Thursday, February 3, 2011
Yaman mula bergolak, rakyat turun berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap pimpinan Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh
SANAA, 3 Feb 11: Lebih 20,000 rakyat Yemen membanjiri jalan-jalan utama di ibu negara Sanaa hari ini, menamakan himpunan sebagai “hari berang” sambil menuntut perubahan segera dalam kerajaan dan menganggap tawaran Presiden Ali Abdullah Saleh semalam untuk berundur pada 2013 tidak cukup.Protes di kawasan-kawasan lain di Yemen juga dijangkakan selepas ini, mirip perkembangan di negara utara Afrika, Mesir. Ali Abdullah juga seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak memerintah negara itu lebih tiga dekad.
Hosni berhadapan dengan protes aman, berlarutan sejak 10 hari lalu tetapi bertukar menjadi ganas semalam dan mengorbankan lima orang. Penyokong-penyokong Ali Abdullah memandu di sekitar ibu negara sambil menggunakan pembesar suara menggesa kumpulan prokerajaan agar turun untuk berhadapan dengan puak berdemonstrasi – suasana yang disaksikan di Mesir sejak semalam.{Reuters}
Azhan: 3 buah negara Islam mengalami krisis, rakyat memberontak menolak kerajaan yang zalim. Jika dilihat sejarah kepimpinan Ali Abdullah dan Husni Mubarak, mereka memerintah hampir 3 dekad. Apakah rakyat memberontak besar2an kerana Presiden memerintah terlalu lama?
Mohamadazhan HjDesa:
No comments:
Post a Comment