Sunday, May 30, 2010

BERANIKAH ZAMRY MENGIKUT LANGKAH GUAN ENG - HARAMAKAN JUDI DI PERAK


Guang Eng..anda memang berani..dulu masuk penjara kerana pertahankan kesucian seorang gadis dirogol oleh pemimpim UMNO. Sekarang ini pula rela dipenjara kerana pertahankan kesucian agama islam dan moral..memang tak syak lagi, rakyat Malaysia tak kisah jika Timbalan Perdana Menteri II diberikan kepada pemimpin Cina, jika ada pemimpin seperti Lim Guang Eng ini..


Sinar Harian melaporkan


IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir digesa supaya mengotakan kenyataannya bahawa judi itu adalah haram dengan mengeluarkan arahan segera kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melarang judi bola sepak di premis Kerajaan Tempatan.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat (PR), Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata, jika benar Zambry serius mengharamkan judi, seharusnya beliau mengeluarkan arahan kepada Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah seluruh Perak untuk melarang judi bola sepak sebagaimana dilaksanakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang merupakan negeri pertama PR berbuat demikian.

Katanya, Guan Eng mengeluarkan arahan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan kepada pengendali loteri berhubung langkah baru Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Begitu juga di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan, bermula Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selasa lalu, kemudian Majlis Perbandaran Selayang (MPS), diikuti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Ini membuktikan betapa seriusnya Kerajaan PR membanteras kegiatan judi daripada berleluasa dan dalam masa yang sama menghormati orang Islam negara ini,” katanya melalui kenyataan bertulis kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Khalil berkata, beliau percaya rakyat negeri ini ternanti-nanti bilakah Kerajaan Negeri akan melakukan tindakan yang sama selaras dengan kenyataan Zambry sebelum ini yang mengatakan judi itu haram.

Menurutnya, segala langkah yang baik oleh Kerajaan Negeri mestilah didukung oleh semua pihak.

“Jadi, saya menggesa 24 Sekretariat Parlimen PR seluruh Perak menghantar memorandum kepada semua PBT masing-masing bagi mendesak mereka untuk menangguh pemberian lesen kebenaran untuk judi bola sepak beroperasi di kedai loteri sedia ada.

“Ia perlu dibendung segera kerana jika tidak akan menjadi barah kepada masyarakat hari ini khususnya orang Islam,” katanya.

Sinar

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak