Liwat II: Kondo dilawati, Saiful dipanggil semula
Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas lawatan pihak peguambela ke kondominium Desa Dammansara di Kuala Lumpur.
Peguamnya, Karpal Singh, sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.
Selasa lalu, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.
Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit.
Pakar forensik dari Australia, Dr David Wells yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi tidak datang bersama dalam lawatan itu.
Dia diterbangkan ke mari untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.
Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia- Malaysiakini
No comments:
Post a Comment