Wednesday, August 29, 2012

Nik Aziz: Semuka, tak payah guna surat TGNA. Apa macma ada berani UFB



Nik Aziz kecam Harussani


KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda
Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.

Tuesday, August 28, 2012

AZAB UNDI BN AIR PUN TAK ADA. PAHANG PULAK TUH

kih kih negeri PIEM pun lagi teruk pada Negeri Pakatan kaka kaka kaka





Ini Baru Islam di Politikan. Mamak ini main Peranan sungguh


'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam'


Tun Dr Mahathir Mohamad.


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.
"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
  
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
  
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
  
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
  
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - Bernama

Monday, August 27, 2012

Majlis Syura disaran gugur keanggotaan Nasha


Dari ayat ini teman faham : Bukan keluaar Parti.. cuma berundur dari keanggotan majlis Sura aje huhuhu


 
Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

NONEBekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu.

"Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi. 

"Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat".

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya.

Menurut Ahmad lagu, tindakan itu juga boleh mengelakkan serangan BN ekoran kenyataan Nasharuddin yang mahukan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran perbezaan pendapat dengan DAP berhubung isu hudud.

Kontroversi tak jejas sokongan
Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharuddin memandangkan ahli parlimen Bachok itu tidak lagi menganggotai jawatankuasa itu.

nasharuddin mat isa pas muktamar in kota bharuHarakahdailybagaimanapun semalam melaporkan Setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi Nik Salleh sebagai berkata, mereka hanya akan membincangkan isu Nasharudin "kalau sempat" dalam agenda lain-lain sahaja.

Manakala Sinar Harian pula melaporkan Nik Zawawi sebagai berkata, pilihan tindakan terhadap Nasharuddin akan diketahui selepas badan itu bersidang pada 9 September.
Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ahmad itu turut menggesa Nasharuddin dapat hadir memberi penjelasan dalam mesyuarat bulanan majlis itu yang dijadual pada tarikh itu.
"Itu peluang terbaik beliau beri penjelasan," katanya sambil menegaskan beliau "amat mengenali" bekas ahli akademik itu.

Mengulas kenyataan Nasharuddin sebelum ini, Ahmad yakin ia tidak menggugat sokongan ahli akar umbi kepada kerana pemimpin itu didakwa "tidak mempunyai penyokong". MK

Tubuh aje sayap penyokong UMNO tu di Masjid hahaha

Umno tubuh Kelab Penyokong di IPTA




Teman ingat sayap pemuda UMNO tu ditubuhkan tiap tiap masjid lagi baik. Bior anak muda UMNO wajibkan ke Masjid. Ape heret 



pelajar IPTA berpolitik nanti kena AUKU pula. Takk berapa cerodek UMNO ini. Minta nyawa kata Ahmad 


Nesfu.huhu huhu


REMBAU - Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian 

tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta 

Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan 

dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik



Ka ka ka ka. Kalau Tubuh tiap-tiap masjid kan bagus bia gen UMNO yang muda tu danputiri UMNO ramai ke masjid. Kata IPTA tak boleh politik, tempat cari Ilmu. Jangan pasang pukat tempat orang menuba hahahaha


Khalid Samad: Isu Nasharudin dan Karpal - Entri Blog - Sinar Harian


KHALID SAMAD,
26 Ogos 2012
Khalid Abdul Samad
Khalid Samad
SAMBIL kita tengah sibuk menghayati bulan Ramadan, tercetus pula isu baru, Ustaz Nasharudin Mat Isa meminta Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh Karpal Singh sebagai anti-Islam kerana menolak hudud!

Soal Ustaz Nasha bersama Najib di Makkah dan bertindak sebagi penterjemah hanya menzahirkan betapa Umno ketandusan ulama.

Tiada orang lainkah dalam Umno? Sama ada ia sandiwara atau sebaliknya, kita tidak perlu memikirkannya. Kalau Ustaz Nasha hendak berumrah bersama Rosmah pun tidak menjadi masalah bagi saya.
Hanya yang menjadi pertikaian ialah kenyataan beliau berhubung Pas agar perlu keluar dari PR dan bagaimana Pas tunduk pada DAP.

Lagu dan irama lama, didendangkan kembali untuk menutup peristiwa pergolakan di Sabah. Kalau benar beliau ikhlas, mengapa tidak dibawanya ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat? Sebaliknya mendiamkan diri seribu bahasa sambil bergendang di luar di dalam pangkuan Umno/BN.

Bukan lagi menjadai satu rahsia bahawa beliau sudah lama tidak bersama Pas dari segi semangatnya. Semenjak terlibat dalam perundingan Pas Umno pasca-PRU 2008 beliau kelihatan berbeza.
Mungkinkah ada umpan yang terkena dan tidak dapat dilupai rasanyakah? Bertambah pula dengan kekalahannya dalam pertandingan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang digambarkan oleh wartawan ‘The Star’ sebagai kali pertama melihat beliau kehilangan senyuman yang bagaikan sentiasa terpahat di bibirnya, sehingga menurutnya lagi terus tidak hadir pada hari terakhir muktamar Pas pada tahun itu.
Pendedahan Pas Kelantan bahawa beliau tidak lagi disenaraikan sebagai calon sudah pasti diketahui lebih awal oleh dirinya sendiri.

Masa depannya bersama Pas seolah-olah semakin malap dan jalan permaidani merah yang biasa dilaluinya sudah tidak lagi kelihatan.

Maka oleh itu tidak mustahil beliau mencari pilihan yang lain bagi diri dan masa depannya. Mungkin sepertimana Hassan Ali, beliau menganggap dirinya tidak lagi dihargai Pas dan sebaliknya lebih dihargai pihak sebelah sana.
Dalam pada itu, pertelingkahan beliau dengan Karpal pula boleh dianggap agak melucukan. Dituduhnya Karpal ‘anti-Islam’ kerana menolak Hudud! Wooooit! Hudud ditolak oleh Karpal seorang sahajakah?

Untuk makluman semua, Umno/BN sudah lama menolak hudud dan itulah sebabnya ia tidak dilaksanakan di negara kita! Mengapa pula tidak diistihar Umno/BN sebagai anti-Islam? Kerana mungkin itu tidak menepati ‘game-plan’ Umno/BN?
Orang bukan Islam menolak hudud, malahan agama Islam itu sendiri, adalah perkara biasa. Nama pun bukan Islam. Tetapi persoalannya, mengapakah Umno yang mengaku Islam menolak? Tidakkah sepatutnya beliau mengistiharkan yang di sebelahnya dalam gambar di Mekah itu sebagai anti-Islam terlebih dahulu sekiranya penolakan hudud adalah hujjah untuk mengisytiharkan seseorang itu anti-Islam!

Sunday, August 26, 2012

Hudud: Surat amaran Dr M belum ditarik balik. Siapa Dr Mahathir???

Wajah yang menandatangan surat amaran kepada Kelantan Menghalang hudud dilaksanakan hingga kini. Anda kenal dia?...





KOTA BHARU:
 Surat amaran kepada Kelantan yang dihantar Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi menghalang pelaksanaan hudud masih berkuatkuasa sehingga sekarang.

Malah surat atas nama ketua kerajaan Malaysia itu belum ditarik balik sehingga sekarang.

Surat itu bertarikh 15 Julai 1994 yang ditandatangani Dr Mahathir antara lain menyebut kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
Selain itu disebut kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemuda PAS mencabar Umno mengeluarkan kenyataan bahawa surat halangan tersebut ditarik balik bagi memberikan ruang kepada Kelantan melaksanakan hudud.

“Ia termasuk memberikan jaminan kerjasama agensi-agensi seperti polis, penjara dan mahkamah yang berada di bawah kekuasaan kerajaan pusat,” katanya di sini.

Isu hudud dijadikan agenda media milik Umno dilihat sebagai usaha bagi memecahkan kesepakatan dalam kalangan Pakatan Rakyat. Namun sejak 2008 sehingga sekarang usaha yang dilakukan Umno itu gagal.

Dan sekarang cuba dinyaringkan kembali ketika menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Sehubungan itu Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad kononnya kerajaan pusat menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan sebagai satu sandirawa politik.

Katanya, ia hanya bertujuan meraih sokongan pengundi Melayu Islam merupakan golongan majoriti di Kelantan.

Sedangkan kata beliau hakikatnya juga hudud terhalang dengan kewujudan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah.

“Sekiranya benar Umno ikhlas memberikan laluan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan, kenyataan Alwi perlu disokong pemimpin tertinggi Umno di peringkat pusat,” katanya

Ahmad Fadhli juga berkata, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sendiri seperti dilaporkan The Star pada 25 September 2011 dengan jelas menyebut “No Hudud in Malaysia"?

Dalam perkembangan berkaitan Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abd Rahman berkata, Ketua Umno Kota Bharu, Fatmi Che Salleh ketinggalan zaman apabila mahu PAS menyatakan pendirian mengenai hukum hudud.

Katanya, kenyataan Fatmi seolah-olah tidak mengetahui pendirian PAS sejak sekian lama memperjuangkan Islam secara syumul termasuk hukum hudud yang menjadi sebahagian daripada kewajipan termaktub dalam Islam.

Beliau juga berkata, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan seorang Adun Umno di Johor mencadangkan hudud sebagai hilang akal menjelaskan BN menolak hudud.

“Kenapa Fatmi hanya menukilkan pendirian DAP yang menentang hudud sedangkan Umno dan parti-parti kompenan BN secara jelas menentang hudud dan negara Islam langsung tidak disentuh,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak