Friday, June 4, 2010

LIWAT II - Laporan kimia: Penetrasi berlaku, 2 DNA dikesan

Seorang pakar bedah dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bahawa laporan kimia ke atas sampel yang diambil dari dubur bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menunjukkan berlaku penetrasi.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Dr Mohd Razali Ibrahim berkata analisis makmal menunjukkan kehadiran DNA dua lelaki.

Dr Mohd Razali, iaitu saksi pendakwaan kedua selepas Mohd Saiful, berkata semasa beliau dan dua lagi doktor menyiapkan laporan klinikal mereka pada 13 Julai 2008, tiada sebarang pendapat konklusif dibuat mengenai penetrasi seperti yang didakwa oleh mangsa memandangkan laporan itu disediakan tanpa analisis sampel daripada Jabatan Kimia.

Dua lagi doktor ialah pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan, dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.

Pakar forensik Australia, Prof Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, yang dilantik oleh pasukan Anwar, hadir di mahkamah hari ini.

Semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Dr Mohd Razali diminta membacakan laporan kimia itu buat kali pertama di mahkamah.

"Melihat kepada keputusan laporan ini, sejarah kes daripada Mohd Saiful, saya dapat mengatakan secara konklusif sekarang bahawa terdapat penetrasi yang konsisten dengan apa yang diberitahu oleh mangsa kepada mahkamah ini bahawa bahan pelincir digunakan semasa insiden itu dan ini mengakibatkan tiada kecederaan ditemui pada duburnya," kata Dr Mohd Razali.

Bilik khas

Anwar, 63, Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Terdahulu, Dr Mohd Razali, 37, yang bertugas dengan Jabatan Pembedahan HKL, berkata beliau menerima panggilan telefon pada 28 Jun 2008, mengenai kes itu dan diberi taklimat sebelum beliau mula memeriksa dubur Mohd Saiful.

Pemeriksaan itu dikendalikan dalam sebuah bilik khas di hospital berkenaan dengan kehadiran pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.

Beliau berkata Dr Siew telah membantu beliau mengumpul empat sampel dengan dua daripadanya diambil dari rektum atas, satu dari rektum bawah dan satu lagi dari kawasan peri-anal.

"Saya menyerahkan kesemua sampel itu kepada Dr Siew sebelum dihantar ke Jabatan Kimia," kata Dr Mohd Razali.

Disoal selanjutnya oleh Mohamed Yusof mengenai sebab bahan pelincir digunakan semasa pemeriksaan itu, Dr Mohd Razali berkata ia adalah prosedur normal dan juga bagi mengelak sebarang kecederaan selanjutnya.

Saksi pendakwaan kedua itu turut memberitahu mahkamah bahawa liwat juga boleh berlaku tanpa mengakibatkan apa-apa kecederaan.

"Bagaimanapun, dalam kes ini, bahan pelincir digunakan dan sebab itulah kami tidak menemui sebarang kecederaan pada bahagian luar atau dalam dubur Mohd Saiful," jelas Dr Mohd Razali.

Air mani

Analisis makmal ke atas sampel itu yang dijalankan pada 11 Julai 2008 mendedahkan perkara berikut:

* tiada alkohol dan dadah lazim lain yang dapat dikesan dalam sampel darah pesakit,
* kehadiran air mani pada kapas kesat B5, B7, B8 dan B9 (sampel yang diambil oleh Dr Mohd Razali),
* tiada sumber asing DNA daripada kapas kesat yang diambil,
* campuran jenis DNA lelaki daripada kapas kesat B5,
* jenis DNA lelaki daripada dua individu daripada kapas kesat B7, B8 dan B9.

Pemeriks

aan dubur Mohd Saiful menunjukkan tiada parut atau rekahan pada kawasan luar dubur atau sebarang tanda kecederaan terbaru.

Pertikaman lidah turut berlaku antara pihak pendakwaan dan pembelaan apabila Dr Mohd Razali pada mulanya memberi keterangan dalam bahasa Malaysia, menyebabkan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, mengadu bahawa Wells akan berdepan kesukaran untuk mengikuti prosiding, tambahan pula laporan klinikal dibuat dalam bahasa Inggeris.

Mohamed Yusof berkata terpulang kepada saksi untuk memberi keterangan dalam apa jua bahasa yang beliau selesa dan ini menyebabkan Mohamad Zabidin menangguhkan prosiding untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu.

Apabila perbicaraan disambung semula, Dr Mohd Razali memberi keterangan dalam bahasa Inggeris.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga pagi esok untuk membolehkan peguam yang mewakili Anwar berbincang dengan Wells.

- Bernama

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak