MIC untuk membunuh kerjaya politik Samy Vellu yang memimpin parti itu sejak 1979.

“Apabila anda tidak gembira, anda menggunakan orang dalam parti untuk melakukan semua ini. Ia menjejaskan asas demokrai, semangat Barisan Nasional dan juga keputusan ahli untuk menentukan siapa yang harus menjadi ketua (mereka),” kata Vell Paari, satu-satunya anak lelaki Samy Vellu.

Kelmarin, Presiden Umno dan timbalannya menggesa MIC segera menyelesaikan krisis semasa supaya tidak melemahkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

MIC melihat Umno dari sudut ‘serong’ sejak pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan lalu.

MIC dan Samy Vellu secara peribadi telah memprotes langkah pucuk kepimpinan BN memilih calonnya sendiri iaitu Mugilan bertanding di Hulu Selangor.

Calon disyorkan oleh Samy Vellu iaitu timbalannya Datuk G. Palanivel tidak mendapat perkenan Umno dan komponen BN yang lain.

Sebagaimana secara calon keluar berkompromi BN bersetuju dengan nama baru MIC, P. Kamalanathan.

Ketika ditanya sama ada Umno dilihat menyokong Mugilan kerana berkaitan dengan perkembangan ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor itu, Rauf berkata, Umno menjalin hubungan baik dengan semua orang.

“Umno tidak baik dengan Mugilan sahaja... Umno baik dengan orang, semua parti komponen BN, kita bekerja sebagai satu pasukan,” katanya lagi.

Berhubung soalan sama ada Umno akan menghubungi MIC untuk menjelaskan, Rauf berkata, “tidak, tiada keperluan.”

“Saya pun tidak kisah dengan dakwaan tidak berasas (Vell Paari) itu,” katanya.

Sejak dua minggu lalu MIC berhadapan dengan krisis kepimpinan apabila Samy Vellu menggunakan kuasanya untuk memecat empat pemimpin iaitu Mugilan, V. Subramaniam, K.P. Samy dan G. Kumar Aamaan.

Samy dan Kumar dipecat semalam — tiga hari selepas meminta Samy Vellu berundur segera bukannya pada suku ketiga tahun depan.

The Malaysian Insider

Rentung putus dua. Malang sungguh anak bangsaku


MUADZAM SHAH: Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.

Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.


Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.


Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.


Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua.


“Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.


“Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam.


Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.


“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya(Basca seterusnya)

KDN rampas tabloid Kabar Era Pakatan


Baru dua bulan di pasaran, tabloid politik - Kabar Era Pakatan - sudah berdepan dengan tekanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila kira-kira 3,000 nashkah tabloid tersebut dirampas Jumaat lalu kerana memuatkan isu yang menyentuh perdana menteri. .
Akhbar yang dirampas itu merupakan nashkah edisi pertama (5 hingga 20 April) dan edisi ketiga (9 hingga 22 Mei). Ketua pengarangnya, Mat Zahari Ali hairan mengapa akhbar tersebut dirampas sedangkan KDN tidak mengeluarkan apa-apa notis kepadanya sebelum tindakan tersebut diambil. Sepatutnya, kata beliau, KDN bertindak lebih profesional dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada mereka sebelum mengambil tindakan seperti itu. Tambahnya, nashkah tersebut dirampas di beberapa premis pengedar di Ipoh dan Taiping di Perak dan juga Gombak, Selangor. "Ada juga dirampas di kedai-kedai, saya percaya ia bertujuan menakut-nakutkan penjual," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Mat Zahari mendakwa, beliau tidak menerima apa-apa surat daripada kementerian tersebut yang boleh mengesahkan rampasan berkenaan. "Cuma pada Jumaat lalu saya dimaklumkan (oleh seorang pegawai kementerian) melalui telefon dan melalui e-mel supaya berjumpa mereka bersabit soal permit.
"Tapi mereka langsung tidak cakap mengenai rampasan. Apabila saya tanya (telefon) beberapa orang pegawai kementerian, mereka meminta saya merujuk kepada pegawai atasan. "Jadi saya rasa tindakan ini diambil dari segi politik, kerana isu-isu yang dimuatkan," katanya. Keluaran pertama akbar tersebut mengandungi tajuk utama "Siasat hubungan Najib-APCO: Anwar" manakala keluaran ketiga pula digariskan dengan tajuk besar "Najib, Razak Baginda tersenarai" berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene. Mat Zahari sebelum ini merupakan ketua pengarang Konsep Era Pakatan yang berjaya diterbitkan sebanyak 20 keluaran, namun permit tabloid politik itu tidak diperbaharui sejak September tahun lalu. Berikutan itu, beliau menerajui pula tabloid Kabar Era Pakatan yang mula diterbitkan dengan kekerapan dua minggu sekali sejak awal April lalu. Mat Zahari menjelaskan, keluaran pertama itu adalah berkenaan hubungan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan firma perundingan awam Apco Worldwide.
"Keluaran ketiga (kanan) pula pula berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene," katanya. Katanya, kesemua pegawai KDN yang dihubunginya enggan memberi penjelasan memuaskan.
Pagi ini beliau ke ibu pejabat KDN di Putrajaya untuk bertemu dengan seorang pegawai bernama Abdul Razak Abdul Talib, daripada bahagian permit penerbitan.
"Saya tanya dia kenapa akhbar ini dirampas, dia kata dia tak tahu kerana itu (urusan) bahagian penguatkuasa.
"Saya hairan kenapa bahagian penguatkuasa tidak rujuk bahagian permit. Sepatutnya (Abdul Razak) maklum dengan perkara itu," katanya.
Mat Zahari berkata, beliau kini sedang berusaha untuk menghubungi ketua setiausaha bahagian kawalan penerbitan tersebut Datuk Zaiton Abdul Samad.

"(Ada pegawai) yang kata tindakan itu sebab tajuk tidak sama dengan contoh penerbitan yang dihantar kepada kementerian," katanya lagi. Mat Zahari berkata, pegawai berkenaan juga memberitahunya bahawa penerbitan itu dikeluarkan tanpa permit. "Kenapa pula (sebab) tidak ada permit, sebab di (kepala) akhbar ini memang dicetak sekali nombor permit," katanya. Malaysiakini

Monday, May 24, 2010

Enakmen Islam: Khalid serah syor pindaan 2 minggu lagi


KUALA LUMPUR, 24 Mei — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dijangka mempersembahkan syor pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 termasuk yang menyentuh aspek penggunaan kalimah “Allah” kepada Sultan Selangor dalam dua minggu ini.

“Kajian syor pindaan ini sudah selesai, saya sedang mengemaskinikan input-input yang telah pun diberikan... saya harap dapat selesaikan sebelum sidang Parlimen bermula,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Ya, mungkin dalam dua minggu lagi,” katanya lagi.

Usaha yang mencetuskan kontroversi itu dimulakan Februari lalu.

Tanpa memberikan butiran terperinci kandungan syor pindaan ini, Khalid berkata, beliau sebenarnya bercadang untuk mengemukakan pandangannya bulan lalu tetapi tertangguh ekoran tumpuan ke atas dua pilihan raya kecil iaitu Hulu Selangor dan Sibu.

“Syor ini tidak melibatkan pindaan keseluruhan enakmen tetapi saya memberikan komen tentang perkara-perkara yang boleh diteliti untuk dipinda... saya akan menyerahkan kepada Mais (Majlis Agama Islam Selangor) untuk mengambil tindakan susulan,” katanya.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dibantu oleh dua hingga tiga pakar dalam menyenaraikan syor pindaan ke atas enakmen itu.

Laporan sebelum ini menyebut kajian syor pindaan ini memberi tumpuan ke atas soal penggunaan kalimah “Allah”, kriteria mengeluarkan tauliah menyampaikan ceramah dan kuliah agama di Selangor, garis panduan penyertaan guru dan murid-murid di sekolah agama negeri dan kriteria pelantikan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sebelum ini Khalid pernah mendakwa enakmen itu sudah ketinggalan zaman, menyebabkan ia mencetuskan kontroversi sehingga dipertikaikan oleh beberapa pihak termasuk Jais.

Khalid menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 22 Jan lalu dan baginda menitahkan bahawa tidak mahu isu mengenai kalimah “Allah” berpanjangan sehingga menjadi polemik politik.

Oleh itu baginda menitahkan Khalid mengemukakan syor mengenai pindaan yang difikirkan sesuai sekiranya ada.

Selangor merupakan antara negeri yang mengguna pakai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Ia antara lain melarang orang bukan Islam menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan.

Antara perkataan itu adalah, Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, syeikh, imam dan dakwah.

Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan.

Malaysiakini

Baca Al-Quran Di Mana Saja

Mendengar bacaan al-Quran bukan sahaja mendapat pahala tetapi ia juga dapat mendatangkan banyak faedah kepada kita khususnya semasa kita tidur. Tambahan lagi sekiranya kita membaca dan mendengarnya secara berulang-ulang. Antara faedah membaca dan mendengar al-Quran adalah seperti berikut.

* Menambah daya tahan dalam tubuh seseorang.

* Menambah daya kreatif dan inovatif seseorang.

* Menambah daya penumpuan seseorang terhadap sesuatu tugas.

* Dapat menyembuh penyakit yang kronik dan berpanjangan.

* Boleh menambah keupayaan untuk berkomunikasi dan dapat menyakinkan orang lain.

* Boleh menambahkan ketenangan kepada jiwa seseorang .

* Boleh menyembuh penyakit mudah marah ( Pemarah ).

* Berupaya untuk membuat keputusan yang tepat.

* Boleh menghilangkan perasaan takut, waswas dan gemuruh atau gugup.

* Membina sahsiah diri yang lebih unggul.

* Dapat mengubati penyakit seperti mudah sensitif, gementar, selsema, sakit kepala dan lain-lain lagi.

* Berupaya untuk bercakap dengan lebih lancar dan yakin.

* Dapat mencegah daripada penyakit berbahaya seperti kanser dan lain-lain lagi.

* Boleh mengubah menghentikan tabiat-tabiat buruk seperti makan banyak dan merokok.

Sunday, May 23, 2010

"Sin Tax" Mesti Diasingkan – Dr Mariah


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud bimbang dengan tindakan kerajaan yang dilihat kurang sensitif membabitkan pengasingan hasil pendapatan percukaian daripada perusahaan haram yang didapati daripada judi, arak dan riba.

Menurut Dr Mariah bagi pembentangan usul di parlimen Jun ini, beliau akan menitikberatkan mengenai cukai arak dan judi yang tergolong sebagai cukai dosa atau ’sin tax’.

Maka beliau menggesa kerajaan agar mengasingkan cukai dosa atau ’sin tax’ ini daripada sebarang akuan atau dana terkumpul negara.

Kebimbangan ini wujud kerana punca dana itu turut diagihkan kepada orang Islam dalam bentuk gaji atau elaun sekaligus menjadi kegunaan seharian mereka.

"Pengasingan "sin tax" ini perlu supaya ia tidak digunakan untuk membayar gaji dan elaun kakitangan awam termasuklah kami sebagai Ahli Yang Berhormat. Lebih membimbangkan sekiranya dana itu digunakan untuk kebajikan atau membina masjid.

"Menjadi persoalan saya di parlimen akan datang untuk mengetahui berapa banyak pendapatan hasil daripada cukai arak dan judi ini yang dikumpul dalam dana yang disatukan (consolidated fund) negara? Kita mengambil berat kerana ia jelas merupakan pendapatan haram.

"Jika cukai dosa ini dicampurkan dengan cukai bersih daripada wang terkumpul negara maka secara tidak langsung ia menjadi darah dan daging rakyat kelak.

"Sekarang ini kita sudah ada judi bola pula yang mereka kumpulkan maka kita tidak tahu pengasingan dan terkumpul tersebut. Maka saya lihat kerajaan perlu peka mengenai hal ini," katanya kepada Free Malaysia Today.

Dalam pada itu beliau turut menyentuh mengenai pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka ia diambil secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, kerana arak jenis bir sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Turut menjadi kebimbangan apabila penglibatan peringkat umur yang lebih awal dalam arak ini.

"19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang disoal mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya beliau.

Ketagihan arak tidak jauh beza dengan najid dadah

Tambah beliau, kesan penggunaan arak ini amat berbahaya terutama kepada fungsi organ utama manusia.

Kesan utama penggunaan arak ini ialah gangguan otak yang menyebabkan kesedaran dan kecerdasan manusia untuk berfikir terganggu.

Maka fungsi ‘akal waras’ terganggu dan sering berlaku kemalangan, penderaan, pergaduhan dan pelbagai lagi.

"Arak beri kesan negatif kepada peminum, keluarga dan masyarakat. Kesan jangka panjang menyebabkan kerosakan organ tubuh termasuklah hati dan otak.

"Maka ketagihan arak atau alkohol tidak jauh beza dari ketagihan najis dadah," kata beliau sebagai menamatkan perbualan.

Free Malaysia Today

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak