Saturday, November 24, 2012

Aduhai Juak UMNO..Nak mengampu pun kena bijak, nak pembohong kena pandai.. Ampu biaq boss selesa, bohong biaq sampai orang percaya...!!!


Pas tolak Anwar...

Salam semua...

Mengampu neh kira-kira tu, satu cara cari makan yang cukup popular lar. Tapi maap la, Pak Long tak dan nak mengaji maqam populariti yang ada kat ampu-mengampu neh. Tapi Pak Long nak pesan la kat para pengampu tak kira la dok belah mana, nak mengampu pun jangan sampai merapu. Nak jek kereta pun agak-agak boleh tukaq tayar dah laa... Mengkalu jek terlebih sampai terkalih kereta, tu nak perlingkup namanya...

Nak mengampu pun kena bijak, nak pembohong kena pandai... Ampu biaq boss selesa, bohong biaq sampai orang percaya...

Dua hari lepaih kot Pak Long terjumpak satu tulisan mamat mana tah dalam sinar. Sedap tulisan dia, tapi tu la... bagi Pak Long, dia neh terlebih ampu sampai dah keperingkat merapu. Dia terlupa satu dari rukun ampu, AMPU tak semestinya kena menipu...

Dia kata Pas tolak Anwar jadi PM. Ok, tak dak masaalah kalau betoi... Tapi masa muktamar Pas baru-baru neh, tak dak pun ketetapan yang depa buat pasai isu tuh... Ianya cuma satu usul dari Dewan Ulamak Pas ja. Depa mau hj Hadi jadi PM pun bukan bermaksud Pas tolak Anwar. Serupa la jugak kalau puak PKR mahu Anwar jadi PM, tak bermaksud PKR tak suka hj Hadi.

Pak Long ngan Mak Long hang ni tak berapa nak ambik peduli sangat bab-bab neh... Sapa naik jadi PM nanti pun, Pak Long dok kena sorang-sorang tarik lembu pi padang gak... Mak Long hang tetap kena meloko jahit baju jugak. Tapi Pak Long pasti, kami sokong tak kira parti... Naik la sapa pun jadi pemerintah, asaikan depa bukan Umno ja... Naik la sapa pun jadi PM, asaikan Islam dan bekerja ikut Al-Quran dan sunnah. Pak Long ngan Mak Long hang teringin sangat nak tengok, sebelum pejam mata neh... Islam terletak berdaulat ditempatnya. Islam memerintah, bukan diperintah...

Lagi pun, parti kalau tak sokong pemimpin depa untuk naik, nak harap sapa sokong? Mampuih keraih la mengkalu nak harapkan Umno sokong... haha...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/

KedahLanie.info

PM: Kalau tak rosak, tak payah tukar kerajaan Kih kih Perasaan ape

Menurutnya, kerajaan telah menaikkan gaji, elaun dan pencen, memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 1, BR1M 2, yang juga diberi kepada orang bujang, malah diberikan tayar kereta percuma.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa tidak perlu perubahan kerajaan di Malaysia kerana pentadbiran sekarang telah menjadinya sebuah negara yang dicemburi banyak negara lain.

elderly woman at barisan 1malaysia gatheringMerujuk kepada Arab Spring, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak 
boleh membenarkan pemberontakan seumpama itu berlaku di sini.

Oleh itu, katanya, mengapa hendak membaiki kerajaan yang ada jika ia tidak rosak, malah Malaysia dicemburi banyak negara lain.

Menurutnya, jika Malaysia sebuah negara yang gagal, masakan Moro (umat Islam di selatan Filipina) mendapatkan bantuan Malaysia untuk mewujudkan keamanan selepas 40 tahun pertumpahan darah di sana.

Najib berkata demikian kepada kira-kira 2,000 orang di perhimpunan NGO yang ditaja oleh kerajaan - Himpunan Barisan 1Malaysia - di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

barisan 1malaysia gathering pwtc makciksPM berkata situasi di negara-negara yang mengalami perubahan rejim 
semasa Spring Arab adalah jauh berbeza dari Malaysia di mana para belianya "penuh dengan harapan masa depan yang jauh lebih baik daripada hari ini".

Beliau berkata, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insentif kepada rakyat, dan boleh memberi lebih banyak lagi jika negara ditadbir dengan baik.

barisan 1malaysia gathering pwtc crowdMenurutnya, kerajaan telah menaikkan gaji, elaun dan pencen, memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 1, BR1M 2, yang juga diberi kepada orang bujang, malah diberikan tayar kereta percuma.

Malah, katanya, lebih banyak boleh diberikan pada masa hadapan dengan syarat negara ditadbir dengan baik.

Dan ini, katanya, tidak boleh dilakukan melalui "janji kosong" yang menurutnya seperti yang disebutkan dalam manifesto pembangkang Buku Jingga.

"Atau Buku Jing-gay, tapi itu orang lain kata, bukan saya kata," kata Najib secara berseloroh.

 Malaysiakini

Yaho: Mahathir Sudah Sokong PAS: Mahathir nampaknya lebih Pas dari ahli Pas sendiri apabila mendakwa Presiden Pas Lebih Layak Jadi PM hihihihi



Mohamed Mustafa Ishak
Mohamed Mustafa Ishak
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kelebihan berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau dianggap oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin layak diangkat sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentadbiran negara pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dua sarjana yang juga pemerhati politik tanah air berpendapat, sebagai negarawan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam arena politik negara, Dr Mahathir sudah tentu mempunyai cukup keupayaan untuk menilai kelayakan dua tokoh pembangkang itu, apa lagi beliau sendiri pernah berdamping rapat dan mempunyai hubungan kerja yang sangat dekat dengan Anwar.

Baca lagi:  http://www.sinarharian.com.my/politik/penganalisis-mengapa-tun-m-pilih-abdul-hadi-1.106702

Pic terbaik minggu ini hihihi

Ada spe spe minat boleh order untuk hadir ke PAU kih kih. Songkok Hitam tak pakai dah



Lagi Doa Untuk UMNO kih kih: Apa dah jadi ini UMNO makin banyak orang doakan hihihi. Doa kehancuran Umno-BN, jemaah Hulu Yam terkejut tindakan khatib

Kih kih Makin cepat untuk runtuh macam ini


Wajib Baca: Janji Umno Yang Tak Ditepati


Sekarang tak henti-henti UMNO BN mencari punca menyalahkan manifesto Pakatan Rakyat yang kononnya tidak menunaikan janji. Oleh itu, maka kaki bodek, cacai UMNO bekerja keras mengangkut sesiapa saja bagi menunjukkan konon rakyat marah tak tunai janji. Terkini, ibu-ibu tunggal di Selangor diangkut oleh puak-puak ini.  Sebagai timbal balas, penulis ingin siarkan semula menifesto Barisan Nasional 2008 yang lalu.  Slogan utamanya  SELAMAT , AMAN, MAKMUR cukup membuatkan kita ketawa gelihati dengan slogan ini. Hahaha.... sekarang korang nilaikan sendiri apa  janji yang telah ditunaikan oleh Barisan Nasional  tahun 2008. Kalau ada yang tak ditunaikan, boleh ke orang Pakatan Rakyat pula saman Kerajaan UMNO BN ni?....

Janji manifesto BN 2008

Bertemakan 'Selamat, Aman dan Makmur', dokumen itu Malaysia 2008: Laporan Kemajuan dan Manifesto boleh juga diperolehi di laman web rasmi BN untuk pilihanraya umum 2008 di alamat bn2008.org.my

Manifesto dalam sembilan topik utama itu, antaranya, memuatkan janji-janji berikut:

bullet buttonEkonomi
- Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu 
- Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun 
- Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun
- Mengurangkan lagi defisit fiskal negara 
- Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi

bullet buttonKeselamatan
- Mengurangkan indeks jenayah negara 
- Menangani isu pendatang asing tanpa izin 
- Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
- Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam 
bullet buttonUrus tadbir kerajaan
- Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih 
- Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) 
- Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa 

bullet buttonPendidikan
- Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan, 
- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil 
- Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK) 
- Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum 

bullet buttonPembangunan
- Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010 
- Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli - Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu 
- Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas 
- Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar
- Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru 
- Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” bagi penduduk negeri itu 

bullet buttonPerkhidmatan awam
- Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan 
- Cepatkan pengeluaran lesen dan permit 
- Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam 

bullet buttonAgama
- Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari 
- Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah 
- Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama

Di laman web itu, BN turut menggariskan tiga sebab pemilih harus memangkah parti itu, antaranya:

bullet buttonSistem perkongsian kuasa yang terbukti sejak zaman Perikatan. 
bullet buttonKemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun kemerdekaan.
bullet buttonKeberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan


Wajib Baca: Janji Umno Yang Tak Ditepati

Wednesday, November 21, 2012

Aku cuma mampu senyum sambil menghirup secawan Nescaffe 'o' melihat telatah bangsa ku ini

AES: Kaunter Kase diserbu orang ramai





KUALA LUMPUR: Kaunter saman AES yang baru dilancarkan hari ini oleh Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dengan Kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Pusat, diserbu orang ramai.

Hampir 100 orang kena saman (OKS) hadir sambil membawa salinan surat saman untuk diserahkan kepada Kase dan Juham.

Kaunter yang dibuka di lobi Pejabat Agung PAS akan beroperasi dua minggu sekali bermula 1 Disember ini, dari jam 12.00 hingga 1.00 tengah hari.

Orang ramai juga diberi taklimat prosiding asas oleh wakil Juham iaitu bagaimana mereka berhadapan dengan proses mahkamah nanti.

Dalam pertemuan itu, OKS berkesempatan mengajukan soalan-soalan kepada wakil Juham berhubung saman AES.

Presiden Kase Datuk Mahfuz Omar yang turut merasmikan kaunter saman AES berkata, sehingga hari ini seramai 200 OKS mendaftar melalui emel ditambah pula sambutan pada hari ini amat menggalakkan.


"Hari ini, yang datang dari pelbagai bangsa Cina, Melayu dan India. Malah ada juga yang datang termasuk pemandu kereta kerajaan dan kakitangan kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, pendakwaan kes yang pertama berhubung saman AES akan disebut di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 6 Disember ini.

Menurut Pengarah Juham Zamri Asa'ad Khuzami, mereka akan mengiringi OKS tersebut dan akan memohon pada mahkamah untuk cabar AES di Mahkamah Tinggi.

Katanya, orang ramai tidak perlu takut untuk cabar di mahkamah sebagaimana ia ditawarkan dalam surat saman.

"Tuan-tuan jangan takut sebab saman trafik adalah kesalahan yang kecil. Pesalah tidak duduk dalam kandang. Sebab itu ia dibawa dalam mahkamah Majistret," katanya.

Melalui inisiatif membuka kaunter, jelas Peguam Juham Dr Zulqarnain Lukman sebagai usaha untuk mengajar orang ramai supaya jangan takut dengan mahkamah.

"Kita kena tahu implikasi apabila kita melalui proses mahkamah, sama ada mengambil masa tiga atau empat kali ulang alik ke mahkamah, mungkin akan ambil masa yang banyak, tapi kita kena sedia menempuhnya.

"Apabila sampai ke mahkamah daftar dahulu, kemudian polis yang bertugas akan 'frame'kan caj kita, pertuduhan akan dibaca kepada kita. Tuan-tuan akan diberi pilihan, pilihlah tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Ini tidak perlu jamin sebab ini kes kecil sahaja. Bila tetap tarikh jadi pendakwaan bermula.

"Kalau pendakwaraya tidak bersedia, kes ditangguh. Jikalau tertangguh sebanyak 3 kali biasanya mahkamah akan buang kes. Apa yang kita tahu pendakwaan nampaknya masih kabur kerana tidak tahu SOP mana yang perlu digunakan," terang beliau kepada OKS.

Kase menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari Facebook Kase atau emel k empenantisamanekor@gmail.com


AES: Kaunter Kase diserbu orang ramai

Terbaik: UMNO nampak dia akan pejam mata tengok

 




Billboard gambar DS Anwar Ibrahim di km 383.4 arah Utara Lebuhraya Utara-Selatan selepas kawasan hentian (R&R) Behrang.

Satu usaha serta idea yang baek. Pemasangan billborad seperti ini cukup berkesan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang menifesto serta hala tuju Pakatan Rakyat.

Ini juga merupakan satu altenatif baru ,Kita sedia maklum oleh kerana ruang yang terhad untuk Pakatan Rakyat memberi penerangan segala isu atau maklumat di media masa negara ini maka billboard ini merupakan satu cara yang berkesan untuk menyampai maklumat kepada rakyat.

Di harap perbanyakan lagi billbord seperti ini terutama di negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat biar Umno /Bn gerun melihat iklan iklan macam ini

Dengan izin Allah dengan adanya billboard ini rakyat akan mendapat maklumat yang tepat  dan akan memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti dengan menolak parti korup dari Umno/BN .

 ************************************************************************************

Hang pa tak mau harga minyak turun ka ?? bukan setakat minyak turun harga kereta pun akan turun jika Pakatan rakyat berkuasa di Malaysia malah bukan setakat itu  sahaja banyak lagi janji terbaek dari Pakatan Rakyat akan kita nikmati jika PR berkuasa..

Jadi apa tunggu lagi ayuh pakat TURUNKAN Umno /BN .pada PRU13 ini. dah lama sangat merentah .


Kredit: http://batuvskayu.blogspot.com/2012/11/terbaeekkkk-umno-pasti-kecut-perut.html

: Akhirnya ahli Umno ini memohon maaf kerana ketelanjurannya

 Mohon Maaf


Sebelum mohon maaf







Akhirnya Haji Alfaiezeen minta maaf secara terbuka setelah menghina ulama dan ahli Pas serta mempersendakan kalimah syahadah . 

Setelah dikecam dengan hebat dilaman sosial dan blog  Haji Alfaiezeen Hamat terpaksa tunduk dan MEMOHON MAAF kerana keceluparan kata katanya yang menghina ulama serta  mempersendakan kalimah syahadah.

Moga diampun dosa serta di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah kepada Haji Alfaiezeen.

Pepatah melayu ada menyebut telajak perahu boleh di undur tetapi kalau telajak menulis jika tak sempat delete maka ini lah padahnya.

Saya penulis pun tak terlepas dengan perkara  seperti ini. mohon dijauhkan dari Allah. amennnn.


Batu vs Kayu: Akhirnya ahli Umno ini memohon maaf kerana ketelanjurannya

Monday, November 19, 2012

Tindakan tidak Islamik PAS akan musnahkan kredibilitinya, kata Najib

Kih kih Siapa Islamic siapa tak Islamic ini. Foo Yooo semua cerit bab islam sekarang dah pandai hahaha

PHNOM PENH, 18 Nov — Tindakan PAS mengadakan solat hajat dan mendoakan kejatuhan Barisan Nasional dan Umno pada pilihan raya umum akan datang akan memusnahkan kredibilitinya sebagai parti Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno itu berkata tindakan seumpama itu amat tidak Islamik dan bertentangan dengan prinsip Islam.
"Doa biasanya untuk kebaikan, mohon orang dipanjangkan umur, negara selamat dan negara sejahtera.
"Tak pernah doa dibuat untuk membinasakan parti. Ia bertentangan dengan prinsip Islam. Umno tak pernah pun berdoa untuk PAS dibinasakan," katanya kepada media Malaysia di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas laporan akhbar mengenai tindakan parti pembangkang itu mengadakan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu semalam serta berdoa agar BN dan Umno dihancurkan untuk memudahkan laluan PAS ke Putrajaya.
Najib berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari bermula hari ini. — Bernama

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tindakan-tidak-islamik-pas-akan-musnahkan-kredibilitinya-kata-najib/

Sunday, November 18, 2012

(GAMBAR) NAJIB LEBIH HINDU DARI HINDU



SUNGAI SIPUT, 17 Nov -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan replika 'Kolum' bunga raya pada majlis perasmian Majlis rumah Terbuka Malaysia sempena Perayaan Deepavali di Ladang Info Ternak, Sungai Siput di sini, hari ini.
Turut hadir (dari kiri) Menteri Kewangan ke-11, Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


 Pemuda PAS Wangsa Maju

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak