Saturday, September 19, 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
Maaf Zahir dan Bathin dari Keluarga Ayid-Manajadda wajada blogspot.com
kepada semua penunjung blog ini

perkara sunat di aidilfitri

antara perkara yang sunat dilakukan di aidilfitri ialah:

1. bertakbir
2. bersedekah
3. memakai baju baru
4. memakai wangian bagi lelaki
5. mengucapkan tahniah antara satu sama lain
6. ziarah menziarahi

antara kesilapan yang berlaku di aidilfitri

1. bersalaman dengan lelaki/perempuan bukan mahram
2. mendedahkan aurat kepada ajnabi di rumah sendiri seperti sepupu dan ipar duai
3. berpakaian tidak menutup aurat
4. berdating di hari raya
5. meninggalkan solat kerana sibuk beraya
6. tidak melakukan ziarah tetapi sibuk dengan rancangan hiburan melalaikan di tv

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA SEMUA, MAAF ZAHIR BATIN.
TAQABALALLAHHU MINNA WA MINKUM

Sumber: Kembara Ilmu

mm

Friday, September 18, 2009

MELOPEH JANG - JANGAN LETAK TAN SRI ISA SAMAD SEBAGAI CALON (TUN DR MAHATHIR)



Aduhai melopah la deng ... sampai hati che det kata bergitu... "jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad."

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.
Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari Umno bahagian itu sahaja yang bertanding.sumber

Apa lagi Tan Sri Isa kalu mereka tolak juga tak apa..ambil jalan pintas, isi borang jadi calun bebas sonang crite, tak pun kuar umno atau pun duduk umah je la apa yang nak dikejarkan jawatan adun itu kalau menang susah kena jadi hamba rakyat, lebih baik bagi calun lain dan duduk dekat masjid buat amal harta pun dah menimbun tak cukup cukup lagi ke.

Sumber Batu vs kayu

KULIAH SUBUH BERSAMA PERSURUHJAYA PAS PERAK

Kuliah Subuh bersama Pesuruhjaya Pas Perak
Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain akan mengadakan kuliah subuh dan solat subuh berjemaah pada hari sabtu,bertempat di Masjid Jamek lama Gopeng. Semua muslimin muslimat dijemput bersama.

Dr M. Samy Velu Patut letak jawatan, liabiliti kepada BN




Dr M: Samy Vellu patut letak jawatan, liabiliti pada BN
Sep 18, 09 11:05am
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?


Ayid>>> Ada berani ka. Itu Dr M kata PRU pun kalah lagi mahu pegang itu MIC. DrM cakap PAK Lah banyak gentlement dia punya prestasi sikit ada korang, dia jawatan juga letak. Tapi itu Pak lah PRU ada menang

Thursday, September 17, 2009

DAP: Umno yang sesatkan Melayu







Seorang pemimpin DAP menafikan dakwaan orang Melayu yang menyertai parti itu disifatkan sebagai "kumpulan sesat dalam politik" dan "digesa agar kembali ke pangkal jalan".

Ahli jawatankuasa pusat DAP Ahmad Ton sebaliknya mendakwa Umno sendiri yang menyesatkan orang Melayu di negara ini.

"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup mengikut (semangat) pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ikut Umar Abdul Aziz tidak sesat.

"Di Pulau Pinang, sekolah agama rakyat, kerajaan negeri bantu. Kalau di Johor, ia ditutup," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Selain Ahmad yang sudah lama bergiat dalam DAP, parti itu turut melantik Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang sebelumnya terkenal aktif bersama Transparency International, sebagai naib pengerusinya Ogos tahun lalu.

Abdul Aziz kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Ahmad, yang juga naib pengerusi DAP Johor, berkata beliau berasa malu dengan tindakan kerajaan negeri itu, berbanding dengan kerajaan Pulau Pinang yang membantu sekolah agama rakyat (SAR) terutama menaikkan gaji guru-guru dan menyedia peruntukan kepada sekolah terbabit.

"Jadi tidak betul, kalau (Umno) kata kita sesat," tambahnya.

SAR di negeri itu ditutup secara berperingkat-peringkat mulai tahun lepas dan DAP bersama Pakatan Rakyat di Johor menghantar memorandum kepada menteri besar berhubung isu tersebut.

Ahmad diminta mengulas dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai kumpulan tersesat jalan politik dan digesa kembali menyokong Umno.

Ayid>Asal lain dari parti UMNO semua di anggap sesat, minta balek pangkal jalan. Senang bebenor beri fatwa, dan kembali meyokong UMNO. Ini ke resulusi 1 malaysia yang PM gembar-gemburkan apa kah UMNO tak pernah terbaca ayat ini:

ـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)


Pengampu Zambri buat laporan polis Hanya disimbah cat


Hanya disimbah cat
Dikencing oleh puak Umno



Alahai puak puak pengampu umno marah tak bertempat bila gambar idola mereka baru disimbah dengan cat aje ,terus membuat laporan polis..relax la wahai orang-orang umno kalau aku pun marah juga bila pemimpin idolaku diperlakukan bergitu tetapi tidaklah seteruk sampai dikencing macam pencacai umno buat terhadap gambar banner pemimpin Pas ( gambar Diatas).ini perkara kecil usah nak diperbesarkan ,lumrah alam orang kata, mesti ada yang tak kena kenapa boleh sampai gambar MB D'Mahkamah anta disimbah dengan cat. wahai pengampu umno anta kena pikior ramai ramai kenapa masih ada yang getik pada Mb D'mahkamah, tak perlu nak awak (saya ) tulis disini..banyak kisah yang pelik pelik yang terjadi sejak 5 feb 2009 yang membuat orang bertambah getik dekat umno...

Petikan utusan meloya*‘‘Sebagai ahli UMNO, kami begitu kesal dengan tindakan pengecut berkenaan yang cuba melakukan sabotaj terhadap kain rentang serta papan iklan yang tertera gambar Menteri Besar.

Ayid>>Itu banner tatak hilang ma, atak sikit kotor ma,gua punya banner untuk ini puasa pantang gantung leboh/lesap yang tinggal banner Puteri UMNO. Getik teman nengok perangai deme. Skrang ni dah banyak pembuang banner upahan kot

Sumber: Batu vs kayu

Wednesday, September 16, 2009

Rasul Melayu' tidak puasa semasa ditangkap - Pengarah JAIS Oleh ARIFFUDDIN ISHAK SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu



SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.

"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ayid> Yang baju kuning tu Rasul Melayu. Ditangkap tidak berpuasa, orang melayu pun banyak tak puasa, ayat puasa ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan di tutup dengan " mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaq'wa". Rasul siap dengan kaca mata sekali sangkut kat kocek baju. Nasib dia tak pakai baju warna hijau.ka ka ka ka

BN AKAN DI GEMPUR DI BAGAN PINANG

BN akan digempur BN di Bagan Pinang !!!!


Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat ataupun dikenali sebagai BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terengganu. Lagi di sini.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah An Nisaa' pada Ayat 71 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, bersiap sedialahlah kamu, dan maralah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!" ShodaqALLAHul'Azim.

Para bloggers Pakatan rakyat, ayuh kita sertai misi ini. InsyaAllah, dengan perkumpulan ini akan diberkati Allah. Sesiapa yang ingin menyertai misi ini hubungi Wak Albanjari di:

Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129

Sila war-warkan dan pautkan link anda ke link ini. Sebarkan lah

sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu-Daim Zainuddin


KUALA LUMPUR, 16 Sept: 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.




Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.

Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.

"Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.

Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.

Ayid>> Ini bermakana bukanlah ada pengundi hantu yang UMNO kata baru-baru ini hantu di PRK ke 8 baru ini, orang umno sendiri yang jadi hantu. Kalau dah 1 Juta dari 3 juta Ahli UMNO tak mengundi UBN confirm akan pupus dengan keris nya terpacak ke bumi


MAJLIS BERBUKA PUASA PR BERSAMA ADUN TEJA




Ini lah yang paling tak disukai oleh UMNO dan kuncu-kuncu BN mereka.


Sebelum majlis bersurai ADUN Teja (Berbaju Melayu Hitam) sempat bermesra dengan AJK Masjid Jamek lama Gopeng
(Sila klik gambar untuk dibesarkan)











Bismillahirrahman Nirrohim
Al Maa-idah Ayat 2 : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. ".... Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan (keadilan)dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran (kezaliman, merampas hak orang lain). Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." ShodaqALLAHul'Azim





Tuesday, September 15, 2009

Terkini : 5 Tahanan ISA dibebaskan


http://img.nattawat.org/images/pri0jte1f0pr1yonngpk.jpg
15 September 2009
Terkini : 5 Tahanan ISA dibebaskan

Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.

Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.

Mat Sah Mohamad Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Pembebasan itu dibuat bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.

Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.

Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.

Ketiga-tiganya, yang dituduh terlibat dalam jaringan JI, ditahan bawah akta itu pada 30 Mei 2007.

Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

Satu kemenangan kepada 50 000 orang yang turun berdemo baru2 ini...sekarang kerajaan dah mula sedar dan buka mata terhadap kehendak rakyat....kita mahu ISA dimansuhkan sepenuhnya!!!

Sumber Form Perak With Love

BETAPA JAHIL DAN BIADABNYA UMNO


klik untuk dibesarkan

Gambar yang dipaparkan diatas menunjukkan betapa JAHIL dan BIADABNYA UMNO di bulan Ramadhan yang mulia ini..seolah-olah tidak ada rasa sensetif langsung ..seperti yang anda saksikan,kain rentang tersebut terpapar bersama-sama kain rentang iklan minuman keras "TIGER".Banner yang terpapar dengan ucapan BERSAMA KITA MENGHAYATI RAMADHAN DENGAN PENUH KEBERKATAN" merupakan banner yang digantung oleh UMNO BAHAGIAN LEDANG Di salah sebuah kedai cina di simpang empat SUNGAI MATI MUAR.
ADAKAH INI YANG DIKATAKAN PRINSIP 1 MALAYSIA???.

Inilah dia perangai sebenar UMNO yang dikatakan berjuang untuk bangsa dan agama.mereka boleh mencampur adukkan diantara yang halal dan yang haram..,kemulian dan kesucian bulan Ramadhan dicemari dengan Kejahilan mereka.Dahla ejaan jawinya salah..betapa tidak mengambil beratnya UMNO didalam memartabatkan tulisan jawi.

Dicatat oleh DEWAN PEMUDA PAS MUAR

BILA MIC HENTAM MAHATHIR UMNO MARAH. BILA MAHATHIR HEMTAM UMNO, UMNO KATA , MAHATHIR NYANYOK



KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kecaman terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung MIC semalam adalah melampau dan amat biadab, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya Barisan Nasional (BN) dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.

"Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.

"Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN," katanya dalam satu kenyataan

Ayid>>>UMNO perlukan talian hayat nampaknya,,biarkan UMNO terjun dengan labu-labunya
op-op Mahathir pun dah kibar mendera kecil aje nampaknya

Monday, September 14, 2009

PM KATA BOLEH, MB DIAM DIRI - MBI KATA TAK BOLEH (cakap siapa nak caya ni)




MBI tolak permohonan PAS

IPOH, 13 Sept. : Hasrat tidak kesampaian. Begitulah boleh diibaratkan apabila permohonan Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN Pk) untuk mengadakan perhimpunan aman bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Stadium Perak 17 Oktober ini, ditolak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa yang tidak begitu mengizinkan perhimpunan sedemikian dibuat.

Selain itu katanya, perhimpunan berkenaan juga dikhuatiri bakal meninggalkan kesan kepada struktur ekonomi, politik serta sosial masyarakat bandar raya ini.

“MBI telah menganalisis terlebih dahulu berhubung permohonan berkenaan dan setelah bermesyuarat, pihak MBI telah memutuskan agar perhimpunan itut tidak diluluskan berdasarkan faktor-faktor tertentu.

“MBI yakin bahawa keputusan pembatalan itu bakal memberi banyak kebaikan kepada orang ramai.

“Kami (MBI) juga yakin bahawa ini adalah keputusan terbaik yang dapat dilaksanakan dan berharap agar semua pihak akur dengan keputusan berkenaan demi kebaikan bersama,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Roshidi berkata, permohonan DPPN Pk itu dibuat berikutan tawaran Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataannya yang mengatakan kerajaan sedia membenarkan perhimpunan aman selain turut menyediakan kawasan yang bersesuaian bagi tujuan tersebut.

Berdasarkan tawaran itu, Najib mahu pihak berkenaan menganjurkan perhimpunan sedemikian di tempat tertutup bagi mengelakkan perhimpunan jalanan yang dikhuatiri boleh menggugat ketenteraman awam.

“Pada asasnya perhimpunan di kawasan berkenaan didapati lebih baik berbanding di tempat terbuka kerana ianya lebih aman dan memudahkan pihak polis bagi mengawal keadaan.

“Bagaimanapun, ianya tidak dapat diluluskan berdasarkan situasi semasa yang tidak menentu selain dikhuatiri bakal menimbulkan insiden-insiden yang tidak diingini seperti mana yang berlaku pada beberapa perhimpunan seumpamanya sebelum ini,” katanya.

Ajijoi ~ Benda ni semua orang pun dah tahu. Gerenti tak dapat punya. Mana zambry berani nak bagi. Setakat duduk kat dalam bangunan suk yang dikepung rapi, berani le. Cakap depan kamera tv. Kalau berani cakap le depan orang ramai.

Ayid>....Salah satu daripada rukun munafik itu, ialah berjanji tak pernah ditunaikan
wallah wua'lam
Saja DPP nak nyakat aje...

Ketua Kampung Terbodoh di Malaysia? Nizar

وَنُيَسِّرُكَ لِلۡيُسۡرَىٰ (٨) فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ (٩)

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. (8) Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). (9)


Ketua kampung Ara Payung, Batu Gajah dikatakan mengamuk apabila tazkirah disampaikan selesai solat tarawih di surau kampung tersebut. Surau dikampung itu memang kebiasaannya tiada tazkirah yang disampaikan sepanjang bulan Ramadhan ini. Apabila jemaah meminta tazkirah disampaikan selesai solat tarawih pada malam itu, ketua kampung tiba-tiba naik angin pulak. Apatah lagi penyampai tazkirah itu adalah seorang yang amat istimewa bagi jemaah surau tersebut pada malam itu.

Kisahnya bermula apabila surau tersebut mengadakan penyampaian sumbangan raya kepada fakir miskin dikampung Ara Payung oleh Dato Seri Nizar sebelum solat Isyak dimulakan.

Walaupun telah diumumkan bahawa Dato Seri Nizar telah diminta mengimami solat isyak dan tarawih, imam surau meluru laju kedepan untuk menghalang Dato Seri Nizar menjadi imam solat isyak.

Tapi, selessai solat isyak, Dato Seri Nizar telah sekali lagi diminta menjadi imam solat tarawih. Kali ini, tiada gangguan daripada mana-mana pihak.

Sebaik sahaja selesai solat tarawih, selawat dan salam terus dilagukan menandakan tamat solat pada malam itu. Sekali lagi diumumkan bahawa Dato Seri Nizar diminta menyampaikan tazkirah. Kesemua jemaah kembali duduk untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dato Seri Nizar.

Dimasa inilah kedengaran ketua kampung mengamuk dibahagian belakang surau dan amukannya yang kuat dan mengugut untuk membuat aduan kepada pihak polis didengari oleh semua jemaah surau itu.

Atas dasar apa beliau hendak melaporkan perkara ini kepada pihak polis? Apakah pertuduhan yang hendak dibuat?

Mungkin juga kerana menghasut? Dato Seri Nizar telah menghasut para jemaah surau tersebut sehinggakan ketua kampung naik berang dan mengamuk.

Apa yang dihasut oleh Dato Seri Nizar kepada jemaah surau? Dato Seri Nizar telah dikatakan bersalah menghasut para jemaah untuk MENGINGATI ALLAH DAN MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH DIBULAN RAMADHAN YANG MULIA INI.

Kepada ketua kampung Ara Payung tersebut, jika itulah alasan anda untuk membuat laporan polis, SILAKAN..

Ayid>>>> Malang sunggu ketua kampong ni. Kan Allah dah berfirman dalam surah di atas,
Tazkirah itu "god Made not man our Nizar made, but it's made from Ara Payong
tak boleh Tazkirah.

sumber ikhsan: Loveperak

Sunday, September 13, 2009

AYO-AYO SAMY SUDAH MARAH SAMA SUBRAMANIAM


KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kedudukan bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam dalam parti itu terus menjadi tanda tanya apabila beliau akan dirujuk untuk kali kedua kepada jawatankuasa displin parti itu.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, berkata bekas timbalannya itu, yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden untuk kali kedua semalam, akan dihadapkan kepada lembaga disiplin parti atas dakwaan membawa sekumpulan penyokong yang dikenalpasti cuba mewujudkan suasana tegang di kalangan perwakilan pada Perhimpunan Agung MIC Ke-63 semalam.

"Kumpulan ini dianggarkan terdapat kira-kira 500 orang dan cuba mewujudkan kekecohan. Pihak kami sedang mengumpulkan maklumat dan bukti berhubung perkara ini.

"Saya tahu siapakah kumpulan ini dan pihak berkuasa juga tahu siapakah mereka ini. Tindakan disiplin akan tetap diambil ke atas Subramaniam disebabkan perkara ini.

"Saya tidak pernah menyaksikan insiden seperti ini...saya melihatnya sebagai satu percubaan untuk menakutkan perwakilan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di persidangan itu.

Minggu lalu, jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC sebulat suara mencapai keputusan untuk merujuk Subramaniam kepada jawatankuasa disiplin MIC kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjatuhkan imej parti.

Samy Vellu, berkata jawatankuasa disiplin parti akan menentukan bentuk tindakan ke atas Subramaniam.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Subramaniam bahawa politik wang adalah penyebab utama kekalahannya semalam, Samy Vellu mendakwa, beliau turut mempunyai bukti bahawa beliau (Subramaniam) menggunakan wang untuk mencari sokongan.

"Saya ada bukti yang Subramaniam pergi ke beberapa bahagian MIC dan menjanjikan wang...saya ada bukti," katanya.

Ayid>>>Itu macam ka Dato, ini polotik wang sama samseng UBN punya dalam banyak. Itu hari Perak punya DUN bersidang pun ini samseng pun ada bikin kacau. Sekarang saya hati banyak susah tengok itu UBN punya dalam banyak kacau.

-- BERNAMA

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak