Friday, June 4, 2010

Anti Israel : Pemuda BN jangan buat demo Masjid Negara, mari ke kedutaan AS



Herman Samsudeen

Perkasa dan hampir ke semua NGO mengesahkan akan bersama-sama Pemuda PAS-Pakatan berarak dari Masjid Jamek ke Kedutaan US hari ini. Sebagai usaha menunjukan sokongan penuh rakyat Malaysia, saya menyeru pemuda BN untuk turun di Kg. Bharu, bukan di Masjid Negara dan kita sama-sama berarak ke Kedutaan AS.

Isnin baru-baru ini Khairy sudah bersetuju mahu bersama dalam himpunan NGO dan pemuda Pakatan demi menunjukan kesepaduan rakyat Malaysia dalam isu Palestin ini.

Tapi entah kenapa, tetiba Pemuda BN buat di Masjid Negara. Isnin lepas mereka demo kat bangunan PBB. Adakah pemuda BN takut nak demo depan kedutaan Amerika! Hari ini pun mereka tidak mahu pergi ke kedutaan Amerika!

Saya mengajak pemuda BN tunjukkan soladariti mereka dalam isu ini bersama majoriti rakyat. Jangan pencilkan himpunan anda di Masjid Negara sahaja. Mesej kita harus sampai kepada wakil Amerika-Israel di Kedutaan AS.

Adakah tindakan mereka hari ini ada kena mengena dengan dasar Kerajaan yang mengunakan khidmat APCO. Pemuda BN harus serius dan berani tunjukan bantahan.

Ayuh! bersama kami. Ini bukan pentas politik. Ini pentas kemanusian dan Palestin. Kami akan beri ruang kepada semua untuk berucap termasuk Ketua Pemuda BN, Khairy. Beliau tidak perlu malu kerana Pengerusi BN tak nak turun demo hari ini macam Presiden PAS, PKR dan DAP.

Sekali lagi saya ingatkan, Ini bukan pentas Politik. Kita bukan nak tunjuk hebat masing-masing, bukan nak tunjuk siapa ketua paling hebat. Ini hanyalah demontrasi soladariti kemanusiaan untuk Palestin. Hancur Israel!!!

Herman Samsudeen,
Sekretariat Mobilisasi,
Demontrasi Anti Israel 2010.

Harakahdaily

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak