Saturday, August 18, 2012

MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam - Malaysiakini

Ini apa macam punya ucapan ini,kalau ia betul kenapa perlu PAS keluar dari PR sendiri mau ingat lu huhuhu


MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam

  • Nigel Aw
  • 6:20PM Ogos 18 2012
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.

Nyanyuk Mahathir Semakin Menjadi-jadi. Cuma belum main taik aje lagi

56 tahun apa keroje UMNO jika tak dapat melaksanakan perundangan Islam. Kenapa perlu ajak PAS masuk 


kelambu UMNO ada 

nyamuk.



Wednesday, August 15, 2012

Lebih baik Nasha keluar PAS. Nik Aziz

Apa Lagi Lampu Hijau TGNA dah bagi, tak payah dok jaja PAS dalam TV lagi


Panas Mengelegak. Kalau bubuh telur boleh masak huhuhuhu


Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok. Ada berani

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama 

TV3 hari ini di 

mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal 

Ramadhan lalu 

beliau telah pergi ke sana.



Tuesday, August 14, 2012

Apa dah jadi dengan Mamat ini. Siap tersengeh lagi

Tengok betul-betul gambar di atas tu.. siapa yang sedang duduk tersengih disebelah Najib di Mekah itu??

Ketika pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah sibuk menjauhkan diri dari Najib kerana janji yang tak ditepatinya.. pemimpin kanan PAS ini sebaliknya pula.

Dah agak dah hihihi, tapi kali lambat sikit keluar kenyataan

Kaka kaka
Mungkin Tok Mufti ini tahu DAP akan banyak menang di Perak macam PRU 12 dulu

MCA dan DAP bangsa sama perbezaan nama parti sahaja huhuhu, apa macam?


Monday, August 13, 2012

SUKA TAK SUKA: Kemana condongnya Akhil Hayy sekarang ini?


 
Satu ketika dulu Akhil Hayy begitu glamour dan terkenal dengan dunia kumpulan rocknya,  Semua itu kisah dulu !  dan sudah berlalu.  Kini beliau sudah bertukar menjadi  seorang pendakwah bebas. 

Baru-baru ini beliau ada menyatakan rasa gusar atau susah hatinya terhadap fenomena  artis menyatakan diri mereka mahu berhijrah dan memilih PAS sebagai wadah perjuangan? Bob Lokman, Aishah, Sham Kamikaze,  Abby dan lain-lain sebagai contoh. Agak menghairankan kenapa beliau mempersoalkan fenomena ini,  sedangkan beliau sendiri pun pernah berceramah dipentas PAS satu ketika dulu.. 


Walaupun Akhil Hayy nampak hebat sekarang ni,  tetapi adalah tidak kena dan tidak wajar beliau menyatakan rasa tidak bersetujunya terhadap tindakan artis-artis berhijrah ini. Kita yang bukan ulamak ini pun tahu menilai!  Rasanya tak salah kalau artis menyatakan keinsafan dan bersedia untuk berubah disamping menyeru orang lain mengambil pengajaran dari kisah lalunya!

Menurut Akhil Hayy lagi beliau tidak bersetuju artis yang baru berhijrah ini bercakap soal agama, melainkan setelah mendalami Islam terlebih dahulu. Duhai Ustaz Akhil Hayy !  Nak mengajak orang ramai kearah kebaikan dan bercakap hal-hal ringan mengenai agama, takkan lah sampai memerlukan diploma atau atau ijazah,  atau tamat pengajian pondok kut?  Ustaz orang berilmu,. Janganlah sempitkan pemikiran ustaz!!

Perkara kedua,.yang ustaz Akhil Hayy khuatir ialah,..takut artis tersebut diperalatkan oleh parti politik ! Parti politik mana yang Akhil maksudkan?. Bukankah beliau sendiri pernah berceramah di pentas PAS di awal kebangkitan semangat REFOMASI dulu? Apakah Ustaz ada pengalaman pahit semasa berceramah di pentas PAS?

Berbalik kepada  isu artis mahu berhijrah !  Kita pernah mendengar alim ulamak ada berkata"sampaikanlah ilmu walaupun sepatah ayat".  Apakah Akhil Hayy dah lupa kalimah ini yang beliau sendiri pernah menyebutnya? Sepatutnya perubahan atau penghijrahan artis-artis dari hidup ala-ala jahiliah kepada kehidupan Islam sebenar disokong sepenuhnya!  Bukan dipertikai atau diperlekeh !! Memang banyak kebaikannya bila artis bercerita pengalaman buruk mereka yang lalu dan menyatakan keinginan untuk berubah.  Semoga orang lain akan mengambil pengajaran darinya,..  salahkah? Lagi pun mereka bukan bercakap tentang hukum hakam secara lebih dalam. Mereka pun tahu belum ada kelayakan. Justeru Akhil Hayy tak perlu resah atau bimbang dengan kemasukan artis kedalam parti politik terutamanya parti PAS.

Tentang siapa peralatkan siapa, itu tak perlu dipersoalkan,. kerana sudah menjadi lumrah,…dalam hidup ini, kalau ada dua atau tiga pihak,   sudah tentu masing-masing saling memerlukan dan saling membantu. Dan bila sudah berkerjasama tidak timbul lagi soal diperalat atau menjadi alat. Yang penting matlamat murni yang hendak dicapai dan dan kehidupan sebenar yang dituntut oleh Islam ! Jadi, Islam dan politik,memang tak boleh dipisahkan.  Kedua-duanya saling memerlukan !  Dan jika ada ramai lagi artis beragama Islam yang ingin berpolitik berlandaskan Islam dan berjuang untuk menegakkan Islam, amatlah dialu-alukan.

Akhir sekali kita tertanya-tanya,.. dalam arus politik tanah air hari ini dimana kedudukan Uztaz Akhil Hayy? Apakah beliau sudah berada sebaris dengan Amy Search?, Awi? Atau AC Mizal? yang kita sedia maklum mereka ini adalah penyokong kuat Umno !. Atau adakah beliau telah dihanyut oleh dunia glamour seperti di zaman rocknya dahulu?. 

Oleh : rahimothman

Sunday, August 12, 2012

Marah Nampak: Keluar Parti, Katak akan terima katak: Nazri huhuhu

سُوۡرَةُ الشُّعَرَاء
فَأَلۡقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ (٤٥) فَأُلۡقِىَ ٱلسَّحَرَةُ سَـٰجِدِينَ (٤٦) قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٤٧) رَبِّ مُوسَىٰ وَهَـٰرُونَ (٤٨) قَالَ ءَامَنتُمۡ لَهُ ۥ قَبۡلَ أَنۡ ءَاذَنَ لَكُمۡ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِى عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحۡرَ فَلَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ‌ۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَـٰفٍ۬ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ (٤٩) قَالُواْ لَا ضَيۡرَ‌ۖ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ (٥٠) إِنَّا نَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَـٰيَـٰنَآ أَن كُنَّآ أَوَّلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٥١)







follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak