KUALA LUMPUR, 1 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan masalah itu berpunca daripada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.
“Cara mudah, ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka,” kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.
Dalam kebanyakan ucapannya sejak Mac 2008, Dr Mahathir mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga dan kuasa politik semakin mengecil dan tidak menolak kemungkinan akan menjadi macam orang Melayu Singapura.
Beliau juga menyifatkan usaha menyatupadukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan, Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum Pakatan Rakyat untuk ke arah itu.
“Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. Anwar dengan dasarnya untuk sampai ke Putrajaya dan Nik Aziz adalah seorang ‘opportunist’. Tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka,” katanya dipetik Bernama.
Dr Mahathir berkata dalam keadaan kepercayaan kepada Umno juga goyah, orang Melayu kini diletakkan dalam keadaan serba-salah untuk memilih parti yang boleh dipercayai, justeru menyifatkan kaum Melayu kini dalam “Malay Dilemma 2”.
Beliau berkata demikian pada wacana “Kaum Melayu dan Masa Depan” anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.
Justeru, kata bekas perdana menteri, Nik Aziz rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.
“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.
“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.
Menyentuh mengenai isu ketuanan Melayu, Dr Mahathir secara sinis berkata orang Melayu tidak perlu untuk terus mendakwa diri mereka sebagai “Tuan” jika mereka sebenarnya hanya merupakan “kuli” kepada orang lain.
Menurutnya kata-kata “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” perlu dinilai semula agar dapat ditentukan apakah generasi Melayu yang sebenarnya yang mahu dikekalkan.
“Kita harus tanya Melayu bagaimana yang kita tidak mahu hilang dari dunia ini . . . yang kita mahu ialah Melayu yang tidak hilang ialah Melayu yang gagah, kaya, ada ilmu, cekap dalam perniagaan, pengurusan dan sebagainya,” katanya.
The Malaysian Insider
3 comments:
hakikatnya, islam nasionalis melayula yang mengajar supaya jangan berpegang sangat kpd ajaran islam, tengoklah kehidupan nasionalis2 & keluarga mereka!
Baguslah tu. Nanti bila Che Det, jangan lupa simpan dia kat Tanah Perkuburan Melayu atau Kerling dan bukan Tanah Perkuburan Islam.
Kasihan melihat orang tua yang dah nyanyuk ni. Hari dah senja masih bercakap mengenai sesuatu yang dibenci Allah swt. Bukankah semua umat dunia ini cucu Tok Adam? Mungkin Che Det ni cucu Hang Dir kot.
Mula2 Yong nak tanya: Sejak bila pulak mamak ni jadi Melayu?
Mengikut sejarah Semenanjung Malaysia ni dulu namanya Semenanjung Tanah Melayu. Ia sinonim dengan penduduk majoritinya Malayu. Sama macam England sinonim dengan English, Ireland - Irish, China -Chinese, Denmark - Danes etc. etc. Bangsa yang menduduki wilayah2 itu mengamalkan adab, adat dan budaya tertententu, termasuk bangsa Melayu.
Adekah adab, adat dan budaya itu menjadi amalan mamat ni dan gerombolannya? Perhatikan perangai kebanyakan anak2 gerombolan ni, adekah kelakuan mereka mirip adab, adat dan budaya Melayu?
Semenanjung Tanah Melayu tiba2 bertukar jadi Semenanjung Malaysia. Raja2 Melayu dibuang kuasanya. ANGKARA SIAPA KAH SEMUA INI? Bukankah ini kerja gerombolan yang kini kununnya menjadi pejuang ketuanan Melayu?
England, Ireland etc. tak pernah tukar label, walaupun rakyatnya sudah berubah menjadi berbagai2. Tak perlu perubahan label, kerana yang penting ialah hati nurani. Tapi tahukah gerombolan ini apa erti hati nurani?
Sudah terlambat bagi mamak dan gerombolan untuk mandabik dada kunun jadi pejuang ketuanan Melayu kerana merekalah yang telah menghancurkan orang Melayu.
Post a Comment