Saturday, March 20, 2010

KU LI: PERDANA MENTERI JELAS TERSIMPANG


Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.

"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.

Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.

Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.

Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.

"Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.

Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.

Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.

"Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.

Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.

"Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya.

TV Selangor.com


SIDANG DUN PERAK 30 MAC: KEMELUT BELUM BERAKHIR


Nampaknya kemelut politik Perak belum lagi berakhir meskipun Mahkamah Persekutuan memutuskan Dr Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah pada 9 Februari lalu.

Keputusan mahkamah itu sendiri merupakan satu keputusan yang kontroversi kerana para hakim membuat tafsiran sendiri dengan mencabuli Perkara 16 Klausa 7 Perlembagaan Negeri Perak dan memberi kuasa kepada sultan untuk memecat menteri besar.

Walaupun isu menteri besar dianggap selesai, timbul pula isu lain.

Siapakah speaker Dewan Undangan Negeri yang sah, R Ganesan yang dilantik oleh Umno-Barisan Nasional (BN) atau masih lagi V Sivakumar, yang diangkut keluar dewan secara paksa oleh anggota polis.

Perhatian kini tertumpu pula kepada notis yang dikeluarkan oleh Sivakumar memanggil sidang DUN pada 30 Mac ini. Adakah surat
notis ini sah atau tidak?

Baca seterusnya


ZAHID IBRAHIM CABAR KERAJAAN PAMAIRKAN PERJANJIAN ROYALTI MINYAK


Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri. “Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut?


Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya. Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini.


Bagaimanapun, perhimpunan yang dijangka menghimpun ribuan rakyat daripada kedua-dua negeri di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini terpaksa dibatalkan atas arahan polis. Bercakap dalam seminar kepimpinan anak muda anjuran kerajaan Selangor di Petaling Jaya,


Zaid berkata perjanjian royalti minyak antara kerajaan negeri dan Petronas jelas menggariskan pembahagian yang berhak diterima pihak masing-masing. “Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (yang dipertikaikan kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen,” katanya dengan analogi menarik.


'PERKASA, Siapa hendak rampas hak Melayu' Sementara itu, ketika mengulas isu kepimpinan pada abad ini, Zaid mengambil peluang mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya sengaja menakut-nakutkan orang Melayu.


Beliau mempersoalkan kepada NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali itu berulang kali menyebut kebimbangan terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


“Dalam wawancara Ibrahim dengan Malaysiakini, beliau berkata kita mesti pertahankan hak-hak dalam Perkara 153. Saya pun Melayu. Siapa yang hendak ambil hak kita yang dia cakap sangat itu,” katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa kira-kira 900 peserta perhimpunan kongres tersebut - kesemuanya berumur bawah 35 tahun - supaya tidak terikut-ikut dengan “ketakutan yang sengaja direka oleh orang politik”. “Di Malaysia ini bumiputera (jumlahnya) besar. Di Sabah dan Sarawak, Iban sahaja sudah 60 peratus. Itu belum campur Melanau. Mustahil hak kita akan diambil oleh sesiapun,” katanya kepada peserta yang kebanyakannya berbangsa Melayu.

Sumber

Ayid} Taubat lahom pun UMNO tak berani nak tunjukan perjanjian tersebut kepada rakyat

ISU ARAK DI PARLIMEN: APA MACAM REMBAU, APA KHABAR PASIR SALAK , TERDUDUK



Isu arak di parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak, terduduk!

KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.
Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.
Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.
"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.
"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.
Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.
"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.
Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.
Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.
Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.
TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.
Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;
"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.
MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'
Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.
Saifudin menyambung;
“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.
YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?
Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.
Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;
“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.
Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..
“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.
Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?
Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.Erapakatan

Tinda Hijau dari Kaki bukit

Friday, March 19, 2010

KAMI SERAH MEMO, BUKAN NAK MELANCUNG


Orang Asli bukan sekadar berjalan-jalan ke Putrajaya semalam tetapi membawa harapan yang sangat besar, kata presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Majid Suhut.

Beliau berkata demikian bagi menolak kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal semalam yang mengatakan masyarakat tersebut bukannya berdemo di putrajaya tetapi sekadar mengunjungi pusat pentadbiran negara itu untuk melancong. Mengulas lanjut, Majid berkata kenyataan itu mungkin dikeluarkan Shafie berdasarkan persepsi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu terhadap usaha yang dilakukan Orang Asli bagi mempertahankan hak mereka.

Ayid} - Mereka dah cerdik bukan boleh nak di adu domba kan lagi kaka ka


VIDEO TERPILIH DEMONTRASI ORANG ASLI



Kita saksikan keberanian kaum orang Asli pula membuat Demo

PERJELAS STATUS BUMIPUTRA TERHADAP ORANG ASLI - NAZRI AZIZ TIDAK MELETAKAN STATUS



SHAH ALAM, 18 MAC - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz gagal memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Orang Asal sebagai kaum bumiputera, kata Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Kesal dengan kedangkalan menteri itu, Zaid menjelaskan, menurut Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, Orang Asal tidak diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera.

Katanya Orang Asal tidak dikategorikan sebagai bumiputera, kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja yang dianggap sebagai bumiputera.

“Hanya 'Malays and the Natives of Sabah and Sarawak' dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya.

“Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.

“Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya,” katanya dalam tulisan di blognya.

Kedangkalan Nazri itu hanya disedari ketika Ahli Parlimen Hulu Rajang, Billy Abit Joo pada sidang parlimen semalam bertanyakan sama ada pengiktirafan status bumiputera perlu diperjelaskan dan kriteria Bumiputera diseragamkan. Nazri dilaporkan terus menjawab “tidak perlu”.

Sebaliknya Nazri mendakwa status bumiputera telahpun diseleraskan dan digolongkan dalam tiga kategori seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaaan Persekutuan, iaitu Melayu, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta Orang Asal.

Kenyataan Zaid ini dibuat bagi mengulas tindakan lebih 2,000 Orang Asal yang berarak ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandun itu mengandungi hal-hal penganiayaan di tangan kerajaan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun, tentang tanah nenek-moyang mereka yang dirampas dan diambil untuk pembangunan projek BN.
Zaid juga melahirkan rasa bangga dengan kebangkitan dan keberanian Orang Asal untuk menentang kezaliman Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli yang menindas kaum mereka.

“Walaupun polis menggunakan kuasa mereka untuk menahan perarakan itu ke pejabat Najib Razak, sekurang-kurangnya Orang Asal tanahair kita sudah berani bangkit. Mereka sudah mula “naik minyak” kerana masalah mereka selama ini dipandang ringan oleh kerajaan BN,” katanya..

Bagi Zaid, masa depan Orang Asal di bawah BN tidaklah cerah kerana jawapan Nazari semalam hanya membuktikan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib Orang Asal

Tv Selangor

MUSA HITAM - WANG IHSAN DATAU ROYALTI BIAR KERAJAAN NEGERI YANG URUS


Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam mulai meluahkan perasaan beliau hari ini tentang isu royalti atau wang ihsan. Ini pertama akali beliau muncul untuk memberikan pandangan terhadap isu tersebut.


Malaysian insider melaporkan


KUALA LUMPUR, 18 Mac — Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas.


Justeru seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih “arif” dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.


Kita tunggu dan lihat pula apakah pandangan dari UMNO pula tentang pendapat Mantan Perdana Menteri tersebut. UMNO mungkin tidak akan bersetuju di atas pandangan beliau, yang memehak kepada kerajaan Negeri


Baca selanjutnya

Thursday, March 18, 2010

ZAMRY DIGESA HENTI'PERBODOHKAN' CINA


6:31pm
Ahli parlimen Beruas yang juga ketua DAP Perak, Datuk Seri Ngeh Koo Ham mencabar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan ahli exconya supaya menghentikan 'sandiwara' mereka 'memperbodohkan' masyarakat Cina.

Beliau membuat bidasan itu hari ini dan mendakwa Barisan Nasional tidak cekap dalam mentadbirkan Perak.

"Jika mereka ingin kembali ke sekolah, sila kembali ke sekolah dan biarkan orang lain yang cekap mentadbirkan negeri,” katanya di Parlimen lobi, hari ini.

Ngeh (kiri) mengulas laporan di akhbar harian Sin Chew Jit Poh yang memaparkan gambar Zambry dan anggota exconya menghadiri kelas bahasa Mandarin.

"Peristiwa itu diberikan liputan meluas oleh Sin Chew tetapi ia hanya membuktikan bahawa exco BN adalah orang yang tidak cekap,” katanya.

Beliau juga mahukan Zambry (bawah) supaya menghentikan lakonan kononnya BN mengutamakan bahasa Mandarin dan Inggeris, sedangkan hakikatnya tindakan itu hanya 'sandiwara' dan tidak ikhlas.

Ngeh berharap masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengan helah BN kerana sebelum ini beliau mendakwa ada arahan kerajaan negeri supaya tidak diambil pegawai yang mahir berbahasa Mandarin tetapi sebaliknya menghantar pegawai Melayu ke kelas bahasa Mandarin.

"Mempelajari sesuatu bahasa memakan masa yang lama. Kenapa tidak menghargai masyarakat Cina dengan menyerap mereka yang mahir dalam bahasa Mandarin ke dalam perkhidmatan awam?

“Masyarakat Cina juga kini menguasai bahasa Melayu dengan baik. Mengapa tidak kita memaksimumkan sumber berkenaan?” soalnya.

Sumber:


Ayid}- Dia bukan apa tu cuma nak tambah lagi satu bahasa lagi Kini dia dah tahu 3 bahasa. Dia mungkin ingin mengikut rentak Dato Sri Nizar yang fasih banyak bahasa. Mungkin nanti dia akan buat kuliah pula macam Dato Sri Nizar

Wednesday, March 17, 2010

UMNO/BN Potong peruntukan SAR.. DAP/PR tambah peruntukan..



Dikala Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Ugama Islam itu memotong peruntukan untuk sekolah agama rakyat.. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP yang didakwa mereka telah meminggirkan Melayu dan Islam telah menghulurkan sumbangan RM300,000.00 kepada Sekolah Agama Rakyat.

DAP sebuah parti yang kononnya bersikap anti Melayu dan Islam telah sudi menghulurkan RM300,000.00 kepada Sekolah Agama Rakyat ketika Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Ugama Islam memotong peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat...





MAKMAL SAINS PERTAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI RASMI KETUA MENTERI

Oleh : Amiruddin Ahmad

Permatang Pauh - Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Sekolah agama rakyat Madrasah Al Aminiah tersebut yang terletak di jalan Permatang Nibong Permatang Pauh ini merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

Turut serta dalam majlis gilang gemilang ini ialah EXCO Agama Kerajaan negeri YB Hj Malek Kassim ,Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam negeri Yb Salleh Man ,Yb Lee Hock Seng ,Pengetua Madrasah Al Aminiah Ustaz Hj Azamuddin Alang Hamzah dan para ibubapa dan tetamu .



Dalam ucapan tersebut Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri membantu sekolah agama rakyat bukan kerana ianya bersifat pekauman atau anti melayu sebagaimana yang di katakana oleh Bn.Menurut beliau sikap kerajaan negeri membantu adalah kerana di dapati kebanyakkan sekolah agama rakyat menghadapi kekurangan kemudahan dan tindakan kerajaan negeri di bawah YB Malek selaku Exco Agama kerajaan negeri ini adalah usaha permulaaan , malah kerajaan negeri juga menambah peruntukan sebanyak RM1. 7 juta pada tahun ini bagi membantu sekolah agama rakyat.



YAB Lim Guan Eng juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas usaha Sekolah Agama Rakyat Al Aminiah ini membina makmal sains kerana peruntukan yang di berikan di gunakan dengan telus dan beliau percaya usaha tanpa ketirisan ini membantu meningkatkan lagi kecermalangn sekolah agam dan juga slogan kerajaan negeri “CAT” iaitu ketelusan,akauntabiliti dan telus.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang di diberikan kepada sekolah agama rakyat di gunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya di gunakan tanpa sebarang kebocoran.maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan ngeri kepada sekolah agama rakyat” demikian jelas guan Eng lagi.

Sekolah agama rakyat ini juga , menurut Guan Eng telah menerima RM 300 ribu bagi membina banggunan baru dan juga makmal sains dan menurut beliau belum ada mana-mana kerajaan negeri yang membantu dan membina makmal sains di sekolah agama rakyat ini.

“Mungkin untuk bertanding dengan sekolah kerajaan yang serba lengkap kita tidak mampu namun dari segi semangat juang dan belajar kita percaya sekolah agama rakyat ini punya kekuatan tersendiri dan dengan bantuan sebegini kita berharap di masa akan datang akan lahir pemimpin seperti YB Sallehman dan lain-lain lagi ilmuan islam di negara kita”

Dalam ucapan penutupnya pula Yb Guan Eng menyampaikan sepatah ungkapan dari Omar Abdul aziz

“,Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya ,penolong bagi orang fakir .bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaaah. panduan bagi orang miskin”

Sementara itu Yb Salleh Man dalam ucapan alu-aluan juga menjelaskan bahawa, pihak Majlis agama Islam negeri turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat di sekat. Malah sekolah- sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah agama.

Kini kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan kperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.



Turut sama memberi ucapan dalam majlis tersebut ialah Yb Hj Malek Kassim yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Menurut YB Malek usaha kerajaan negeri ialah bagi membantu sekolah agama semampu mungkin dan akan membantu selagi terdaya.

Malah Yb Malek Kassim juga menjelaskan bahawa pruntukan kerajaan negeri dari Rm 1 juta bertambah setiap tahun dan pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menambahkan peruntukan dari 1. juta kepada 1.7 juta bagi membangunkan sekolah agama rakyat. Usaha ini akan berterusan lagi.

Persembahan oleh pelajar..


Mengikut jadual 'Majlis Perasmian' bermula pada pukul 2.30 petang dan ketika aku sampai pada pukul 2.30 petang Lim Guan Eng sedang menjamu selera..

Maknanya aku sampai bila majlis dah tamat.. kerana Lim Guan Eng dikatakan telah sampai di Sekolah Agama ini pada sekitar jam 2.00 petang..

Bagaimanapun terimakasih buat Wartawan Rasmi Laman Reformasi kerana sudi mengirimkan berita ini..

Anak Sungai Derhaka (Berita penoh)

`SIS HINA ISLAM; JAIS TETAP DENGAN PENDIRIAN TAK BERGANJAK

'SIS hina Islam', JAIS tak berganjak

Khutbah yang disampaikan setiap Jumaat di masjid seluruh Selangor adalah berdasarkan fakta dan berkisar isu yang berbangkit dalam masyarakat Islam termasuk isu sebatan syarie ke atas tiga wanita Islam yang dibidas oleh Sisters in Islam (SIS), kata seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Penolong Pengarah Perhubungan Awam Dan Penerbitan JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, khutbah Jumaat juga turut memfokuskan isu berkaitan masyarakat Islam yang timbul untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada umat Islam.

"Kalau benar-benar khutbah tersebut memberi kesan kepada mereka (SIS), terpulanglah kepada mereka untuk menilainya.

"(Tetapi) kita tulis (khutbah) berdasarkan fakta yang benar, apa yang berlaku dan ia perlu diperjelaskan kepada masyarakat Islam," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Mohd Hidayat berkata semua khutbah Jumaat perlu melalui proses tapisan dari sebuah jawatankuasa terlebih dahulu sebelum diluluskan dan dibaca kepada orang ramai di masjid seluruh Selangor.

Beliau mengulas dakwaan SIS semalam yang kesal dengan penyampaian khutbah Jumaat yang menuduh NGO Islam itu "menghina Islam".

Dalam kenyataan medianya semalam, jurucakap SIS, Rashidah Abdullah berkata tuduhan yang dibuat itu tidak berasas dan amat bercanggah dengan "prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara yang mendokong ajaran agama Islam kita sendiri."

Beliau berasa kesal tuduhan tersebut datang dari "pihak berkuasa agama negeri yang sepatutnya berperanan mendidik, membantu menyelesaikan masalah dan bersedia mendengar aduan dan kebimbangan dari kalangan masyarakat Islam".

Pada khutbah Jumaat yang bertajuk "Isu Menghina Sebatan Syarie" yang boleh dimuat turun dari laman web jabatan berkenaan membidas tindakan SIS yang mempertikaikan tindakan jabatan penjara yang melaksanakan hukum sebatan kepada tiga pesalah wanita Islam.

Isi kandungan khutbah sebanyak dua perenggan pada 12 Mac itu berbunyi:

"Tidak cukup dengan itu, malah apa yang malang sekali ialah orang Islam sendiri mempertikaikan hukum sebatan syarie ini . Pada 17 Februari 2010 lalu, satu kenyataan media oleh Sister In Islam telah diterbitkan di dalam laman web Sisters In Islam antara lain, Sister In Islam membidas tindakan jabatan penjara melaksanakan hukum sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi atau pilih kasih terhadap kaum wanita .

"Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Doktor Hamidah Marikan berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut seksyen 289 Akta Kanun Jenayah . Sisters In Islam turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat 3 wanita Islam tersebut".

Tuesday, March 16, 2010

ORANG ASLI AKAN BERHIMPUN DI PUTRA JAYA BESOK

Sekurang-kurangnya 1,000 Orang Asli dijangka berhimpun di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.

"Dalam konvensyen bersama JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) di Cheras baru-baru ini, mereka gagal jelaskan mengenai isu-isu tanah dalam dasar ini sebab itu kita hendak bantah," katanya Jenita ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya lagi, dasar berkenaan juga tidak memihak kepada Orang Asli dan tidak mewakili kemahuan golongan itu.

"Dasar itu menyatakan tanah seluas enam hingga lapan ekar sahaja diberikan kepada ketua isi rumah. Kita mahu semua tanah yang dbuka oleh nenek moyang kami sebelum ini diberikan milik kepada kami, bukan enam atau lapan ekar sahaja," katanya lagi.

Tambahnya, masyarakat itu juga ingin menuntut supaya sekatan-sekatan dalam dasar tersebut dimansuhkan bagi membolehkan mereka diberikan hak untuk memperdagangkan tanah berkenaan.

Perhimpunan esok dijangka menjadi perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lal


Sumber:

PENYALAHGUNAAN KUASA OLEH PEGAWAI KHAS MB PERAK


Hamdan Taha

Kerajaan UBN sudah disahkan dan berhak mentadbir negeri Perak, kepimpinan Pakatan Rakyat kini berusaha dalam menambahkan sokongan dan kepercayaan rakyat. Dalam kesibukan Kerajaan UBN untul mengembalikan dan meningkatkan sokongan rakyat jelata kepada mereka, secara diam-diam sudah tersebar surat layang yang melibatkan MB Perak serta orang kanannya.

Salah seorang pembantu kepada Zambry yang sudah pasti kita kenali dengan perwatakannya yang mudah tersenyum dan dalam masa yang sama mahir dalam memperlihatkan keseriusan dalam dirinya. Siapa yang tidak kenal dengan HAMDAN TAHA. Ya, Saudara Hamdan Taha yang pernah berjuang dengan Pakatan Rakyat dan akhirnya berhenti berjuang, Pada hikmat saya, terhentinya perjuangan dia, sudah pasti kerana kehendak tidak dapat dipenuhi. Kerana itu lah, dia berpaling tadah. Lebih menyedihkan, masih lagi diterima oleh UMNO.

Tidak cukup dengan meninggalkan Pakatan Rakyat, dia juga sering dilihat bercerita kepada orang ramai seolah-olah dia adalah orang yang bertanggungjawab malah berjaya membawa YB Kapt (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi ADUN BEBAS, Dia juga turut mengakui bahawa dia bertanggungjawab dalam menguruskan semua projek balak untuk kedua-dua ADUN tersebut.

Berbalik kepada surat layang yang diterima, Hamdan Taha digambarkan sedang berusaha membolot harta Perak untuk kepentingan peribadinya, Caranya, dengan mengutip duit-duit dari TOKEY CINA!!! Kini HAMDAN TAHA diberi gelaran NALLAKARUPAN di Perak. Kita tunggu dan lihat, sejauh mana Hamdan Taha akan terus berada di Perak bukan kerana perjuangan parti sebaliknya kerana perjuangan perut sendiri. Sama kita nantikan!

Sumber: Perak Reformasi



Haji Tempirai sepotong ayat daripada surah Yasin Ambil Iktibar bagaimana Rasulullah dapat meloloskan diri daripada dibunuh kaum kafir Quraish??


Haji Tempirai ini,bila terdesak baca pula sayat dalam surah Yassin, kononnya mengambil iktibar, peristiwa Rasullullah di kepung. Manthop betul orang tua ini berhujah nampaknya. Bila dah melompat saja baru nak berhujah, kononnya mengambil iktibar dari kisah Rasullullah berdakwah ke Taif. .



Malaysiakini melaporkan:


“Saya ingin mengambil iktibar daripada kisah Rasulullah berdakwah ke Taif. Baginda mendapat banyak tentangan sehingga dibaling dengan batu.

“Rasulullah bagaimanapun memaafkannya dan mendoakan kebaikan untuk mereka kerana mereka tidak tahu (baik-buruk perbuatan masing-masing),” katanya yang enggan mengkritik langsung pihak-pihak tertentu. - Malaysiakini

Sehubungan itu, tambahnya beliau mengambil keputusan tidak turun ke kawasan parlimennya dan menutup pejabat wakil rakyatnya buat sementara waktu

Mungkinkah Hj Tempirai ini akan menunggu penduduk Bagan Serai akan membaling batu kepada dia sebagaimana Rasullullah di baling batu semasa berhijrah ke taif, penduduk Bagan Serai bukan nya seperti keadaan di taif. Memang hebat orang tua ini..


“Insya-Allah, tidak lama lagi (beroperasi kembali). Saya rasa sudah makin kendur (bantahan orang ramai),” katanya kepada Malaysiakini. - Malaysiakini

Masakan penduduk Bagan Serai dapat mengendurkan keadaan dengan segitu mudah sahaja sebagaiman yang di harapkan oleh Hj Tempirai ini. Kita Saksikan nanti




10 ORANG PILIHAN TERSANGAT ISTIMEWA

Sepuluh Orang Yang Mayatnya Tidak Akan Reput dan Busuk


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:


1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :


"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu


Sumber: ASSALAM

Monday, March 15, 2010

DELIMA NAJIB: CUKAI RAKYAT ATAU HILANG UNDI

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.

Baca seterusnya disini



Sunday, March 14, 2010

PERKAHWINAN 1 MALAYSIA


Perkahwinan dalam Islam merupakan satu ikatan yang suci dan murni. Islam mengajar keutuhan institusi kekeluargaan dan pembentukan syaksiyah anak anak bermula dari pemilihan jodoh yang menepati kehendak syarak. Bermakna bermula dari pemilihan pasangan hinggalah kepada pelaksanaan majlis perkahwinan itu sendiri.

ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ

"Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali-Imran 3: Ayat 34)


Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

ثلاثة حق على الله عونهم المجاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد العفاف

"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).


Sayang bila kemuliaan perkahwinan yang dimulai dengan ijab dan qabul yang menyatukan kedua pasangan kemudiannya dicemari dengan agenda yang tidak sepatutnya..(Sini) di (Sini)

KEPADA KAMILAH KAMU SEMUA AKAN DI KEMBALIKAN - SURAH AL-ANBIYAA AYAT 35



Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 35).

Di dalam risalah yang bertajuk "Bainal Amsi Wal Yaum" (Di Antara Semalam Dengan Hari Ini) di bawah tajuk: "Ranjau-ranjau di jalan kita", Asy-Syahid Hassan Al-Banna menyatakan:

"Saya suka berterus terang kepada anda sekalian, sesungguhnya dakwah kami ini mesti belum dikenali oleh orang ramai. Pada hari mereka mengenalinya dan mengetahui matlamat dan objektifnya nanti, kamu pasti menerima penentangan yang hebat dan sikap permusuhan yang ketat. Kamu akan dapati di hadapan kamu berbagai kesusahan dan halangan yang akan menghalang kamu. Pada masa itu barulah barulah kamu mula menempuh dan mengikut jalan para pendukung dakwah. Adapun sekarang mereka tidak mengetahui lagi, kamu di peringkat awal dakwah dan anda tentu bersedia dengan apa jua cara yang dikehendaki oleh perjuangan dan jihad.

Kejahilan rakyat tentang hakikat Islam akan menjadi penghalang jalan kamu. Kamu akan dapati ahli-ahli agama dan ulama-ulama yang rasmi menjadi orang yang hairan dengan kefahaman Islam kamu dan tidak mengakui jihad kamu. Semua pemerintah akan bekerjasama menjadi penghalang di hadapan muka kamu dan setiap pemerintah itu akan cuba menyekat kegiatan-kegiatan kamu dan meletakkan halangan di jalan kamu.

Lanun-lanun ini juga akan berganding bahu di setiap jalan untuk menentang kamu dan memadam sinar dakwah kamu. Mereka akan meminta bantuan pemerintah-pemerintah yang lemah dan orang-orang yang akhlaknya rendah dan tangan-tangan yang sengaja meminta sesuatu dari mereka tetapi melakukan kejahatan dan permusuhan terhadap kamu.

Kamu akan dimusuhi dan dibenci. Semuanya akan berusaha menimbulkan keraguan serta melemparkan tuduhan-tuduhan yang zalim terhadap dakwah kamu dan menunjukkan kepada manusia dengan gambaran yang paling hodoh dan kotor dengan menggunakan kekuatan dan kekuasaan yang ada pada mereka. Mereka akan menindas dengan harta-benda dan kuasa mereka.

Allah s.w.t berfirman:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Yang bermaksud:

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
(Surah As-Saff, Ayat: 8).

Dengan ini kamu akan memasuki tingkat percubaan dan ujian di mana kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindahkan, dipencilkan, dirampas harta-benda kamu, disekat kerja-kerja kamu bahkan digeledah rumah-rumah kamu. Boleh jadi masa ujian yang bakal kamu hadapi ini panjang.

Allah s.w.t berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Yang bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Surah Al-Ankabuut, Ayat: 2).

Tetapi Allah telah berjanji kepada kamu selepas semuanya itu, iaitu kemenangan kepada para mujahidin dan ganjaran pahala kepada orang yang melakukan amal yang baik.

Firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ. تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ. يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ. وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ. يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ ءَامَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
(Surah As-Saff, Ayat: 10 - 14).

"Setelah memahami penjelasan demikian, apakah kamu akan tetap pendirian untuk menjadi penolong-penolong (pejuang-pejuang menegakkan agama) Allah?".


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak