Saturday, November 14, 2009

KEMISKINAN DI JADIKAN UMPAN OLEH UMNO



Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bentong.Beliau kesal walu pun negara mempunyai sumber kekayaan yang banyak tetapi ianya berlegar di kalangan orang kaya dan orang politik yang berkuasa.

UMNO suka orang miskin kerana senang mereka nak beli undi. Mereka beri bantuan kepada orang miskin cara subsidi ini tidak betul. Sepatutnya mereka UMNO ada perancangan untuk membebaskan rakyat dari kemiskinan

Ayid:
Kini rakyat telah di momokan pula dengan isu (SUBUR) bantuan beras
kononnya bagi meringan bebanan rakyat termiskin

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN GOPENG 2009

Majlis Konvokesyen dan Hari Anugerag Cemerlang bagi PASTI kawasan Gopeng
telah di adakan bertempat di Hotel Sri Malaysia pada 15 Nov 2009
telah di Rasmikan oleh Sdr Salaman Salleh
NAIB KETUA PEMUDA PAS PERAK




Dato Sri Nizar Jamaluddin sedang menyampaikan ucapan



Sebahagian daripada keluarga yang hadir di hari konvokesyen tersebut





Persembahan dari Kanak-kanak PASTI



Anugerah Murid cemerlang akademik 2009 di menengai oleh Mohammad Arif dari PASTI Sinaran Wahyu Kopisan Baru Gopeng sedang menerima sijil dari Dato
Sri Nizar Jamaluddin MB Halal Perak






Fo yoo, Konvokesyen buat kat hotel Sri Malaysia, tak main kat dewan lagi. Ini yang UMNO tak suka tengok TADIKA umno (kemas dan Perpaduan buat kat dewan aje) itu pun dewan orang ramai tempat budak-budak tu belajar


ZAHID IBRAHIM CADANG TUAN GURU DATUK NIK AZIZ KENJADI KETUA PAKATAN RAKYAT

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.


"Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily.


Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.

Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%.

(Gambar: Datuk Zaid calonkan Nik Aziz sebagai ketua Pakatan Rakyat)

"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.

"Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya.

Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Zaid telah dinamakan sebagai pengerusi protem itu.

Baca seterusnya (disini)

Ayid: Kita sama-sama berharap agar semua Pimpinan tertinggi Parti
dapat menerima cadangan tersebut semuga PR akan bertambah
kuat untuk menghadapi PRU ke 13

Friday, November 13, 2009

BILAKAH QIAMAT ?



Apabila kita melihat ,memerhati dan berfikir dengan kejadian dan fenomena yang berlaku di sekeliling kita kemudian kita rujuk kepada al-Quran dan hadis maka kita dapati bahawa hampir kesemua tanda-tanda qiamat yang telah diberitakan oleh Allah s.w.t sama ada melalu al-Quran ataupun al-Hadis telah pun berlaku. Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhati dan Muslim.


Antara tanda qiamat itu ialah :

* Sedikit ilmu agama, yakni orang yang mempunyai ilmu agama itu sedikit golongannya ataupun orang tidak menguasai ilmu agama sebagaimana ilmu-ilmu lain. Malahan ada orang yang tidak berminat langsung untuk mempelajari ilmu-ilmu agama yang didakwa tidak memberi apa-apa keuntungan.

* Kejahilan semakin jelas. Orang yang jahil semakin ramai daripada orang alim. Apabila orang alim bercakap orang ramai tidak mempercayai atau tidak memberi sokongan tetapi apabila si jahir mengeluarkan pendapat ramai pula orang yang mengiakan dan memberi sokongan termasuklah juga ulama' mata duitan .

* Perbuatan zina berlaku secara terang-terangan tetapi tidak ada pihak yang cuba menghalang malahan ada yang mengatakan " biasalah orang muda ". Ada beberapa tempat pelacuran yang dibenarkan beroperasi dengan halal. Sebab itu ada istilah zina halal, zina haram dan judi halal dan judi haram. Fikirlah sendiri.

* Jumlah perempuan lebih ramai daripada jumlah lelaki sehinggalah di akhir zaman nanti seorang lelaki akan berkahwin dengan 50 perempuan kerana kejahilan mereka.

* Orang tidak melaksanakan hukum Allah s.w.t yang menyebabkan semakin hari semakin banyak maksiat, jenayah yang akan menyebabkan kerosakan dan kehancuran dunia ini. Sama-samalah kita beringat.


AYID:
Kita sama-sama semak ayat di bawah ini:
Al-Mulk
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16) Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (17)

TIDAK AKAN DATANG HARI (QIAMAT) SAHINGGA BERLAKUNYA BANYAK GEMPA BUMI(BUKHAARI)

MB salahkan Khir gagal kutip RM800 juta projek hutan


Abdul Khalid berkata, risalah setebal 12 halaman itu menerangkan mengenai projek penghutanan semula yang dijalankan sepanjang sejak tujuh tahun lalu.

Jelasnya lagi, projek itu dijalankan dengan menebang kayu balak di kawasan berkenaan dan menggantikannya dengan beberapa tanaman kayu balak termasuk tanaman getah.

"Awak tebang pokok hutan, kerajaan negeri tidak dapat hasil. Awak tanam getah, kerajaan kena bayar pula harga getah yang mahal. Ini kerja apa kita buat ini?" katanya.

Salinan risalah berkenaan projek tersebut diedarkan kepada wartawan dalam sidang media itu.

Risalah berkenaan menyenaraikan keseluruhan 12 buah syarikat pemajak yang terlibat dalam keempat-empat projek itu dan juga menamakan pengarah syarikat tersebut.

Menurut risalah itu, tujuh buah syarikat diberikan pajakan untuk Hutan Simpan Rantau Panjang, manakala sebuah syarikat lagi memajak Hutan Simpan Bukit Tarek. Dua buah lagi terlibat memajak hutan di Sungai Jeloh, manakala dua syarikat di hutan Bukit Belata.

"Apa yang menarik, tanah-tanah di Selangor ini bukan diberikan kepada orang sini (Selangor) tetapi orang Melaka," katanya, sambil membacakan nama salah seorang pengarah syarikat tersebut.

"Dia duduk di Kampung Lapan, Melaka. Pemuda ini namanya Tan Chi Meng, (menurut risalah ini) dia lahir pada 1980.

"Dia masih muda, tapi dia sudahpun ada sebuah hutan kecil," kata Khalid, sinis.

Turut dilampirkan dalam risalah berkenaan, butiran perjanjian usaha sama di antara PKPS, kerajaan negeri dan juga syarikat-syarikat yang memajak tanah berkenaan.

Butiran itu turut mendedahkan unjuran keuntungan dan jumlah keuntungan sebenar yang diperolehi PKPS dan juga syarikat pemajak sehingga Oktober tahun ini.

Abdul Khalid menjelaskan, projek-projek berkenaan telah diluluskan semasa pentadbiran BN tanpa melalui proses tender dan ia juga diberikan kepada individu tertentu sahaja.

"Selalunya ada corak, orang yang sama atau syarikat yang sama yang dapat," katanya.

"Jadi beberapa persoalan yang akan kita jawab, mengapa mereka ini dapat? Tapi daripada kajian kita, mereka tidak pernah ada kepakaran dalam penghutanan ini.

Baca selanjutnya( disini)

SUBSIDI BERAS(SUBUR) KECOH DI PARLIMEN


Dewan Rakyat Ditangguh 10 minit, Kecoh Perkataan 'Anjing'

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit selepas timbul kekecohan ekoran perkataan 'kera dalam sarkas' dan peribahasa seperti 'anjing menyalak bukit' yang diucapkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.

Keputusan itu diambil Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas berlaku pertikaman lidah antara Noh dan anggota Parlimen pembangkang berhubung borang permohonan baucer program subsidi beras untuk rakyat (Subur) ketika menteri itu sedang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat dasar hari ini.

Kekecohan bermula apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang mempersoalkan terdapat ruang pada borang permohonan baucer itu untuk mendapatkan tanda tangan Ketua Umno Bahagian sebagai satu daripada syarat kelulusan, seperti yang didedahkan sebuah akhbar Cina tempatan.

Dr Lo'Lo Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) yang membangkitkan isu itu mempersoalkan keperluan mendapatkan kelulusan daripada Umno sedangkan Subur merupakan program kerajaan.

"Saya mahu tanya ini duit Umno ke duit kerajaan sebab kalau duit kerajaan ia adalah daripada duit rakyat, kenapa perlu dapatkan tandatangan Ketua Bahagian Umno?," soal beliau.

Baca seterusnya (disini)


Najib perlu tarik balik kenyataan terhadap CEUPACS

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menasihatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdamai dan menarik balik kenyataan beliau terhadap Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) dalam isu tuntutan bonus untuk kakitangan kerajaan.

Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataan didakwa menghina CEUPACS sebagai tidak bermoral kerana menuntut bonus untuk kakitangan awam dari kerajaan.

"Saya minta Perdana Menteri berdamai dan tarik balik kenyataannya kata CEUPACS tidak bermoral bila mereka tuntut bonus," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menasihatkan Najib agar menjelaskan pertimbangan kerajaan menolak tuntutan CEUPACS itu.

"Dia (CEUPACS) nak tuntut itu haknya, kerajaan jelaskanlah kenapa tak boleh (beri bonus)...jelaskanlah kalau kerajaan hadapi penguncupan ekonomi,ketirisan, rasuah dan sebagainya kalau itu punca kerajaan tidak mampu beri bonus pada mereka." jelasnya.

"Saya tidak mahu menuduh Najib tidak berupaya menyanggah tuntutan itu (tuntutan bonus) kerana dia adalah Perdana Menteri 1Malaysia, takkan dengan CEUPACS pun tak berani nak bersemuka. Kalau macam ini, 1CEUPACS pun tak layak."

Tambahnya lagi, tindakan Najib menafikan hak CEUPACS itu turut dilakukan ke atas kerajaan negeri Kelantan, dalam isu royalti minyak.

"Saya nampak apa saja yang dituntut rakyat, Najib akan anggap sebagai tidak bermoral. Mungkin sebab itu, Najib menafikan hak kerajaan negeri (dan) rakyat Kelantan untuk dapat royalti minyak sekarang ini," ujarnya.

"Sedangkan ini (pemberian royalti minyak) adalah hak yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas, kerajaan persekutuan dan negeri."

Beliau juga menyifatkan tindakan Najib enggan bersemuka dengan CEUPACS sebagai cubaan menyembunyikan fakta, sama seperti sikap Najib dalam kes pembunuhan gadis Mongolia.

"Saya juga lihat Najib cuba sembunyikan fakta yang perlu kakitangan kerajaan tahu, tidak kira sama ada kes rasuah (dan) ketirisan yang libatkan beberapa individu yang dekat dengan Najib, atau juga siapa bunuh Altantuya, semua nak tahu," jelas Khalid lagi.

"Itu (sembunyi fakta) yang sepatutnya dilihat sebagai suatu kesalahan tidak bermoral apabila seorang wartawan akhbar Perancis dedah gambar-gambar Najib bersama Altantuya yang saya lihat cuba disembunyikan."

Mewakili seluruh kepemimpinan PAS, Mahfuz juga menyokong tuntutan CEUPACS agar seluruh kakitangan kerajaan diberikan bonus demi menempuhi kemelesetan ekonomi tidak lama lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain (gambar) turut mendesak Najib menarik semula kenyataannya, yang dianggap menghina kakitangan kerajaan di negeri Perak sendiri.

Menurut Abu Bakar, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang mengalami difesit untuk tahun ke-12 tahun ini mungkin menjadi punca kerajaan tidak boleh melunaskan tuntutan CEUPECS itu, seperti yang yang didedahkan Penyarah Universiti Malaya Profesor Rajah Rasiah sebelum ini.

Ujarnya lagi, bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai sejauh mana kemampuan kerajaan.

Terdahulu, beberapa media melaporkan Najib enggan bertemu CEUPACS dalam isu tuntutan bonus kakitangan kerajaan kerana mengganggap tuntutan tersebut sebagai tidak bermoral.

Tindak tanduk Najib itu dipercayai bukan sahaja mencalar peribadinya, malah slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Ayid: Jika CEUPACS dah tak bermoral, siapa yang bermoral
orang yang tak bermoral tak dapat laksanakan tugas yang
diberi. Persoalan skrng siapa yang bertugas untuk
pentadbiran di Malaysia ini? Bukan kah CEUPACS???
Sumber: (sini)

Thursday, November 12, 2009

JADI ADUN PUN TAK DI PANGGIL BERSIDANG




YAN - Pembatalan surat jemputan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Selasa ini tiada sebarang agenda tersembunyi.

Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, pembatalan itu dilakukan kerana beliau tidak mengiktiraf wakil rakyat itu sebagai ADUN setelah gagal hadir dua kali berturut-turut pada sesi DUN lalu tanpa kebenaran.

Tegasnya, pendiriannya mengenai hal itu jelas kerana berpendapat ia menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

"Beliau (Abu Hasan) telah lakukan kesalahan dan jika ia berlaku daripada ADUN parti kerajaan negeri sekalipun, tindakan sama akan diambil," tegasnya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2009 peringkat negeri di Hospital Yan di sini semalam.

Abdul Isa mengulas tindakannya membatalkan surat jemputan yang dihantar kepada Abu Hasan bagi menghadiri sidang DUN 17 November ini.

Ayid

Kalau dah tak nak jadi ADUN letak aje jawatan tu,

boleh kita buat PRK lagi kita tengok siapa yang kena

tak payah pening kepala SPR

Kredit (Sini)

Wednesday, November 11, 2009

Bai'ah talak: "Tiada dalam kepala saya"-Nik Aziz

KOTA BHARU, 10 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.

Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu.

“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.

Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS.

PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.

Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam.

"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.

"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.

PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu.

Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.

Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Ayid>>> Manusia telah dicipta oleh ALLAH SWT dari setitip air mani yang langsung tiada nilainya. Daripada setitis air mani itulah manusia di berikan akal dan fikiran sehingga mampu untuk mentadbir dunia yang luas. Orang yang berakal itu ialah orang yang akal nya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (Keji)

Harakah daily






Sunday, November 8, 2009

WALIMATUL URUS BUKAN PESTA!!!



Silat Pulut. Antara adat yang sentiasa dipertontonkan semasa majlis Walimah. Gambar hiasan

Salam perjuangan buat semua.

Dah masuk hujung tahun dah sekarang ni. Tentu ramai dikalangan bakal-bakal suami isteri mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk mendirikan masjid. Macam dah jadi satu perayaan bagi semua Rakyat di Malaysia. Pabila tibanya hujung tahun dan masuknya cuti sekolah antara sambutan yang paling meriah sekali inilah. Walimatul Urus ( Kenduri kahwin ).

Bagi setiap pasangan yang diijab kabul, mereka diraikan dalam majlis kenduri kahwin atau disebut walimatul urus kerana melalui majlis inilah perkahwinan pasangan terbabit diketahui ramai pihak, sekali gus mengelak prasangka buruk terhadap mereka.

Majlis kenduri kahwin dianjurkan agama dan hukumnya sunat. Justeru, sesuailah dengan amalan yang dilakukan masyarakat hari ini, apabila ada perkahwinan diadakan majlis kenduri dengan dijemput orang ramai menghadirinya.

Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: “Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.” Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih)

Tetapi dalam situasi kebelakangan ini, sesetengah majlis kenduri kahwin seolah-olah menjadi arena untuk menunjuk-nunjuk dan bersuka ria, diadakan besar-besaran di hotel mewah, membabitkan tetamu istimewa saja dan bercampur dengan unsur maksiat. Apakah ini bentuk walimatul urus dalam Islam?

Umat Islam sepatutnya bersederhana apabila mengadakan majlis itu, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya bersederhana dalam semua perkara. Amalan sederhana itu bertujuan mengelak pembaziran dan unsur maksiat dalam majlis kenduri berkenaan.

Gesaan bersederhana ini sesuai dengan ayat 26 surah al-Isra' bermaksud: “Berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir hak masing-masing dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.

Majlis kenduri terbabit boleh menjadi majlis yang diberkati jika bertepatan dengan anjuran Islam, tetapi sebaliknya menjadi majlis terkutuk apabila bercampur aduk dengan maksiat. Bagi memastikan walimah yang diberkati Allah, pertama, kena menggunakan sumber rezeki yang halal, iaitu wang yang digunakan untuk majlis terbabit tidak diperoleh melalui cara haram.

Majlis yang diadakan itu juga perlu jauh daripada unsur riak iaitu menunjuk-nunjuk dan bertujuan berbangga-bangga dengannya. Walimah urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan sebaik mungkin mengikut anjuran agama.

Elak daripada bercampur dengan unsur yang diharamkan, tidak melalaikan, tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tiada lagu yang melalaikan dan benda lain yang tidak baik. Ulama besar yang warak dulu tidak menghadiri majlis kenduri apabila ada bunyi gong atau gendang, kerana mereka tidak mahu dilalaikan benda seperti itu.

Apabila mengadakan majlis kenduri kahwin jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan. Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan.

Masyarakat juga perlu mengelak daripada menjadikan walimatul urus seolah-olah satu bentuk komersial dengan menetapkan bayaran tertentu apabila mahu menghadirinya. Majlis ini perlu dilakukan dengan ikhlas. Tetamu juga perlu ikhlas dan apabila ada sumbangan atau hadiah kepada pasangan pengantin terbabit hulurkan dengan niat sedekah sebagai satu ibadat. Orang dulu membantu pihak yang mengadakan walimah dengan membawa sedikit bahan makanan seperti gula, beras dan sebagainya. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian adalah menyusahkan tetamu terutama golongan miskin, malah berlawanan dengan roh Islam.

Sesetengah majlis kenduri kahwin kini tidak menepati anjuran agama kerana majlis dihadiri golongan tertentu saja iaitu orang kaya sesama orang kaya, manakala yang miskin diabaikan malah program kebaratan. Orang yang mengadakan kenduri dengan menjemput orang kaya saja manakala orang miskin tidak dijemput, kenduri itu kenduri terburuk.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.” (Muslim)

Dalam perkahwinan boleh mengadakan kenduri tetapi jangan terlalu mewah, bercampur maksiat dan terdedah aurat.

Adat Di jaga Sunnah Di pelihara

Salam perjuangan & Selamat bermujahadah

Farhanrais

Article ini tidak ada kena mengena kepada yang akan berkahwin atau yang lepas berkahwin hanya untuk renungan kita bersama

PRESIDEN PAS DATUK SERI ABDUL HADI TIDAK AKAN LETAK JAWATAN


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun terdapat gesaan daripada beberapa pihak agar beliau berbuat demikian.

Katanya, sebagai pemimpin yang dipilih secara sah, beliau tidak akan sekali-kali meninggalkan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk memimpin PAS.

"Pemimpin dipilih melalui muktamar parti, pemimpin adalah amanah.

"Saya tidak akan membuang baju amanah ini... insyaAllah kita akan mengharungi gelombang perjuangan ini," katanya sewaktu berucap pada sesi penggulungan Seminar Memperkasakan Parti di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini semalam.

Tambah Abdul Hadi lagi, setiap pemimpin haruslah sentiasa bersikap profesional dan sedia menerima kritikan dengan hati terbuka walaupun teguran itu memedihkan.

"Kita ibarat orang-orang yang ada di medan (padang bola), yang lain daripada kita adalah penonton dan pengulas.

"Walaupun ada teguran yang keras, suruh pecat kapten, buang pengurus, buang pemain, kita belum lagi habis separuh masa pertama.

"Kita adalah kalangan profesional dalam bidang ini, bukan pemain-pemain kampung," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas seminar itu berakhir, Abdul Hadi berkata sokongan yang diberikan oleh para perwakilan yang hadir dari seluruh negara menambahkan lagi keyakinannya untuk berkhidmat kepada parti.

"Kita akan terus memikul tanggungjawab yang sepenuhnya, hari ini kita mendapat kepercayaan daripada perwakilan yang datang dari seluruh negara, ini menambahkan lagi keyakinan," katanya.

Kredit kepada(Sini)

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak