Saturday, October 6, 2012

Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak

                     Kih kih Kau Baling aku sambut, pangkah aku tak ikut huhuhu

"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.

 Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.

"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/13689-bajet-2013-sekadar-ambik-sokong-tidak

Perasmian PGU 5.0 Pekan Jabi TGNA

Kerajaan pinggir SAR dalam Bajet 2013

Sampai bila Nasib mereka ini harus terbiar?......Mereka melahirkan ulama bukan penyangak!!!!!!!!

“Jika peruntukkan RM100 juta boleh diberikan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Mubaligh yang bukan diperingkat dasar, kenapa SAR tidak dapat?

“Sedangkan SABK bukanlah bantuan menyeluruh kepada sekolah agama kerana masih banyak sekolah agama yang tidak bersedia untuk mendaftar,” 

UMNO PENING!!! Bilik Gerakan UMNO menjadi Markas PAS di Negeri Sembilan

 Kih kih Berpindah milik bangunan ini apa dah jadi UMNO

UMNO PENING!!! Bilik Gerakan UMNO menjadi Markas PAS di Negeri Sembilan

Malam ini akan diadakan ceramah di Kg Baru Chengkau Ulu (tepi jalan utama ke Gunung Datuk). Pengarah MTD Kota Sdr Izamri memberitahu dulu rumah ini dijadikan bilik gerakan Umno semasa pilihanraya umum. Baru-baru ini tanpa disangka-sangka ianya menjadi Markas PAS untuk salah satu UPU di DUN Kota.

Manusia merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah mengatasi segala-galanya.
 
PJ NS

Friday, October 5, 2012

Tukar k’jaan jika tak mahu anak Mahathir bolot hasil minyak

Tukar k’jaan jika tak mahu anak Mahathir bolot hasil minyak

KUALA LUMPUR 5 Oktober: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.
“Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.
Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.
Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.
Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu.
Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an.

Terrcirit aku baca? Bila Ustazah kupas isu ekonomi Negara

saya Petik (Sinaar Harian) Rakyat berasa pelik, bagaimana orang yang tidak berkuasa di Putrajaya dan tidak berkeupayaan boleh menawarkan perkara ‘bukan-bukan’. Padahal, masih banyak lagi janji yang dibuat pada 2008 dulu masih tidak tertunai. Bila rakyat Selangor menuntut pelbagai janji yang pernah dibuat berkaitan bekalan air percuma, penurunan cukai dan bantuan kewangan kepada golongan tertentu, Menteri Besarnya kata manifesto bukan janji. Manifesto bukan janji? Dari perspektif itu sahaja rakyat sudah memahami bahawa pembangkanglah sebenarnya yang menabur gula-gula bagi memenangi pilihan raya.
Kata Najib, janji ‘bulan, bintang dan cakerawala’ pembangkang yang semua pihak tahu tidak mampu ditunaikan “is not worth the paper they were written on”. Boleh baca dan simpan sahaja; tidak boleh dipakai. Sebagai contoh, bajet pembangkang tidak ada strategi khusus untuk menangani kenaikan kos sara hidup atau membantu generasi muda memiliki rumah.

ANDA TALIBARUT SIAPA?SIAPA YG MENAJA ANDA?WAHAI JMM....

Hahahaha - saya maklumat, saya ada nie, saya ada tu ... sebetulnya pergi report kat SPRM lah .. dan dedahkan nama mereka .. 

mengapa tak sebut 1000 org ?

Thursday, October 4, 2012

Ali Rustam mungkin digelar 'Jayalalithaa Malaysia'

"Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu

"Samalah seperti majlis kahwin anak angkat Jayalalithaa yang diiktiraf oleh Guinness World Records ketika itu sebagai jumlah jemputan paling ramai untuk majlis perkahwinan dan juga jamuan terbesar sempena majlis perkahwinan," kata Mohamad.

Jayalalithaa Jayaram mula menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1991. Pada tahun 1996 beliau tersingkir dari jawatannya apabila parti pimpinannya memenangi hanya empat dari 168 yang ditandingi.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin akan digelar Jayalalithaa Malaysia kerana kenduri kahwin anaknya yang serba hebat dan mewah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu.

"Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang," katanya.

Mohd Ali pula kini menjadi tumpuan kritikan umum apabila kenduri kahwin anaknya, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali dilapor melibatkan 130,000 jemputan.

Jumlah kehadiran dalam kenduri tersebut direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai jumlah tetamu paling ramai untuk majlis perkahwinan.

"Samalah seperti majlis kahwin anak angkat Jayalalithaa yang diiktiraf oleh Guinness World Records ketika itu sebagai jumlah jemputan paling ramai untuk majlis perkahwinan dan juga jamuan terbesar sempena majlis perkahwinan," kata Mohamad.

Jayalalithaa Jayaram mula menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1991. Pada tahun 1996 beliau tersingkir dari jawatannya apabila parti pimpinannya memenangi hanya empat dari 168 yang ditandingi.

Kekalahan itu dikaitkan dengan tuduhan rasuah ke atasnya dan juga kritikan meluas terhadap majlis perkahwinan serba mewah anak angkatnya, V Sudhakaran.

Jayalalithaa bagaimanapun terus Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1992 dan 2011.

Dengan sinis, Mohamad bertanya adakah setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan tidak mengingatkan Ketua Menteri Melaka itu tentang kisah Jayalalithaa.

Dalam kenyataannya kepada The Star Onlin, Mahadevan menyatakan, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun".

Kenyataan Mahadevan itu selaras dengan pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat tentang penglibatan jabatan dan agensi kerajaan dalam mengendalikan majlis perkahwinan anak sulung Mohd Ali pada 30 September itu. Harakahdaily

BN lancar ‘skim jual negara’ | Free Malaysia Today

Sebuah NGO mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi - satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.
PETALING JAYA: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan skim menjual negara dengan memberi kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing secara berleluasa dan tidak terkawal.
“Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau.
“Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini,” kata Propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan BN daripada kehilangan kuasa?,” soal beliau.
Beliau berkata demikian ketika mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi – satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.
Edy Noor merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012 di mana seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000.
Katanya, mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu.
“Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah.
“Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi?
“Kad Pengenalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?,” soalnya.
Beliau menambah, “lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah.
“Mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri,” terangnya.
Ujar beliau lagi, “bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.
“BN sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya yang juga beberapa kali ditangguh.
“Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen?,” soal beliau.

Wednesday, October 3, 2012

Warga Asing Dapat MyKad Dalam Masa Tiga Bulan

KUALA LUMPUR 3 OKT : Kementerian Dalam Negeri diminta memberi penjelasan bagaimana warga asing boleh mendapat MyKad dalam masa tiga bulan sedangkan beribu rakyat Malaysia dari komuniti India terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk mendapat kerakyatan.
Gerakan Jingga 13 hari ini mendedahkan kekecewaan seorang warga emas, Justin Emran mendakwa menyaksikan sendiri ramai warga asing di daerah Keningau, Sabah diberikan Mykad hanya dalam tempoh tiga bulan.
Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menegaskan, perkara ini perlu diselesaikan kerana melibatkan kedaulatan negara.
“Kita menuntut penjelasan Datuk Hishamuddin (Hussein) bagaimana warga asing boleh mendapatkan kad pengenalan dengan cukup mudah dalam tempoh tiga bulan.

Sedangkan masih ada puluhan ribu rakyat memiliki kad pengenalan merah yang dinafikan hak mereka sebagai warganegara,” katanya di dalam sidang media di lobi Parlimen.
Kenyataan Justin dipetik daripada laman sesawang akhbar berpengaruh di Sabah, Daily Express yang menyatakan anggarkan sejumlah 10,000 warga asing di kawasan terbabit memiliki Mykad.
Semalam, MP Kuantan, Fuziah Salleh mendedahkan dua orang warga warga Filipina, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Sabah atas kesalahan menggunakan MyKad palsu.
Mengikut daftar pemilih SPR, mereka berdua di daftar sebagai pengundi yang sah di Sabah dan Johor

http://networkedblogs.com/CY6za

Royalti : Mahkamah Luluskan K'jaan Kelantan Merayu Hak Menyaman Petronas

Keputusan perbicaraan... Mahkamah tlh meluluskan permohonan kerajaan negeri kelantan untuk merayu keputusan mahkamah yang menidakkan hak kerajaan negeri untuk menyaman petronas... Alhamdulillah... Allahu Akhbar...!!
Sumber: http://networkedblogs.com/CWT22

Royalti : Mahkamah Luluskan K'jaan Kelantan Merayu Hak Menyaman Petronas

'Kelantan berhak batal perjanjian dengan Petronas' - Malaysiakini

Kerajaan Kelantan berhak membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri itu dengan Petronas yang dibuat pada 1975 dan mengambil semua platfom minyak yang diusahakan syarikat petroleum dan gas itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa. 

Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri berdaulat. 

NONE"Mahkamah dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar kedaulatan negeri. 

"Oleh itu, Kelantan berhak membatalkan perjanjian 1975 dan kembalikan semua platfom telaga minyak yang diusaha Petronas 100 peratus kepada Kelantan," katanya dalam ceramah sempena konvoi royalti minyak ke Putrajaya malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 

Ceramah malam tadi, dihadiri kira-kira 5,000 orang yang kebanyakannya peserta konvoi daripada Kelantan. 

Antara yang hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Sebanyak 500 kereta dari Kelantan dan 100 kereta dari negeri lain berkonvoi ke Dataran Kemerdekaan malam tadi dan seterusnya ke Putrajaya pada jam 8 pagi ini untuk ke Istana Kehakiman bagi menuntut hak negeri tersebut ke atas bayaran royalti minyak. 

NONEHari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi ini di Putrajaya.

Selain itu, Husam berkata lagi, beliau turut meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berfikir secara rasional dan bijak dalam membuat keputusan berhubung pemberian royalti minyak di Kelantan. 

Jelasnya, sekiranya royalti masih tidak diberikan, bukan sahaja Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh turut membatalkan perjanjian yang dilakukan antara Petronas dan kerajaan negeri masing-masing pada tahun 1975. 

"Najib masih ada masa untuk berfikir secara rasional dan bijak. Kalau tidak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan akan terburai. Petronas akan terkubur," katanya sambil menambah angka tunggakan bayaran royalti kepada Kelantan kini berjumlah RM10.4 bilion. 

NONESementara itu, dalam ucapan ringkas, Nik Aziz pula berkata, sekatan berhubung isu royalti minyak negeri Kelantan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno menunjukkan bahawa mereka membenci pergerakan Islam. 

Sambil menjelaskan manusia terbahagi kepada tiga iaitu mukminin, kafir dan munafik, Nik Aziz berkata, sekatan royalti tersebut bukan dibuat oleh Petronas, sebaliknya kerajaan yang memerintah. 

"Tengku Razaleigh (Hamzah) kata disekat oleh Petronas. Sebenarnya sekatan ini Umno yang buat sebab dia kuasai pusat. Yang kuasai pusat sekarang bukan MCA tapi orang Melayu Umno. Benci pada gerakan Islam. 

"Dia (Umno) kata nak tolong orang Melayu. Tapi saya ini Melayu juga, baka raja lagi. Tapi tak beri," kata Nik Aziz yang mengakhiri ucapannya dengan bacaan doa.

Tuesday, October 2, 2012

Ada Berani.? Cuba Jalan seorang tengok!!!

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan. 

Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.

Kasihan orang melayu, ditipu pemimpin bangsanya sendiri!

  • MEDIA berbahasa mandarin seperti Sin Chew Daily, China Press dan Guang Ming Daily memberi liputan berwarna dari muka hadapan, tengah dan belakang sampai 7-8 helai. Media melayu hanya Sinar Harian sahaja sehelai mukasurat.

  • Walhal, yg terlibat 90 peratus dlm projek RAPID Pengerang adalah melayu. Projek di terajui syarikat cina. Yg tentang majoritinya cina. Sebhagian besar penduduk melayu menjadi pak turut. Mereka bersyukur meskipun diberi pampasan yg rendah. Kasihan orang melayu, ditipu pemimpin bangsanya sendiri!

  • Saya akan dedahkan lakonan disebalik projek ini. Kenapa buat di Pengerang, siapa yg terlibat mengaut untung, kenapa tidak dibuat di tempat lain; agar rakyat tahu betapa khianat Kerajaan BN!

http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1920

Sunday, September 30, 2012

Himpunan Hijau Lestari usaha selamatkan Pengerang, Melayu rasa BN ‘bunuh’ mereka @ Sun Sep 30 2012

Seluruh kawasan perairan selatan di Johor, termasuk empat kawasan di Pengerang akan terlibat dengan pembangunan petrokimia. — Gambar-gambar oleh Saw Siow Feng
PENGERANG, 30 Sept — Belum pun reda isu radioaktif kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, negara sekali lagi bakal menyaksikan bantahan besar-besaran daripada rakyat — kali ini di kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Johor — apabila kumpulan pejuang alam sekitar Himpunan Hijau mengadakan protes dalam jumlah yang besar bagi membantah pembangunan projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.
Wakil penduduk kampung yang dihubungi The Malaysian Insider bagaimanapun melihat demonstrasi berkenaan bukanlah tindakan untuk “menghentam” kerajaan, sebaliknya sekadar menyuarakan permohonan supaya kerajaan membantu mereka.
“Bagi saya ia bukan kita menentang kerajaan, kita minta kerajaan bantu,” kata pesara guru besar Kasran Dollah.
“Orang Melayu mulanya setuju, tapi bila harga jatuh kepada RM2.80 mereka jadi tak puas hati.
“Itu harga nak bunuh orang Melayu,” tegasnya yang sudah 30 tahun menetap di Kampung Sungai Kapal.
Beliau, yang kini mengajar tuisyen Matematik di rumahnya, berkata penduduk kampung tiada masalah untuk bekerjasama sekiranya pampasan yang diberikan setimpal dengan pengambilan tanah mereka.
“Kalau nak ambil dengan harga baik, kita terima... kalau puas hati kita jual,” katanya lagi.
Dengan anggaran 15,000 hingga 20,000 peserta, perhimpunan ini bakal menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh pelusuk negara apabila peserta dari 25 kawasan dipusatkan ke Dataran Sungai Rengit untuk mengadakan demonstrasi aman membantah projek berkenaan.

Zaaba berkata projek yang menelan belanja RM60 bilion ini akan meliputi keluasan 22,500 ekar tanah.
Menggunakan tema “Himpunan Hijau Lestari Selamatkan Pengerang”, himpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Pengerang ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Himpunan Hijau dan turut didukung oleh penyertaan daripada parti politik Pakatan Rakyat (PR).
Berdasarkan temubual eksklusif dengan The Malaysian Insidersehari sebelum perhimpunan tersebut, yang dijadualkan hari ini, Koordinator NGO Pengerang, Zaaba Abdul Samad berkata, projek yang menelan belanja RM60 bilion ini akan meliputi keluasan 22,500 ekar tanah dan bakal menjadi hab simpanan minyak terbesar di Asia Pasifik.
“Masalahnya di sini bukan setakat Pengerang, tapi perairan di Johor.
“Sekiranya RAPID ini siap di Pengerang, seluruh kawasan perairan selatan di Johor, termasuk empat kawasan di Pengerang akan terlibat dengan pembangunan petrokimia.
“Sekarang ini ialah di Tanjung Bin di Kukup, Pasir Gudang, Tanjung Langsat, dan Pengerang yang terbaru,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, untuk projek RAPID, kerajaan juga telah menggunakan peruntukan daripada Seksyen 8 Kanun Tanah Negara untuk mengambil tanah-tanah di Pengerang untuk tujuan membangunkan projek berkenaan.
“... (jadi, penduduk) sudah tidak boleh membuat bantahan. Mereka hanya boleh tuntut gantirugi, sama ada mereka setuju atau tidak,” katanya lagi.
Justeru itu, Zaaba menegaskan, isu pokok di Pengerang adalah penduduk tidak berpuas hati terhadap kadar pampasan yang diberikan, disamping isu alam sekitar yang bakal menjejaskan landskap Pengerang yang sinonim dengan hasil laut dan destinasi pelancongan.
“Penduduk kampung sekarang tak puas hati dengan bayaran gantirugi itu.
“Berbanding dengan penilaian JPPH (Jabatan Penilaian dan Pehkhidmatan Harta), perbezaan nilai tanah itu hampir 38 ke 42 peratus dari segi harga.
“Bayaran pampasan dibuat atas keluasan tanah, sekaki persegi, namun turut mengambil kira pembangunan di atas tanah tersebut,” katanya lagi dan menambah, ada kes untuk lot banglo, nilai pampasan adalah RM95 hingga RM100 sekaki persegi.”
“Kampung sini (kawasan RAPID) biasanya nelayan, petani, peniaga, ada juga makan gaji, dan kakitangan swasta,” katanya, merujuk kepada antara penduduk yang terlibat dalam projek tersebut.

Anis Afida menegaskan pembayaran pampasan yang tidak setimpal telah menimbulkan kemarahan penduduk.
Sementara itu, Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli menegaskan, ekoran pembayaran pampasan yang tidak setimpal, ia telah menimbulkan kemarahan penduduk, malah beliau turut menjangkakan isu di Pengerang ini bakal memberikan peluang kepada PR untuk menembusi kubu kuat Umno dan BN itu.
“Mereka sangat marah.Mungkin, ia akan beri kesan kepada Johor dalam pilihan raya nanti,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, dengan isu ini, penduduk Pengerang yang mempunyai seramai 35,000 pengundi, dengan kawasan yang 80 peratus majoritinya didiami komuniti Melayu termasuk peneroka di 10 Felda dan 20 peratus Cina ini akan turut menyertai demonstrasi tersebut.
“Ada banyak mudaratnya hasil dari projek ini, sisa toksik daripada petrokimia ini mereka mahu buang ke mana?” soalnya.
“Saya harap penduduk kampung akan turut serta demonstrasi ini,” katanya.

Wong Teck berkata rakyat hanya mahu suarakan tanggungjawab mereka.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Teck pula menegaskan, isu di Pengerang ini bukan lagi masalah setempat, sebaliknya masalah yang mendapat perhatian di peringkat nasional, malah beliau yang ditemui The Malaysian Insiderturut mengakui kehadiran mereka ke Pengerang untuk “mempolitikkan” isu tersebut.
“Ya ... memang kami mahu mempolitikkan isu ini.
“Kalau kerajaan sudah tidak lagi tidak boleh menjaga rakyat, biar rakyat tentukan pemimpin layak memerintah ... biar rakyat yang memilih kerajaan,” katanya lagi.

Menurutnya, rakyat hanya mahu suarakan tanggungjawab mereka, untuk memastikan negara ini mempunyai masa depan.
“Tengok bandar ini berapa cantik. Mereka (penduduk) hanya mahu hak mereka diteruskan.
“Himpunan hijau nak pastikan hak rakyat diketengahkan,” tegasnya lagi.

Sombong tu hak Allah bukan Milik kita

Sebagai suatu kesimpulan, sesungguhnya sifat sombong atau takabbur, selain ia dicela di dunia oleh Allah serta orang-orang mukmin, ia adalah sifat yang amat merugikan seseorang itu di dunia dan di akhirat. Apakah kita sebagai hamba yang penuh kedhaifan dan serba kekurangan ini layak untuk menganggap diri kita hebat? Sebagai manusia, Allah menganugerahkan kepada kita kelebihan-kelebihan tertentu agar kita menjadi lebih mudah untuk meniti perjalanan hidup ke arah kehidupan yang lebih abadi. Kelebihan yang diberi bukanlah bererti yang kita diberi izin untuk mendabik dada kepada orang lain. Suatu hakikat yang perlu kita sama-sama sedari ialah, tidak ada manusia yang sempurna dari segala segi. Di mana kelebihan manusia, di situlah sebenarnya kelemahan atau kekurangannya berada.

Dari Kitab Hidayatul Salikin: Imam Al Ghazali

Bila teman kata berkawan dengan UMNO ini kalau nak berdakwah tak ape, kalau saja duduk kedai kopi 

sembang tak payah. Fuh melompat cai UMNO kata teman memecahkan umat Islam. Memang dia tak reti 

bab ini. Teman ada dalil

Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: "Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 

syarat." 

1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan. 

2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk 

perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita. 

3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan 

dosa yang besar dan kecil. 

4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud 

sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia 

akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya. 

.5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang 

..yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada 

kebinasaan dunia

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak