Saturday, June 27, 2009

JUARA MANCING BULAN JUN 09 (MUSLIMAT)




Boleh gaya aje bang. Yang dapat bukan ikan kot. Teman tak mahu snap apa dia dapat nanti dia malu

CALON MANEK URAI


Seperti yang diramalkan seorang peniaga ikan yang juga AJK PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd. Fauzi Abdullah telah diumumkan sebagai calon PAS untuk N41 Manek Urai.

Pengumuman itu dilakukan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenatar tadi di dalam satu majilis yang dihadiri oleh pemimpim-pemimpin PAS Pusat dan negeri kelantan juga disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang turut bersama di dalam majlis berkenaan berserta Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Friday, June 26, 2009

HADIS HARI INI

Diriwayatkan dari Ahmad bin Abdullah bin A'bbas berkata: Sabda Rasulullah s.a.w :
" Aku melihat ke dalam Syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah orang-orang miskin dan apabila aku melihat ke dalam neraka maka aku dapati kebanyakan penghuninya adalah orang perempuan."

Catatan Saidi Muhd

Thursday, June 25, 2009

LIMA RAHSIA YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH MANUSIA

Lima Rahsia Yang Tidak Diketahui Oleh Manusia

Berkata al-Bukhari dari ibn Imran bersabda Rasulullah s.a.w:
" Lima perkara yang manusia tidak tahu kecuali Allah."

* Manusia tidak tahu apa yang akan berlaku hari esoknya.

* Manusia tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam rahim seorang ibu.

* Manusia tidak mengetahui bila dan di mana hujan akan diturunkan.

* Manusia tidak tahu tarikh kematian dan tanah perkuburan

* Manusia tidak tahu bilakah akan berlakunya khiamat.

PERINGATAN

Peringatan
Posted by saidi on Friday, June 19, 2009
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan kemarahan manusia, maka Allah akan mencukupkan baginya urusannya ( rezkinya ). Tetapi barangsiapa mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah , maka Allah akan serahkan urusannya kepada manusia."

Oleh sebab itu, kita sebagai hamba Allah tidak boleh menaruh harapan kepada manusia kerana manusia tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah orang lain. Hanya Allah sahaja yang akan menyelesaikan masalah kita. Sekiranya kita menghadapi masalah , kita hendaklah memohon pertolongan dan petunjuk daripada Allah dengan berdoa, berzikir, membaca al-Quran, sembahyang hajat dan lain-lain lagi. Selalulah kita mengamalkan membaca ayat seribu dinar sekiranya kita menghadapi masalah, semoga Allah akan menyelesaikan masalah dan memberi jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi. Mintalah pertolongan daripada Yang Maha Berkuasa. Rezki, ajal, jodoh dan tanah perkuburan telah Allah tetapkan bagi seseorang itu semenjak di Lauhul Mahfuz lagi.

By saidi muhd

Tuesday, June 23, 2009

Sunday, June 21, 2009

BAGUS PUNYA JELAWAT


Tu dia dua orang sahabat ini dapat ikan jelawat. Tak tahu yang mana satu dapat. Baju
merah ke Baju putih. Ini kalau usmgpg nampak tentu dia tak tahu nak katalah.
Ikan ni besar juga. Lokasi memancing rahsia

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak