Saturday, July 7, 2012

Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz

kaka kaka suatu tindakan yang berani dari Dato Mahfuz.  Tun Mahadhir bab harta ini dia tak nyanyuk kih kih

Saya petik (Harakahdaily)


Pada Ogos tahun lalu, syarikat konglomerat San Miguel yang turut dikuasai Mokhzani Mahathir telah menandatangani perjanjian untuk membeli 65 peratus kepentingan ExxonMobil pada harga AS$610 juta (RM1.89 bilion).

Sebahagian daripada perundingan itu, San Miguel akan menguasai anak-anak syarikat perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia iaitu Malaysia Sdn. Bhd. dan Exxon Mobil Borneo Sdn. Bhd.

Serang Pakatan


Ahli Parlimen Pokok Sena itu (gambar)juga turut berpendapat, serangan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Pakatan Rakyat adalah sebagai agenda peribadi beliau bukannya agenda politiknya.

"Kita lihat macam mana Mahathir menyerang Pakatan Rakyat dan beliau ingin pastikan agar Barisan Nasional (BN) terus memerintah bagi menjamin kekayaan negara dapat dimonopoli oleh beliau.

"Sebab itu kontrak awal hanya enam bulan ia hanyalah sebagai menghadapi pilihanraya dan jika Pakatan Rakyat memerintah maka kontrak itu akan tamat tetapi jika BN terus memerintah saya pasti kontrak itu akan disambung lagi," tegasnya.

Sebelum itu, pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.

MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.

Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.

Suami Ehem-ehem degan Adik Ipar, Isteri Mengandung Anak Lelaki Lain ~ DUNIACACAMARBA (DCM)

Kaka kaka. Gila
P Ramlee dah bagi tahau lama,  Kan dah berlaku sekarang keluarga 69

[HM] KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.

 Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

 Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.

TANGKAP MAKAN FREE!! SI MISKIN KAIS PAGI MAKAN PAGI

Pencuri kena tangkap masuk penjara dapat makan free, minum free. Orang miskin, kais pagi makan pagi. Bukan 

kita nak jadi pencuri, 

rearliti senang lagi hidup pencuri. Sebab itu ISLAM suruh laksanakan hukum ISLAM (hudud) dijalankan pada pencuri 

tak payah masuk 

penjara lagi JIMAT WANG BAGI MAKAN FREE. Hahaha Itu pun tak reti 





Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :



سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ 





يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ



maksudnya:



"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau 



mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari 



mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau 



menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adi

Friday, July 6, 2012

Bila Babi 'mengamuk' di bandar Kuantan. Kih kih kih. Ini baru Babi Haramjadah

Kaka Kaka
Babi pun dah Mengamuk kat Kuantan


ISU HUDUD!!! UMNO buat-buat TULI SAJA




Jakim timbang haram novel dilancar Najib - Malaysiakini


Novel yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan dengan fahaman Syiah.


Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakuiPerempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani sedang dipertimbangkan untuk itu.

NONE''Ada... adalah itu (proses perbincangan). Saya tak boleh beri apa-apa kenyataan sebab ia berkaitan dengan jabatan. Tengok sahajalah nanti.

"Ada aduan, sekarang Jakim dalam proses tindakan. Tunggu sahajalah dua tiga hari nanti," kata Aizam kepadaMalaysiakini semalam ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan ke arah itu.

Mohd Aizam berkata, perkara itu dipertimbangkan setelah menerima aduan terhadapnya

Malaysiakini difahamkan, Ura-ura pengharaman itu mula diperkatakan sejak 6 Jun lalu dalam wacana isu-isu akidah anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Shah Alam apabila terdapat pegawai Jakim dikatakan tampil menyeru orang ramai membuat laporan polis.

Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa diselubungi pelbagai kontroversi apabila sering menghadapi pelbagai 'tekanan' ekoran penerbitan karya-karyanya.

Disember tahun lalu, novelnya Sebongkah Batu di Kuala Berangdiharamkan Jakim. Jalan sukar juga menimpa skrip drama televisyen tulisannya Pelangi Ada Tujuh Warna arahan Erma Fatima yang menghadapi 'gangguan' sebelum dibenarkan penyiaran bermula 4 Februari lalu.

Penulis yakin 'jangka hayat' tinggi

Penerima Anugerah Seni Negara itu juga pada Jun 2008 ditamatkan kontrak penulisan novel bersirinya Ketupat Cinta di Harian Metro setelah mendapat bantahan keras daripada mufti Perlis ketika itu Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Sementara itu, Faisal (bawah) dalam reaksinya kepada Malaysiakiniberkata, beliau yakin novelnya kali ini akan mempunyai "jangka hayat yang tinggi" memandangkan perdana menteri baru sahaja menjamin kebebasan berkarya kepada penulis.

NONE"Perdana menteri malah merujuk kepada visi Syed Jamaluddin el Afghani sebagai tanda aras. NovelPerempuan Nan Bercinta turut dilancarkan oleh beliau kemudiannya," kata Faisal merujuk kepada pelancaran novelnya bersama 29 lagi karya judul asli penulis di Putrajaya pada 3 Julai.

Buat masa ini, beliau akan terus menulis dan meneruskan kajian serta kerja akademiknya seperti biasa, kata pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Perempuan Nan Bercinta mula beredar dalam pasaran minggu ini dan dijual dengan harga RM35 senaskhah.

Buku setebal 410 halaman itu mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.

Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.

Dalam novel ini, watak Dr Ali Taqi kemudiannya menjadi sasaran dan buruan pihak berkuasa agama.

Faisal dijangka menyentuh ura-ura pengharaman itu dalam sidang medianya di Shah Alam petang ini sempena penyertaannya dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan - satu-satunya persatuan untuk penulis India yang berkarya dalam bahasa Melayu - pimpinan penulis Uthaya Sankar SB.


http://www.malaysiakini.com/news/202827

Rafizi Ramli, musuh nombor satu BN? @ Fri Jul 06 2012

July 06, 2012
KUALA LUMPUR, 6 Julai — Sewaktu mencalonkan diri sebagai calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut tahun 2010, Rafizi Ramli adalah nama yang asing bagi ramai pihak.
Walaupun telah melibatkan diri dengan gerakan reformasi anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak hari pertama pada tahun 1998, watak Rafizi tenggelam oleh kerana kehebatan mentornya, Allahyarham Adelan Benan Omar. Adelan Benan Omar dan Rafizi Ramli (gambar) kedua-duanya membesar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam tulisan di blognya, Rafizi menceritakan bagaimana manusia “genius” (Adelan) mendidiknya sehingga menjadi seorang pendebat hebat.
Rafizi kemudiannya masuk ke dunia korporat dan pernah bertugas di GLC seperti Petronas. Akauntan bertauliah ini muncul kembali dalam arena politik pada penghujung tahun 2010. Beliau dikatakan bertanggungjawab menyediakan teks debat Anwar ketika berhadapan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Hari ini, nama Rafizi Ramli digeruni. Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil tersungkur dari kuasa akibat dari kebijaksanaan anak muda ini menyusun strategi dalam mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Shahrizat.
Selepas NFC, Rafizi terus membongkar skandal dan penyelewengan. Terbaru, skandal berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang.
Lawan tidak memberikan Rafizi jalan mudah. Pengarah strategik PKR itu diserang kembali dari pelbagai penjuru. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam isu NFC, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam skandal LRT laluan Ampang dan terbaru semalam, blog beliau www.rafiziramli.com pula digodam.
Ketika ditanya The Malaysian Insider mengapa serangan bertali arus dari pelbagai pihak menuju kepadanya, Rafizi percaya ini kerana Barisan Nasional (BN) tidak mahu skandal ala NFC berulang.
“Saya percaya selepas pendedahan skandal NFC, rakyat lebih percayakan satu pembentangan hujah yang didokong oleh fakta dan bukti. Pada masa yang sama, rakyat mahu melihat politik baru yang tidak diwarnai serangan peribadi, tetapi berasaskan isu kepentingan awam.
“Kebetulan itu tugas saya dalam PKR dan saya harus tampil membawa isu-isu begini yang melibatkan kepentingan awam. Saya fikir BN merasakan mereka tidak boleh mengulangi 'NFC fiasco' kali kedua.”
Tidak ramai yang tahu sebenarnya pengarah strategik PKR itu bekerja dalam sebuah pasukan yang tersusun dan didokong oleh pemimpin kanan PKR dalam mendedahkan sesuatu skandal besar. Ramai menyangka Rafizi bergerak secara bersendirian dan membuat keputusan sendiri

Biaqpila™: Gadis datang bulan dirogol bergilir-gilir

 Datang bulan pun jadi


SHAH ALAM: Malang bertimpa buat seorang gadis berusia 23 tahun apabila tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) diculik di Seksyen 7, di sini, oleh sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dipercayai Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir.

"Mangsa ketika itu berjalan kaki sendirian berhampiran hentian bas didatangi lelaki terbabit yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak sebelum mangsa ditarik memasuki kereta berkenaan," katanya.

Katanya, suspek mengikat tangan dan menutup mata mangsa dengan pita pelekat kuning sebelum membawa mangsa ke sebuah rumah papan satu tingkat itu dan merogolnya.

"Di rumah itu mangsa dibawa masuk ke bilik dan dipaksa baring di atas tilam nipis. Seorang daripada suspek membuka ikatan dan merogol mangsa dua kali.

"Suspek terus merogol mangsa dalam keadaan mata ditutup walaupun ketika kejadian mangsa sedang haid," katanya.

Zahedi berkata, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, jam 3 pagi Sabtu lalu dalam keadaan mata tertutup selain tangan turut diikat.


Katanya, selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini.

"Hasil pemeriksaan, kami menjumpai satu beg kecil mengandungi kad pengenalan, kad pelajar serta lesen memandu milik mangsa.

"Selain itu, hasil soal siasat juga, jam 10 pagi, pasukan sama menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat rogol mangsa di Rantau Panjang dan menahan seorang lagi lelaki yang tidur di ruang tamu rumah berkenaan.

"Dalam masa yang sama, tiga lagi lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri dengan lari ke dalam semak berhampiran rumah," katanya. Beliau berkata, polis kini mengesan dua lagi suspek yang masih bebas iaitu Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan Isnin lalu, kumpulan yang sama merogol pelajar perempuan berusia 17 tahun secara bergilir-gilir di tempat sama.

Zahedi berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berbual-bual dengan teman lelakinya di blok Wisma Mais, Seksyen 3, di sini sebelum didatangi kumpulan lelaki terbabit yang menariknya ke dalam kereta.

Katanya, teman lelaki mangsa cuba mengejar dengan motosikal tetapi gagal.

Zahedi berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang merogol mangsa adalah kumpulan sama yang menjalankan kegiatan samun dan rogol pelajar IPT berkenaan.

"Saya ingin menasihatkan wanita terutama pelajar sekitar Shah Alam sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali keluar bersendirian terutama pada waktu malam dan kalau terpaksa keluar dalam kumpulan yang besar supaya jika berlaku sesuatu rakan membantu," katanya.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/07/gadis-datang-bulan-dirogol-bergilir.html#ixzz1zrMZQvik

Thursday, July 5, 2012

Buku Terbitan terbaru: ASAL BUKAN NAJIB



Untung ‘Atas Angin’ RM508 Juta Bina Asrama, Mana Penjelasan Umno

Kaka kaka UMNO berniaga air lior pun untung juta juta.  Lagi lagi makin punah negara buak UMNO ini


Email
SHAH ALAM 5 JULAI : PKR Selangor hari ini mencabar Datuk Seri Noh Omar memberikan penjelasan berhubung dakwaan ada pemimpin Umno Selangor yang diberikan kontrak pembinaan asrama pusat pengajian tinggi dan mendapat keuntungan ‘atas angin’.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei pemimpin itu didakwa mengaut keuntungan sebanyak 524 peratus atau RM508 juta dibandingkan dengan kosnya hanya RM94 juta.
“Ia dilakukan di atas tumpahan air mata siswa dan siswi anak negeri Selangor dan seluruh negara.
“Sila jawap persoalan ini, pemimpin Umno dari Permatang usahlah mendabik dada kononnya ‘menjaga’ Unisel. Tunggu sahaja sidang dewan akan datang,” tegas Shuhaimi dalam kenyataan medianya.
Ujar Shuhaimi, pemimpin Umno diseru untuk tidak berlagak cuba menjadi jaguh dalam isu Unisel, Kuis atau mana-mana institusi pengajian tinggi di Selangor.
Ia ekoran daripada tindakan tidak matang mereka membekukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dikecam hebat.
Ujar Shuhaimi, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor gagal memahami tatacara pentadbiran berhemah dan berkebajikan yang dipelopori Pakatan Rakyat Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
“PKR Selangor ingin mengingatkan beliau agar menyedari bahawa tahap ‘kurang cerdik’ Noh ini ditertawakan oleh ramai orang.
“Daripada penyokong Umno sendiri di Tanjong Karang sehingga ke Umno Pusat, yang menyedari usaha Noh untuk mengampu hanya ‘memakan dirinya sendiri’,” katanya.
Tegas Shuhaimi, dakwaan terbaru berhubung Unisel adalah modal terakhir propaganda Umno-BN yang ‘kebetulan berkembar’ melalui anak pemimpin MCA yang tercalar maruah, yang di bawah kementerian Noh Omar.
“Tidak syak lagi riwayat Umno di Selangor bakal tamat selepas PRU 13 akan datang,” katanya.

Adakah anda dapat menjamin tidak melakukan kesalahan


Adakah anda dapat menjamin tidak melakukan kesalahan
Jika tidak?. Jom pakat jangan UNDI UMNO

statement baghal..hudud ala pas!?

kaka kaka
Apa kena dengan PERKASA
                                                                                          
                                                                              Mana Pak Brohim hahaha


Petikan dari: Sinaran Harian 5 Jul muka surat 4

Macamlah tak ada Malam lain. Hormatlah malam Nisfu Sya'ban

Aduh Apa nak jadi Malaysia Negaraku
Macamlah tak ada malam lain

Eloklah... Malam Nisfu Sya'aban Diimarahkan Dengan Final 

Kilauan Emas... Hurm!!!




Wednesday, July 4, 2012

MB S'gor cabar RPK dedah lagi rakaman video - Malaysiakini

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan lagi rakaman video tersembunyi sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya


Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid dengan sinis "menggalakkan" penulis blog kontroversi itu "mempamerkannya supaya orang ramai dapat tengok"


Pulak dah Mengaku macam dia tanda berani kih kih

                        Kaka kaka Nak sama kan orang dengan dia lah pulak
                  Chua: Lim tiada keberanian moral seperti saya - Malaysiakini


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak seberani beliau yang mengaku silap dan sanggup menanggung akibat daripada skandal seksnya dahulu.

najib chua soi lek dialogue with chinese youth 2"Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang tidak seperti saya yang ada keberanian moral dan politik untuk bertanggungjawab dan menanggung akibatnya," kata Chua (kiri).

Chua merujuk kepada dakwaan hubungan sulit melibatkan Lim dan seorang bekas pekerja perempuan di pejabatnya.

Chua membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Lim menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pekerjanya seperti didakwa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo.

Lim hari ini mencabar dakwaan itu diulang di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri dapat mendakwanya di mahkamah, sekali gus membuktikannya "bukan seperti Chua".

Empat tahun lalu, Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan.

Beliau meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat selepas itu. 

Dalam kenyataannya hari ini, Chua mencabar Lim mengaku salah, meminta maaf dan meletak jawatan daripada semua tugasnya jika tuduhan itu benar.

Chua juga berpesan agar Lim tidak menggelabah apabila diminta memberi komen tentang tuduhan itu jika tiada apa-apa untuk disembunyikan.

"Saya tidak bersembunyi daripada isu itu, bolehkah beliau lakukan perkara yang sama?" cabar Chua kepada Lim.

Guan Eng nafi dakwaan hubungan sulit - Nasional - Sinar Harian

BAGAIKAN sudah terang lagi bersuluh, gerombolan manusia yang memakai songkok tinggi tiga jengkal, kalau tak membuat membuat sesatu yang mereka suka tak lena tidur agaknya.  Lepas di Serang fitnah pula timbul 


Guan Eng nafi dakwaan hubungan sulit
WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Julai 2012
Guan Eng nafi dakwaan hubungan sulit
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng hari ini menafikan beliau atau isterinya, Betty Chew iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pernah mencederakan bekas stafnya.

Guan Eng juga menafikan beliau pernah terlibat dalam hubungan sulit dengan bekas staf.

AKAN MENYUSUL

Saham pengendali e-mel 1Malaysia jatuh 70% - Malaysiakini

Kaka Kaka Lepas ini saham pa pula nak rudum Yop..... Jangan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), udah le cian orang melayu hahahaha





Saham pengendali e-mel 1Malaysia jatuh 70%
  • Wong Teck Chi
  • 12:38PM Jul 4 2012
 
Harga saham pengendali e-mel 1Malaysia Tricubes Bhd jatuh 70 peratus pagi ini selepas Bursa Malaysia menolak pelan rombakannya, menyebabkan kemungkinan dikeluarkan daripada senarai bursa saham.

Syarikat teknologi maklumat yang disenaraikan di papan kedua pasaran ACE, akan digantung bermula 11 Julai dan diberi masa sehingga 2 Ogos untuk merayu terhadap tindakan itu, menurut pengumumannya kepada Bursa semalam

Adun hilang akal: Mana keris pemuda Umno?

KOTA BHARU: Pemuda Umno bolehlah dianggap sebagai dayus jika terus berdiam diri ekoran ejekan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar) kepada seorang Adunnya di Johor.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadli Shaari berpandangan, Umnokhususnya pergerakan pemudanya tidak wajar berdiam diri sahaja apabila tuduhan sebegini dilontarkan kepada ADUN Umno hanya kerana mencadangkan hukum hudud di Johor.

"Di manakah maruah pemimpin Umno yang sanggup melihat sebegini hina label yang diberikan kepada pemimpin mereka?" kata Ahmad Fadli dalam kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menggesa Umno khususnya kepimpinan pemudanya agar tidak menjadi dayus dengan berdiam diri terhadap label yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu.

Ini ekoran kenyataan Chua Soi Lek kepada salah seorang ADUN Umno Johor sebagai out of his mind  atau hilang akal.

Ia berikutan cadangan ADUN tersebut, Datuk Ayub Rahmat yang disuarakan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor minggu lalu agar Johor menjadi negeri yang pertama melaksanakan hudud mendahului Kelantan.

Perkataan hilang akal, katanya, juga boleh diertikan sebagai gila dan kurang siuman itu merupakan satu perkataan yang sangat serius dan ia dilontarkan oleh presiden sebuah parti secara terbuka dan disiarkan di dalam akhbar The Star melalui laman webnya pada 3 Julai 2012.

Bahkan di dalam masa yang sama Chua Soi Lek menyebut dengan tegas bahawa 'MCA will definitely object' (MCA dengan pastinya akan membantah).

Fadli (gambar) bertanya, di mana pula NGO-NGO pro Umno yang selama ini mendakwa kuat menyokong perjuangan memartabatkan Melayu, Islam dan Raja?
"Kenapa tidak diadakan perarakan dan tunjuk perasaan besar-besaran membantah kenyataan Chua Soi Lek ini?" soal beliau.

Bagi pihak PAS, katanya, kenyataan-kenyataan telah dikeluarkan oleh pemipin utama PAS menyokong cadangan ADUN Umno Johor ini.

"Namun di pihak Umno, kelihatan pemimpin-pemimpin utama diam menikus 'dijerkah' oleh Presiden MCA," sindir Fadli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan.

Beliau seterusnya bertanya, di mana keris tajam Umno yang sering dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah Melayu itu?

"Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?" terjah beliau.

Jika Umno khususnya pergerakan pemudanya terus berdiam diri dalam isu ini, DPPNK berpandangan amat sesuai Umno dan seluruh kepimpinannya disifatkan sebagai dayus dan tidak bermaruah.

MCA ugut keluar BN lagi? | Cenangau Daunkari


TheMalaysiaTimens melaporkan:
Parti Malaysian Chinese Association (MCA) kekal dengan pendirian mereka iaitu akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya UMNO menguatkuasakan undang-undang Islam iaitu Hudud.

Datuk Chua Tee Yong selaku Pengerusi Biro Professional Muda MCA berkata, pendirian MCA berkenaan perlaksanaan hukum Hudud tidak pernah berubah dan tidak akan teragak-agak untuk keluar dari menjadi parti komponen BN sekiranya ia dilaksanakan. - TMT.
Kesian kat Adun Kemelah dari Umno tu, buat satu cadangan yang 'cukup baik' tapi langsung tak dihargai oleh Umno BN.

Dah la tak dihargai Umno BN, dibelasah teruk pulak oleh MCA. Semalam Presiden MCA kata Adun Umno ni 'hilang akal' dan hari ni MCA kata akan keluar BN kalau Johor laksanakan hukum hudud.

Baca lagi Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/07/mca-ugut-keluar-bn-lagi.html#ixzz1zfpNBbUh

Tuesday, July 3, 2012

Reformis Anak Muda: Perak Dapat Air Percuma (Bergambar)

                              Kih kih Tiada yang tertinggal semua licin itu kan lagi bagus hahahaha
       

Setelah kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma kepada Rakyat di negeri Selangor, sekarang ini kerajaan negeri Perak pula telah memberikan air percuma kepada Rakyat negeri Perak.


Apabila sudah tidak ada kebijaksanaan fikiran, kerajaan Perak yang dipimpin oleh Zambry Kadir, sudah seperti 'buang tabiat' yang orang tua kata buat perangai sebelum mati.



Satu perkara... kerajaan Perak mengeluarkan ratusan ribu ringgit hanya untuk membuat papan iklan yang besar untuk mempromosi UmnoBn... dan perkara yang kedua..., janganlah ayat -ayat yang ditulis di atas papan iklan tersebut memperbodohkan Rakyat dan menipu rakyat.





Papan Iklan tersebut ditujukan kepada siapa??? Kalau ditujukan kepada semua rakyat Perak... bukannya semua Rakyat Perak yang terima air percuma... Itupun kalau ada rakyat Perak yang terima air percuma... mungkin yang di estet-estet air yang dibekalkan dari sungai dan diproses semula oleh estet adalah salah satu projek kononnya kerajaan Perak yang bagi kot... itu mungkin lah termasuk yang 50,000 orang kononnya telah menerima faedah...(seperti tertera di papan iklan tersebut)




Yang keduanya, kalau hanya 50,000 orang tidak sampai 2% pun rakyat Perak yang terima air percuma... tapi mengapa Kerajaan Perak promosikan papan iklan tersebut di merata tempat dengan slogan "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir"... Aikkkk bodohnya Rakyat Perak kalo percayekan Kerajaaan Negeri Perak...

Anak-anak muda pun tahu kerajaan negeri Perak dirampas oleh Zambry dan Najib daripada tangan Rakyat... Umpama kerajaan Negeri Perak ini seperti bak kata Najib Razak ..."Haram Jadah".



Gila! Perkasa lapor polis kerana sultan sokong Royalti - MiLo SuaM



Kongsi 


GILA memang gila, barangkali ini berita paling gila dan lucu minggu ini berkaitan isu Royalti Minyak Kelantan.

Gara-gara tidak dapat menerima hakikat bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyokong gerakan menuntut Royalti Minyak Negeri Kelantan, Pertubuhan Super Rasist, PERKASA membuat laporan polis.

Perkasa mendakwa nama Sultan Kelantan digunakan dalam gerakan politik Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Royalti [Utusan].

Perkasa bimbang bila Sultan Kelantan sudah menyokong Gerakan Menuntut Royalti, maka mereka yang kuat menentang gerakan itu terpaksa pula menyokong bagi mengelakkan dianggap penderhaka kah kah kah.





Barangkali PERKASA Kelantan tidak melakukan "research" sebelum mereka membuat laporan Polis. Lantaran itu mereka tidak tahu bahawa memang benar bahawa Sultan Kelantan menyokong gerakan menuntut Royalti.

Sultan Muhammad V sebelum ini telah menyatakan sokongannya terhadap gerakan itu melalui satu acara simbolik menandatangani plak tuntutan Royalti [HD].

Berikut gambar di saat baginda Sultan Kelantan sedang menurunkan tandatangan disaksikan oleh aktivis Royalti dan Menteri Besar Kelantan.



Wahai PERKASA, Sultan Kelantan berjiwa rakyat, sentiasa memikirkan kebaikan untuk rakyat Kelantan, sebab itulah baginda sokong tuntutan Royalti, bukan macam kamu sibuk menentang Royalti sebab nak mengampu Regime Umno dan Barisan Nasional.

ReJaM© "Kalau tak sokong derhaka kah kah kah... "



source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/gila-perkasa-lapor-polis-kerana-sultan.html#ixzz1zbpo4Fl2

Monday, July 2, 2012

Johor nak laksana Hudud pertama kih kih

"kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum berbanding hudud Pas yang hanya 

tertakluk kepada oran g Islam"(Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub 

Rahmat)

Kata ( Fathul Bari Mat Jahaya.) - Menurutnya, dalam isu ini, Umno ada kelebihan besar kerana 


perlembagaan parti jelas menyebut 'berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara


Haha siapa punya Hudud ini Bukan ke Allaah


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak