Saturday, January 29, 2011

Takkan Kementerian Pelajaran pun bangang? | Cénangau


Takkan Kementerian Pelajaran pun bangang?

Semalam rata-rata blog pencacai Umno termasuk Gomo yang kantoi dengan Puteri Umno sendiri, telah keluarkan satu sijil keputusna SPM yang didakwa milik calon PAS, Cikgu Mala. Saheh ka dak sijil tu kepunyaan Cikgu Mala aku tak pasti.

Dalam sijil keputusan tu tercatat nama Normala Sudirman dengan kelulusan S.A.P. (Sijil Am Pelajaran) S.A.P ni kira gagal laa...

Yang aku mushkilnya, takkan Kementerian Pelajaran macam tu punya BANGANG macam yang depa dakwa, benarkan Gikgu Mala masuk maktab guna keputusan ni, dengan menggunakan pengaruh ayah dia. Takkan sampai macam tu punya BANGANG pegawai di Kementerian Pelajaran.

Cuma ada kemungkinan. Yang pertama sijil tu memang milik Cikgu Mala. Tapi aku yakin dia ada sijil SPM yang lebih terkini dari yang tu, dia ulang ambil SPM dan dapat keputusan cemerlang yang melayakkan dia masuk maktab.

Kemungkinan kedua, sijil tu bukan sijil SPM Cikgu Mala. Aku tak heran langsung kalau sijil tu blogger pencacai Umno yang buat. Kalau ikut track record blogger Gomo, kerja memfitnah. ni dia memang hebat.
Tengok isu zina Adun Selinsing yang dia sungguh-sungguh jaja, siap reka saksi tapi tak pernah memunculkan diri kecuali seorang yang dikatakan sebagai orang kuat PAS tapi dia tak sebut pun yang mamat tu dah masuk Umno dan jadi JKKK Umno. Akhirnya isu tu senyap terus setelah dibongkar oleh blogger Pria Malaya.

Baca lagi Cénangau

Rais gesa Melayu, Islam tidak diperlekeh Nik Aziz

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegaskan pelakuan seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah hanya dilakukan ketika zaman jahiliah.

rais yatim pc 020709 02Beliau berkata Mursyidul Am PAS itu tiada hak untuk menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, jauh sekali melabelkan mengundi yang memilih parti lain selain PAS sebagai orang jahiliah.

"Ini adalah kata-kata yang tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Mursyidul Am dan saya percaya ramai di dalam PAS tidak setuju dengan pandangan beliau. Menteri Besar itu akhir-akhir ini sudah jadi pengeluar fatwa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2011 di Shah Alam hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong di Labis dua hari lalu, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

pas muktamar 130610 nik abdul aziz 4Sehubungan itu, Rais berkata sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam khususnya menilai Mursyidul Am PAS itu dengan sebaiknya dan tidak lagi diperlekehkan oleh beliau.

"Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (PAS) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak".

Rais berharap pengundi di Tenang tidak terperdaya dan membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu.

Malaysiakini


PRK Merlimau: 6 Mac undi, 26 Feb penamaan calon - Malaysiakini

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.

azlanAbdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.

"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu. Baca kagi Malaysiakini

Friday, January 28, 2011

Isu Lelong Tanah Calon BN : Rakan Buat Laporan Polis




LABIS 27 JAN : Seorang pengundi di DUN Tenang, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Nasir bagaimanapun enggan ditemuramah dan mewakilkan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi yang turut bersama beliau di Balai Polis Labis memberi kenyataan kepada para wartawan.

Menurut Khairul, terdapat elemen konsiprasi atau rundingan sulit yang merisaukan Nasir bahawa Mansor menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa dalam hal ini sehingga beliau membuat laporan polis hari ini.

"Yang mencurigakan kita khususnya di pihak Nasir ialah mengapa lelongan itu hanya dilakukan kepada seorang individu sahaja dan beliau mengesyaki terdapat rundingan sulit antara Azahar dan pihak tertentu seperti pembeli," kata Khairul.

Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 12 tengah hari tadi.

Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong atas arahan Azahar pada 1 Disember lalu tanpa notis walaupun Mansor bersedia menebus tanahnya itu.

Mengikut laporan polis itu, punca tanah rakannya itu dilelong adalah kerana tunggakan bayaran ansuran kepada CIMB Bank tetapi dia tidak dimaklumkan secara rasmi tanahnya akan dilelong.

Menurut Khairul Polis patut menyiasat perkara ini kerana ia melibatkan hal yang serius dan atas kepentingan masyarakat.

Malah Khairul berkata Azahar tidak harus risau dan mengambil peluang ini untuk membersihkan nama beliau.

"Kalau berlaku, polis kena siasat, walaupun dia dah letak jawatan, walaupun dia kini calon BN tetapi perlu diselesaikan sebagai usaha membersihkan nama beliau dan menunjukkan integriti yang sepatutnya dibina dalam negara ini.

TVS NEWS

Asri Senada Dengan Nik Aziz Nasionalisme Bersifat Perkauman




SHAH ALAM 27 JAN : Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin senada dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa amalan nasionalisme semakin menular di negara ini.

Bercakap kepada Tv Selangor hari ini, Dr Asri berkata, jika amalam nasionalisme yang dimaksudkan mencangkupi aspek resism, ia sememangnya berlakunya di negara ini.

"Apa itu nasionalisme? Kalau nasionalisme diambil dalam kerangka perkauman yang sempit hingga menggunakan Islam untuk menyebabkan orang lain jadi berubah hanya kerana hendak cuba menimbulkan isu perkauman, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Aziz. Ia bersifat perkauman. Bukan semangat nak tolong kaum," kata Dr Asri.

Mursyidul AM PAS itu dipetik berkata orang Melayu di negara ini yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk daripada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

"Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.- Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nik Aziz mengulas gesaan Lee supaya umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut.

Pandangan itu terkandung dalam buku terbaru tulisannya “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.

TVS NEWS

LABIS, 27 Dis — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA — rakan Umno dalam BN — yang terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.

“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham?


Normal Sudirman (kiri) berceramah dengan diperhatikan oleh Nik Aziz Nik Mat ketika berkempen di Kg Redong menjelang hari pengundian Ahad ini. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS, 27 Dis — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA — rakan Umno dalam BN — yang terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.

“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham?

“Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, kalau faham mustahil tolak Islam,” kata beliau pada sidang media di Kampung Redong di sini ketika berkempen untuk calonnya Normala Sudirman.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu juga melahirkan rasa duka cita apabila Umno yang merupakan parti Melayu terbesar itu juga menolak Islam dengan memilih pendekatan nasionalis.

“Kenapa tolak Islam? Saya duka cita kerana Umno tolak Islam.

“Kalau MCA cakap macam itu tidak mengapa sebab dia tidak faham (Islam).

“Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai... kalau nak bagi mesti bagi pada anak yang tahu tentang komputer,” katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Ketika ditanya bagaimana peluang PAS untuk memenangi pilihan raya kecil itu, Nik Aziz berkata ia terpulang kepada pengundi untuk membuat pilihan.

“Peluang (menang) terletak kepada pengundi, sama ada nak kekal jahiliah atau pilih Islam.

“Islam ada dua (pilihan), jahiliah atau Islam,” katanya.

Sebelum ini, Dr Chua menegaskan, akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Bekas menteri kesihatan itu berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi lelaki.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa parti komponen BN terutamanya MCA supaya tidak mengeksploitasikan pendirian Normala yang tidak bersalam dengan lelaki.

Selain itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Dr Chua, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam sebagai satu pendirian menghina agama Islam, yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani menggesa Dr Chua supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

PAS menerusi Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali meminta Umno menasihatkan MCA supaya menghormati adat dan tatatertib orang Islam.

MK

Jangan Bersikap Jumud, Kata Khairy

KUALA LUMPUR 27 JAN: Isu cadangan Kementerian Dalam Negeri(KDN) memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984(PPPA) ke internet turut dibantah Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin.

Thursday, January 27, 2011

Pinda Akta Cetak: Najib Lebih Dahsyat Berbanding Mahathir





SHAH ALAM 26 JAN : Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan melahirkan kebimbangannya dengan tindakan Perdana Menteri yang melancarkan perang habis-habisan ke atas media internet yang mendukung prinsip kebebasan di negara ini.

Katanya, tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah kabinet Datuk Seri Najib Razak meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) adalah lebih dahsyat berbanding apa yang berlaku di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada Tv Selangor, Steven Gan berkata, sekatan ke atas media yang melampau itu merupakan satu petanda bahawa Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir sehingga mengakibatkan kerajaan terdesak untuk mengawal informasi yang tersebar melalui ruang maya.

"Rakyat secara umum bukan mengharapkan perdana menteri, Najib untuk melaksanakan kawalan ala-Mahathir terhadap media tetapi kita juga tak boleh berharap ini akan jadi lebih buruk dari zaman Mahathir," katanya.

"Apa yang dia cuba lakukan ialah memastikan media atas talian (online) berada di bawah kawalan sebelum pilihanraya umum, itulah sebabnya dia kini bercakap mengenai pindaan dalam akta cetak, kemungkinan pada Mac depan. Tindakan kementerian yang tergesa-gesa mahu membuat pindaan ini merupakan isyarat jelas pilihanraya umum semakin hampir,"jelas Steven

Semalam KDN mengumumkan untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya termasuk seperti laman web, blog termasuk Facebook.

Ia dilihat sebagai langkah terbaru kerajaan menyekat media alternatif seperti Tv Selangor, Malaysiakini dan banyak lagi portal di negara ini untuk menyebarluaskan maklumat yang bertentangan dengan kepentingan politik mereka.

"Ini sudah tentunya satu tamparan kepada sedikit kebebasan yang kita nikmati sejak 15 tahun dahulu," tambah Steven.

Katanya, tindakan ini juga mungkin satu perangkap dari KDN untuk memudahkan tugas mereka menyekat kemaraan laman web yang bebas mengkritik kerajaan.

Dengan melakukan pindaan ini, ia mungkin memberi laluan untuk permohonan lesen kepada media-media alternatif dan mereka yang tidak berbuat demikian dengan mudah akan dikenakan tindakan perundangan.

"Saya rasa mereka memberi kelonggaran dalam perlesenan sebagai satu kaedah kerajaan mengenakan tekanan politik kepada bukan sahaja Malaysiakini tetapi banyak lagi media atas talian. Ini juga memberi kementerian kuasa untuk mengharamkan mana-mana laman sesawang," katanya.

Steven Gan juga turut senada dengan Presiden NUJ, Hata Wahari yang menyifatkan tindakan kerajaan meminda PPPA sebagai tindakan terkebelakang kerajaan.

"Saya bimbang kedudukan kita dalam kebebasan media akan semakin menurun dan ini akan memberi tamparan hebat kepada pengamal-pengamal media, bagaimana mereka hendak mengamalkan media," kata Hata kepada Tv Selangor.

Tambah beliau, tindakan kerajaan meminda PPPA adalah bertujuan untuk terus mencengkam rakyat untuk mengikut apa juga corak pemerintahannya.

" Bermakna kata-kata Perdana Menteri bahawa era kerajaan tahu semua, tidak dilaksanakan.Maknanya sekarang ini kerajaan terus meletakkan agenda-agendanya sendiri kepada rakyat," jelasnya.

TVS NEWS

Monday, January 24, 2011

Perhimpunan bantah sidang DUN S'gor - Malaysiakini

Kira-kira 500 berkumpul di Dataran Shah Alam di bawah pengawasan ketat polis sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang untuk membahaskan cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik pegawai tinggi negeri kepada sultan dan kerajaan negeri.

NONESebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor) berkumpul mulai kira-kira jam 9.30 pagi. Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

Jumlahnya yang pada mulanya sekitar 200 orang, kemudiannya meningkat kepada sekurang-kurangnya 500 orang, sebelum mereka berarak menuju bangunan SUK Selangor - tempat terletaknya DUN.

Kumpulan berkenaan yang diketuai ketua bahagian Umno Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi berhimpun sejak jam 9.30 pagi ini di Dataran Shah Alam sebelum berarak ke bangunan SUK.

Sewaktu berarak sejauh satu kilometer itu, mereka melaungkan 'undur PR', 'tangkap Anwar', daulat tuanku, serta bertakbir.

Mereka juga membawa sepanduk yang bertulis 'Daulat Tuanku', dan "Khalid gagap perampas kuasa raja Melayu".

Kumpulan berkenaan yang antara lainnnya disertai penyokong Umno, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu bagaimanapun dihalang oleh sepasukan polis di jalan menuju ke bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, lima orang wakil dibenarkan untuk melepasi halangan itu bagi menghantar satu memorandum.

Memorandum berkenaan kemudannya diterima oleh seorang wakil rakyat BN di pintu pagar SUK.

Mereka kemudianya bersurai sekitar jam 10.45 pagi.

Malaysiakini

Dun Tenang: Calon BN terlibat dengan penipuan tanah???



Bongkar! Penyelewengan Calon BN DUN Tenang


Oleh
milosuam




Previously on [Gempar! Calon BN DUN Tenang bakal ditelanjangkan!], CiLiK© telah meneruskan siasatan pada hari ini. Berdasarkan maklumat dari beberapa orang responden yang CiLiK© temui semasa penamaan calon (22 Januari 2011), tanah yang telah dilelong kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah terletak di satu kawasan di Mukim Jabi Segamat.

Bagi membuktikan kesahihan maklumat ini, CiLiK© telah ke Mukim Jabi Segamat dan mencari sendiri di manakah letaknya lokasi tanah berkenaan dengan bantuan seorang kakitangan Pejabat Tanah.

Melalui alamat yang diberikan, CiLiK© telah pergi ke lot tanah berkenaan. Menyusur dari satu kebun ke kebun yang lain. Keadaan kebun-kebun yang tidak berpagar menyebabkan CiLiK© keliru yang mana satu lot tanah berkenaan. Alhamdulillah, setelah dirujuk dengan beberapa orang penduduk setempat, akhirnya CiLiK© berjaya menjumpai lot tanah yang menjadi pertikaian antara tuan tanah, pembeli dan juga Datuk Ai (Calon BN).

Berikut disertakan bukti bergambar perjalanan yang telah CiLiK© lalui hari ini :












Sebelum tanah ini dilelong (tanpa pengetahuan tuan tanah), ia hanya dipenuhi dengan pokok buah-buahan, jati dan sebagainya. Kemudian, tuan tanah telah mencagarkan tanah untuk membuat pinjaman bank. (Bank : CIMB). Akibat gagal membuat pembayaran balik pinjaman, proses lelongan telah dimulakan.

Lantaran itu, tuan tanah telah bersusah payah bergolok gadai mencari dana sebanyak mungkin untuk melunaskan pinjaman tersebut demi menyelamatkan tanah beliau dari dilelong kepada pihak lain. Hasilnya, beliau telah membayar RM10,000 kepada CIMB Bank bagi mengelakkan tanah beliau dilelong. Namun, proses lelongan diteruskan juga.

Resit pembayaran RM 10,000 kepada pihak CIMB Bank telah dibawa pada hari lelongan. Tuan tanah terus berjumpa dengan ADO yang bertugas pada waktu itu. Siapakah ADO itu? Datuk Ai la siapa lagi! Bukan setakat itu sahaja, demi menyelamatkan tanahnya dari dilelong, beliau telah membawa juga RM 12,000 tunai. Namun rayuan beliau kepada Datuk Ai dipersetankan sebegitu sahaja.

Jika difikirkan, Datuk Ai selaku ADO Segamat perlu menggunakan budi bicaranya untuk memberi peluang kepada tuan tanah bagi menyelamatkan tanah beliau. Namun semua itu tidak berlaku.

Adakah ini satu konspirasi?

Adakah ADO Segamat ketika itu (Datuk Ai) mastermind dalam lelongan tanah berkenaan?

Jika ya, mengapa tarikh siasatan lelongan tidak dimaklumkan kepada tuan tanah?
Dan lebih dahsyat lagi, mahkamah telah membuat keputusan bahawa Pentadbir Tanah telah pada 11 Ogos 2003 membuat keputusan dan menetapkan tarikh lelong dan harga rezab TANPA KEHADIRAN mana-mana pihak.

a)Tiada wakil dari pihak pemohon hadir
b)Tiada wakil dari pihak responden hadir
c)Pentadbir Tanah juga tidak dapat menjelaskan tarikh itu tarikh itu tarikh apa

Manakala perintah lelong ditarikhkan pada 18-9-2003 yang mana kesemua pihak tidak mengetahui tarikh 18-9-2003 tersebut tarikh apa.

Untuk lebih jelas, klik gambar ini di bawah :




sumber

Sunday, January 23, 2011

Negara Islam: Ada baik Cina diingatkan, kata TPM


Timbalan Perdana Menteri Tan Srti Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

NONESambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

tenang by election nomination day 220110 mohd azahar ibrahim md asri amir normala sudirmanMuhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.

tenang by election 220111 chua soi lek"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

NONEBagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.


Malaysiakini

Satu Kapal Persendakan Hukum Islam

Assalamualaikum pengunjung budiman. Pilihanraya kecil DUN N 05 Tenang nampaknya mula tidak tenang dan haru-biru dengan cercaan2 ahli2 politik terhadap hukum-hukum Allah yang datangnya dari satu kapal yang berbendera tengkorak. Tergadai agama demi kuasa.


Peristiwa 1 : Berkatalah seorang menteri kabinet dari kapal ini, yang turut berkempen walaupun beliau melangkau tarikh yang dibenarkan SPR untuk berkempen. Katanya kalau tertubuhnya negara Islam, banyak tangan-tangan ummat Tenang akan dipotong kerana mencuri. Orang-orang Cina elok dimaklumkan hal ini kerana setelah 53 tahun mereka masih tidak pandai mengingatkan hal ini kepada orang-orang bukan Islam. Ingatan ini diserahkan kepada tokeh viagra yang berketurunan tionghua untuk disebarkan.



Peristiwa 2 : Berkatalah seorang bekas menteri kabinet dari kapal yang sama, kepada puak-puaknya, yang sekarang ini menjadi tokeh viagra bahawa calon parti Islam enggan berjabat tangan dengan lelaki. Kalau berjabat tangan pun, beliau akan memakai sarung tangan seperti Wan Azizah. Sudah pasti calon Islam ini tidak mahu datang ke tokong Cina, katanya lagi. Akibat dari itu.....maka pihak lawan yang marah dari Kapal Myvi Marmara telah menyebarkan video tokeh viagra itu 'berjabat' tangan, kaki, badan, mulut , ehem-ehem ......... dengan seorang wanita pada 2008 untuk menggambarkan kehebatan kebebasan berjabat tangan ini. Yang terharunya kapten Myvi Marmara memberi amaran agar video bermoral itu tidak disebarkan dan diserahkan kerana video itu akan mengganggu ketenangan pilihanraya di Tenang atau mungkin video itu memberi kemenangan kepada krew kapal pihak lawan

Tinta Muallimah

BILA GURU MENJADI CALUN - TPM PUN KELUAR KENYATAAN!!!

Muhyiddin: Elok bagi guru setia kepada kerajaan -

Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan.

tenang by election nomination day 220111 shahidan kassim muhyiddin yassin"Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru sebagai seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutamanya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.

azlanMuhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat Johor, di Pagoh, hari ini. Hadir sama, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran.

Markom menimbulkan kontroversi awal bulan ini apabila kegiatannya berkempen untuk BN di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube.

Dia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".

NONEKata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya dan tindaklan itu merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong,".

Tambahnya lagi, jika guru-guru didapati menentang kerajaan, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.

Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.

Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

Akibat tindakannya itu, PAS Johor pada 7 Januari lalu, membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor itu mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Malaysiakini

Dewan Pemuda gesa warta fatwa meletakkan ancak

“Kami ada menerima jawapan berbeza dan merasakan maklum balas Harussani sebelum ini setelah berjumpa dengan Dr Zambry dilihat bersifat peribadi dan bukan fatwa yang dipersetujui bersama dalam Majlis Fatwa Negeri.
IPOH – Dewan Pemuda Pas Negeri memohon Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mewartakan fatwa perbuatan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah dalam Program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 16 Oktober lalu.

Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, perbuatan berkenaan wajar dibincangkan bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berikutan maklum balas yang dikeluarkan oleh Harussani sebelum ini bercanggah.

“Kami ada menerima jawapan berbeza dan merasakan maklum balas Harussani sebelum ini setelah berjumpa dengan Dr Zambry dilihat bersifat peribadi dan bukan fatwa yang dipersetujui bersama dalam Majlis Fatwa Negeri.

“Adalah menjadi harapan kami dan umat Islam serta menjadi tanggungjawab Harussani agar dapat menjernihkan kekeliruan yang masih samar kerana dibimbangi masih menjadi ikutan yang boleh menjejaskan akidah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat permohonan diwartakan fatwa perbuatan Zambry meletakkan ancak kepada Pegawai Fatwa Negeri Perak, Kamaruddin Adam yang mewakili Harussani di Pejabat Jabatan Mufti Negeri, Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya turut menyertakan gambar-gambar dan rakaman berbentuk video kepada semua Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk penilaian dan meneliti aduan yang dibuat.

“Oleh kerana Dr Zambry sebagai ketua negeri ini dan juga memegang amanah jawatan berkaitan Hal Ehwal Agama, sudah tentu perbuatan dan perilakunya akan menjadi contoh dan juga ikutan rakyat di negeri ini.

“Berharap Mufti menilai sendiri dan juga meneliti aduan kami bagi mendapatkan kebenaran dan juga keadilan sepenuhnya. Pihak kami bersedia menunggu apa sahaja keputusan pihak mufti dalam perkara ini,” katanya. SH

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak