Saturday, March 27, 2010

UMNO DAN MIC BEREBUT KERUSI HULU SELANGOR


Belumpun kering tanah bersemadinya Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, Umno dan MIC dilaporkan bergelut merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Portal The Malaysian Insider melaporkan Umno Bahagian Hulu Selangor mahu calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang, manakala MIC telahpun mencalonkan timbalan presiden G Palanivel.

Palanivel adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor dari 1990 sehinggalah beliau ditewaskan oleh Zainal dalam PRU12 2008.

Akar umbi Umno turut dilaporkan yakin Hulu Selangor adalah milik BN sekiranya bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon BN.

Masyarakat Melayu mewakili 53.9 peratus dari 60,000 pengundi, manakala pengundi Cina sekitar 26.7 peratus dan India 19 peratus.


TVSelangor.Com

Friday, March 26, 2010

HULU SELANGOR: PKR MASUK GEAR SATU MALAM INI


KUALA LUMPUR, 26 Mac — Mungkin ia diadakan secara kebetulan tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan program “Selamatkan Malaysia — Tolak Konspirasi Kedua” di bahagian Parlimen Hulu Selangor malam ini untuk “berkempen” sebelum kempen sebenar, dijangka bermula akhir bulan depan.

Program itu, sebahagian daripada kempen susulan kes liwat kedua dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya diadakan minggu lalu tetapi diubah ke hari ini dan akan berlangsung di Kuala Kubu Baru.

“Dan, ketika hendak adakan malam ini secara kebetulan Datuk Zainal telah meninggal dunia (malam tadi)... majlis ini akan diteruskan.

“Kami akan menjelaskan kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor apa yang telah dilakukan oleh PKR sejak 2008,” kata Pengarah Pilihan Raya Selangor Abdullah Sani ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

“Program ini sebenarnya sebahagian daripada usaha diambil oleh kami untuk mendekati pengundi-pengundi Hulu Selangor sejak selepas pilihan raya umum 2008,” kata beliau sambil menjelaskan, PKR sudah bersiap sedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan dengan mengambil kira Ahli Parlimennya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad uzur.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu menambah, pihaknya telah menubuhkan sekretariat petugas khas untuk menyelia pusat khidmat Hulu Selangor PKR dengan mempertimbangkan situasi bahawa Zainal kurang sihat dan tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ke atas Hulu Selangor.

“Jadi kami sudah bergerak dan mengadakan gerak kerja dari awal-awal lagi. Oleh itu saya lihat tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya kecil ini apabila diadakan,” kata beliau.

Anwar yang juga Penasihat PKR sendiri akan hadir pada majlis malam ini.

Zainal, 71, meninggal dunia di kediamannya di Batu 9½, Jalan Cheras, Kajang, kira-kira 9.27 malam tadi akibat barah otak.

Allahyarham memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket PKR dan pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam Umno.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan Exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengulas lanjut, Abdullah memberitahu pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas jentera pilihan raya Selangor untuk membincangkan strategi menghadapi pilihan raya kecil Ahad ini.

Bagaimanapun beliau memberitahu, mesyuarat khas itu tidak akan membincangkan soal bakal calon bagi kerusi itu.

“Soal calon kita serahkan kepada pucuk kepimpinan,” kata beliau di sebalik desas-desus Datuk Zaid Ibrahim kemungkinan diturunkan di sana.

Nama Zaid, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, disebarkan menerusi Internet sejak berita Zainal meninggal dunia muncul malam tadi.


The Malaysianinsider

Thursday, March 25, 2010

YIP TARIK BALIK PERLETAKAN JAWATAN - HANYA MELALUI SMS



Hanya dengan menigirmkan SMS sahaja YIP kekal sebagai ADUN, apakah senario disebalik penarikan balek perletakan jawatan ADUN tersebut. Semasa memohon untuk meletakan jawatan ADUN tersebut menulis surat rasmi, bila menarik balek perletak jawatan cukup dengan menghantar SMS terus di perakui


KANGAR: Ahli Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi Yip Sun Onn menarik balik perletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta melalui khidmat pesanan SMS.

Mengesahkan perkara ini, Speaker DUN Perlis, Yazid Mat berkata, beliau menerima pesanan itu semalam, kemudian menelefon Yip bagi mengucapkan terima kasih kerana menarik balik perletakan jawatan itu.

"Berikutan itu, tiada kekosongan bagi kerusi DUN Titi Tinggi," kata Yazid. Isnin lalu, Yip, 52, mengocak gelombang politik tanah air apabila menyerahkan surat perletakan jawatan, yang membuka jalan kepada pilihan raya kecil di adakan.

Mengikut laporan, beliau tidak berpuas hati kerana tidak dikekalkan sebagai ahli mesyuarat majlis negeri apabila penyusunan semula dibuat baru-baru ini.

Beliau digantikan oleh ADUN Indera Kayangan Dr Por Choo Chor, yang juga setiausaha MCA negeri.


Sumber freemalaysiatoday

KELAINAN KONSEP JON HEBOH DI KELANTAN

Kelainan Jom Hebah di Kelantan jadi teladan

Saya rasa ramai umat Islam mengalu-alukan usaha kerajaan Kelantan untuk membenarkan penganjuran JOM HEBOH di Kota Bahru bermula 26 hingga 27 Mac 2010 ini.

Sokongan umat Islam mungkin ada yang disebabkan memandang dari aspek hiburan atau perniagaan semata-mata. Bagi pengamat dakwah dan sosial Islam pula, penganjuran Jom Heboh di Kelantan yang penuh kelainan ini perlu dinilai sebagai indikator keanjalan Islam dalam meraikan hiburan dan kehendak massa tanpa mengabaikan peraturan syarak. Tahniah kepada kerajaan Kelantan yang mengutamakan agenda islah dan muslih dalam aplikasi pentadbirannya.

Jika di negeri lain Jom Heboh akan menjadi gelanggang hiburan tanpa batasan, namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan atas sebab mengelakkan mudarat dan kesukaran mengawal aurat dan sebagainya.

Konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit. Sebenarnya aplikasi pemisahan tempat duduk adalah antara cara termudah bagi mana-mana negeri di malaysia untuk menganjurkan program yang penuh bermoral dan beretika tanpa mebgira program agama atau sosial.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur Jom Heboh telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri iaitu Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri Kelantan.

Tambah menarik apabila Produk islamik berupa ubatan tradisional, perawatan Al Quran seperti Produk Tok Guru mengambil peluang juga untuk menjadi penganjur bersama. Nilai komersial yang berunsur dakwah terhasil apabila produk yang berlambangkan Guru agama, simbolik kepada institusi pondok dan Islam bersaing bersama jenama biasa lain dalam program ternama sebegitu.

Dakwah tadarruj (berperingkat dan berhikmah) yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukan perkara baru. Malah sejak penganjuran Konsert Mawi oleh kerajaan Kelantan, pengunjungan para artis dan selebriti ke Kelantan berjumpa sendiri dengan beliau menjadi satu fenomena baru. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya memecah tembok pemisah antara golongan seni dengan golongan ulama’. Inilah petanda sunnah dakwah Rasulullah berjaya diamalkan di Kelantan hasil kebijaksanaan dan kesabaran pemimpinnya.

SPAQ mengalukan lagi usaha sebegini dalam memartabatkan syariah sebagai penyelesai permasalahan masyarakat malah masyarakat tanpa mengira kaum boleh berpaut dengan syariah Islam di negara ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)


Ajijoi

Wednesday, March 24, 2010

YII SUN ONN PUNYA MARUAH DARI IBRAHIM ALI AND THE GANG


KANGAR, 23 Mac — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Perlis Yip Sun Onn (gambar) dari MCA-BN meletakkan kerusinya berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan wakil rakyat pertama dari BN berbuat demikian sejak pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan usaha sedang dibuat untuk memujuk beliau daripada melepaskan kerusi itu ketika ini dan mengubah keputusannya bagi mengelakkan pilihan raya kecil.

Keputusannya, dikatakan ada kaitan dengan rombakan exco Kerajaan Negeri minggu lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh memutuskan apa-apa selagi tidak menerima surat kekosongan daripada Speaker.

Ayid} UMNO cuba nak pujuk YB ini bagi mengelakan diadakan PRK berlaku . kaka kaka

The Malaysian insider - Baca lagi

Tuesday, March 23, 2010

KENAPA YB MIDAH MINAT SANGAT DENGAN SURAU TAMAN SONG CHOON


Taman Song Choon, Ipoh - Jika sebelum ini ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman bertindak menggunakan surau Al-Falah Taman Song Choon, Ipoh walaupun tanpa mendapat kebenaran dari AJK surau tersebut, kali ini beliau difahamkan sekali lagi cuba untuk menggunakan surau tersebut bagi tujuan politik beliau.

Salah seorang AJK surau Taman Song Choon memaklumkan bahawa wakil Yb Midah telah datang menemui salah seorang AJK surau tersebut untuk memaklumkan hasrat mereka namun ditolak mentah-mentah . Walaupun cuba dipujuk oleh Ketua Bahagian Umno Gopeng yang menjanjikan sumbangan seekor lembu dan wang ringgit , beliau tetap dengan pendirian bahawa AJK surau tersebut tidak akan membenarkan program tersebut diadakan di surau Taman Song Choon. Ini ekoran dari tindakan biadap umno yang menggunakan surau tersebut sebelum ini yang menggunakan surau bagi program politik walaupun tanpa kebenaran AJK surau.

Walaupun wakil umno cuba untuk mengatakan bahawa surau bukan milik PAS, AJK surau tersebut menyatakan bahawa walaupun surau itu bukan hak PAS,hanya orang PAS sahaja yang datang ke surau sedangkan ahli umno lebih gemar bersembang di padang. Ahli-ahli PAS juga komited memberikan sumbangan bagi menjayakan program kuliah yang diadakan hampir setiap malam di surau tersebut walaupun tidak mendapat bantuan walau satu sen termasuk dari jabatan agama sendiri.

Cadangan dari Yb Midah sendiri tidak dipersetujui oleh beberapa ahli umno di taman tersebut. Mereka mengatakan bahawa ahli-ahli umno "dipulau" oleh masyarakat sekeliling selepas tindakan umno menceroboh surau sebelum ini. Malahan ada di antara kenduri yang diadakan oleh ahli umno tidak dihadiri masyarakat setempat dan ada di kalangan mereka yang malu bergaul dengan masyarakat lantaran tindakan pemimpin umno kawasan terutamanya Hamidah sendiri yang tidak menghormati AJK surau.

Sebelum ini umno telah menganjurkan program memasak bubur assyura di surau tersebut walaupun tanpa kebenaran dan akhirnya program tersebut dipulau oleh masyarakat sekitar dan YB Hamidah terpaksa membawa ahli-ahli umno dari luar bagi memenuhkan kerusi-kerusi yang kosong. Mereka juga terpaksa menebalkan muka menghantar bubur lambuk dari rumah ke rumah selepas tiada masyarakat yang hadir untuk mengambilnya sendiri.

DPPKG - Hairan kenapa umno beria-ia sangat hendak menggunakan surau taman song choon sedangkan mereka boleh menggunakan banyak lagi masjid dan surau di sekitar DUN Sungai Rapat tanpa halangan.

DPP Gopeng

ANUAR TIDAK PEDULI KATA DUA BN, PERTAHAN KENYATAAN 1 ISRAEL

Merujuk kepada jawapan bertulis Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, yang mengakui bahawa “APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk memberikan perkhidmatan perhubungan awam secara total.”

Firma khidmat perhubungan awam itu bagaimanapun menafikan dakwaan Anwar,


KUALA LUMPUR, 22 Mac — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kenyataannya di Parlimen minggu lalu bahawa APCO Worldwide pernah menyediakan khidmat kepada pentadbiran bekas perdana menteri Israel Ehud Barak pada akhir 1990-an.

Ketika ditemui wartawan beberapa jam selepas kata dua Barisan Nasional (BN) agar menjelaskan kenyataannya dalam seminggu, Anwar berkata beliau akan memberikan penjelasan kepada Speaker Parlimen secepat yang mungkin.

“Saya akan memberikan penjelasan dan penjelasan saya akan berdasarkan respons perdana menteri pada 18 Mac,” kata Anwar (gambar) merujuk kepada jawapan bertulis Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, yang mengakui bahawa “APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk memberikan perkhidmatan perhubungan awam secara total.”

Pagi tadi Dewan Rakyat meminta Anwar memberikan penjelasan berhubung dakwaannya Rabu lalu bahawa konsep 1 Malaysia diciplak daripada inisiatif 1 Israel dan ia dirangka oleh APCO.

Firma khidmat perhubungan awam itu bagaimanapun menafikan dakwaan Anwar, menyebabkan BN mengambil langkah untuk merujuk Ketua umum Pakatan Rakyat itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya akan menjelaskan sebab APCO sebenarnya menyediakan khidmat di Israel pada masa itu,” kata beliau.

“Sebenarnya mereka dibayar untuk menafikan, tetapi biar saya berikan fakta,” kata Anwar mengulas penafian APCO.

“Tetapi saya juga akan meminta diberikan penjelasan siapakah APCO, berapa banyak dibayar dan apakah peranan dimainkan oleh APCO dalam khidmat komunikasi dan apakah nasihat diberikan kepada pelbagai kementerian khususnya kementerian-kementerian strategik,” katanya.

Anwar berkata beliau terpaksa isu pembabitan APCO kerana dituduh sebagai ejen Yahudi.

“Saya menimbulkan isu APCO bukan kerana mereka Yahudi tetapi saya dituduh sebagai ejen Yahudi selama 12 tahun tanpa menyediakan bukti,” kata Anwar.

Anwar juga berkata pada masa lalu kerajaan Malaysia pernah mendapatkan khidmat pelobi Jack Abramoff untuk memperbaiki hubungan dengan Washington.


Malaysian insider


Monday, March 22, 2010

ISLAM BUKAN AGAMA BERBENTUK RETORIK, SIMBOLIK ATAU MAJAZ



Pada zaman moden ini agama diambil sebagai simbol atau budaya semata-mata. Manusia akan menggunakan agama ketika ia perlu sahaja dan akan mencampakkannya apabila agama sudah tidak mendatangkan apa-apa keuntungan duniawi mereka. Islam hanya sebagai kulit atau tempelan semata-mata. Islam pada namanya sahaja tetapi pada hakikatnya mereka amat membenci, memusuhi dan menganggap Islam menyekat pembangunan negara dan kebebasan individu. Konsep ibadah juga telah disempitkan dan disalahertikan kepada ibadah-ibadah khusus ( Fardhu Ain ) semata-mata seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain. Contoh Islam sebagai retorik:

* Negara Islam: Negara Islam hanya pada namanya sahaja tetapi daripada segi perundangan, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan segala urusan di dalam negara tersebut masih lagi mengamalkan sistem jahiliah yang berkiblatkan sistem kuffar.

* Individu Muslim: Islamnya seseorang individu itu pada masa kini adalah terletak pada namanya sahaja seperti Ahmad, Abdullah, Mustofa dan sebagainya, tetapi hakikatnya ada di antara umat Islam pada ramai yang tidak solat, tidak tutup aurat, tidak pandai membaca al-Quran, tidak boleh mengucap dua kalimah sahadah, bergaul bebas, berzina tanpa menghiraukan batas-batas agama.

* Masjid hebat tersegam indah tetapi malangnya orang tidak mahu datang solat berjamaah di masjid walaupun Allah s.w.t telah menawarkan berbagai-bagai insentif akhirat kepada mereka. Masjid dijadikan sebagai tempat perlancongan di hujung minggu bersama keluarga untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sahaja. Imam, bilal dan AJK masjid sendiri pun tidak memahami peranan masjid yang sebenar. Cuba kita kaji masjid di Zaman Rasulullah s.a.w, masjid adalah pusat pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sebagainya, bukan khusus untuk solat sahaja.

* Perkahwinan juga banyak menggunakan Islam sebagai retorik seperti upacara akad nikah dilakukan di masjid sedangkan pengantin tidak pernah solat pun, mas kahwin sebuah al-Quran sedangkan si pengantin tidak pandai atau tidak pernah baca al-Quran. Selesai upacara akad nikah maka kenduri kahwin dihidupkan dengan lagu-lagu yang melalaikan, percampuran lelaki perempuan yang tidak terkawal, solat ditinggalkan kerana sibuk melayan tetamu. Tuan rumah pula pakai baju melayu dan tidak berganjak kemana-mana kerana mengharapkan tetamu yang datang dengan membawa wang. Kenduri kahwin bukan lagi satu majlis untuk mengumumkan perkahwinan tetapi telah bertukar menjadi satu perniagaan.

* Al-Quran hanya dilagu-lagukan sahaja tanpa mengetahui makna dan mengamalkanya. Ayat-ayat al-Quran digantung di dinding-dinding untuk tujuan perhiasan, menghalau setan, melariskan jualan dan perubatan sahaja tanpa dijadikan panduan dan amalan kehidupan. Orang yang hendak menegakkan al-Quran dan Sunnah dianggap sebagai golongan taasub agama dan pelampau.

* Majlis-majlis perpisahan atau tahunan dimulakan dengan doa selamat untuk memohon keberkatan dari Tuhan tetapi di dalamnya diselitkan dengan unsur-unsur hiburan yang tidak bersesuaian dengan Islam seperti nyanyaian dan tarian dengan alasan sekadar hiburan sambil makan. Budaya ini berterusan , tiada yang perasan dan melarang. Sedarlah wahai insan, berubahlah sekarang sebelum Tuhan turunkan balasan. Pada masa itu tidak guna lagi segala tangisan, kerana nasi sudah menjadi bubur, walaupun bubur masih lagi boleh dimakan.

* Sambutan hari-hari kebesaran Islam dijalankan dengan begitu meriah sekali. Contohnya Maulidur Rasul disambut di jalan-jalan , ada perarakan , ada pertandingan, ada yang kalah, ada yang menang, berapa kerat yang dapat pengajaran. Cintakan rasul bukan sekadar ditunjuk-tunjuk di tengah jalan tetapi ia perlu direalisasikan dengan ikutan, perbuatan , keimanan dan amalan bukan sekadar sorakan.Sekian, harap dapat pengajaran. Sebarang penambahan dialu-alukan.

By Saidi

LAGI KES BUANG BAYI DI LAPORKAN - KINI MASIH HIDUP


Bayi dijumpai ditempat pembuangan sampah

Malaysia kini menjadi satu tren pula yang tidak dapat di atasi, sebagai satu penyakit yang seolah-olah tidak ada jalan penyesaian nya itu kes buang Bayi. Akibat masalah sosial yang melampau serta pergaulan bebas tapa batasan, maka kelahiran anak luar nikah bercambah bagaikan cendawan tumbuh. Akibatnya jalan paling mudah bagi remaja tersebut membuat penyelesaian buang sahaja bayi tersebut mengikut selera mereka masing-masing

Terkini

IPOH — Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan sehelai kain dijumpai ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di sebuah pusat membeli belah di sini semalam.

Bayi yang baru dilahirkan itu dijumpai oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dan telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Timbalan Pengarah HRPB, Dr Raimi Goon berkata bayi yang cukup sifat itu telah dikejarkan ke hospital berkenaan selepas dijumpai oleh orang awam pada kira-kira 6 petang.

Beliau berkata bayi tersebut sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata polis telah menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menyiasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Kosmo

Sunday, March 21, 2010

LAPORAN POLIS BERAMAI-RAMAI TERHADAP ANWAR


Mereka akan membuat Laporan Polis secara marathon terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim, Akibat penbdedahan yang dibuat oleh YB yang melompat baru-baru ini di sidang Parlimen. Kita tunggu dan lihat saja dapatkah Dato Sri Anwar Ibrahim memecah rekod laporan Polis yang di dahului sekarang oleh YB Kapar Singh

Malaysian Insider melaporkan


KUALA LUMPUR, 21 Mac — Siri laporan polis yang pernah disaksikan sejak awal tahun lalu dijangka berterusan - kali ini membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berhadapan dengan serangan politik, ekoran pendedahan kononnya Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri sekiranya rancangan “16 September” menjadi kenyataan.

Pendedahan dakwaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang telah keluar Parti Keadilan Rakyat di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Pagi ini, Pemuda Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan dijangka membuat laporan polis agar Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar disiasat di bawah Akta Hasutan.

Ia dipercayai laporan polis pertama terhadap Anwar yang berhadapan dengan siri serangan politik sejak saban tahun.

Baca lagi


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak