Saturday, February 5, 2011

PAS Setuju Nik Aziz Dialog Dengan Majlis Fatwa




KUALA LUMPUR 5 FEB : PAS menyokong penuh kesediaan Mursyidul Am PAS Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sekiranya majlis itu mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini,kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

"Kalau boleh biarlah disiarkan secara langsung supaya orang ramai menjadi hakim dan boleh buat penilaian antara dua pihak," katanya yang dipetik Harakah Daily.

Umno, katanya, bolehlah mengumpul ulamak yang ada dalam parti itu untuk turut serta supaya selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS.

Bagi beliau, tindakan yang diambil oleh Tuan Guru Nik Aziz menepati dengan sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran.

"PAS yakin dengan kemampuan Mursyidul Am dari segi keilmuan dan amalan yang memang telah teruji dan terbukti.

"Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah," tambah Idris.

Kata beliau, selama ini pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.

Malangnya, tambah beliau, segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik.

PAS mengharapkan kesediaan Tuan Guru Nik Aziz untuk berdialog akan disambut dengan baik, jangan pula sampai waktu dan ketika maka diumumkan anak bulan tidak kelihatan, maka dialog dibatalkan, katanya lagi bimbang.

TVS NEWS

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak