Wednesday, February 10, 2010

ZAMRY MB PERAK????? PELIK KE?? TAK KOT


Teka teki siapa MB Perak dah terjawab. Keputusan yang dah dijangka. Tak pelik dan tak ada ajaibnya. Yang ajaib kalau Nizar diumumkan menang. Hebatnya Nizar walaupun kalah tapi beliau melangkah keluar dari Istana Keadilan dengan langkah yang penuh yakin. Beliau tak senyap senyap menghilangkan diri macam halimunan.Kalah 5-0 tidak mematahkan semangat Nizar dan semangat itu patut ada pada semua penyokong dan pendokong PR.



Yang menang memanglah gembira. Tapi seronoknya takkan bertahan lama. Teka teki 9 Feb dah terjawab tapi bagaimana dengan teka teki PRU 13? Mahkamah Persekutuan buat keputusan Zamry sebagai menteri Besar Perak tapi bagaimana dengan mahkamah rakyat yang mempunyai kuasa penentu siapa MB yang mereka mahukan. Kerusi MB Perak tetap panas macam perak yang berjemur di tengah panas.





"Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."Ali 'Imran ayat 26


Ummu Sumaiyah

Monday, February 8, 2010

JANAGAN SAMPAI MACAM INI - KAKAK OI

Kat sini jangan buat macam tu akak-akak sekelian. Nanti parah. Nanti habis abang-abang teksi, abang-abang lori ter'accident' sesama sendiri, tersondol bontot kereta/lori sesama sendiri. Nanti tergendala pulak mat-mat rempit nak merempit.

Nanti lumpuh satu KL kalau tunjuk macam tu. Semua abang-abang, pak cik-pak cik keluar nak ikut sama.

Perbuatan itu memanglah salah dari semua segi, moral, agama dan perundangan tak kiralah sekular atau Islamik sekalipun.

Tapi yang membuat saya tertarik dengan berita ini ialah, kesedaran politik kaum hawa terutama yang muda-muda, sanggup buat apa saja demi demokrasi tidak di'rogol'.

Mereka sanggup setengah bogel asalkan demokrasi mereka tidak di'rogol'. Sungguh tinggi kesedaran politik mereka. Mereka tidak berbaju cuma ber'pelekat' ditempat-tempat tertentu., hanya berseluar 'jeans'. [sumber.]

Itulah 'bayaran' yang tinggi untuk harga sebuah demokrasi.

Di sini, tak tahu nak dikatakan lagi. Apakah demokrasi sudah di'rompak, di'rogol', di'liwat' dan entah apa-apa lagi?

Esok hari penentuan demokrasi di Perak.

Mahkamah akan membuat keputusan, siapa yang lebih berhak menerajui Perak, di antara Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

Selaku penyokong Pakatan Rakyat sudah semestinya keputusan itu sangat-sangat dinantikan sesudah satu tahun Perak dilanda kemelut politik yang amat dahsyat.

Apakah demokrasi mampu ber'sinar' kembali di negeri yang kaya dengan bijih timah satu ketika dulu?


al-brangi
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendapati pemimpinnya melakukan perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jemaah satu jengkal, maka matinya adalah dikira mati dalam keadaan jahiliah Bab wajib menyertai Jemaah Riwayat Bukhari didalam kitab Fitnah Hadis 6530 6531 Riwayat muslim didalam kitab Pemerintahan hadis 3438
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Sesungguhnya kaum Quraisy merasa bingung dengan masalah seorang wanita dari kabilah Makhzumiah yang telah mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang akan memberitahu masalah ini kepada Rasulullh s.a.w? Dengan serentak mereka menjawab: Kami rasa hanya Usamah sahaja yang berani memberitahunya, kerana dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w. Maka Usamah pun pergilah untuk memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Jadi maksud kamu semua ialah untuk memohon syafaat terhadap salah satu dari hukum Allah? Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah: Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya