Thursday, February 3, 2011

Golongan Intelektual Islam Perlu Tampil Untuk Redakan Perpecahan Melayu - Rais


JELEBU, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta cerdik pandai dalam bidang agama Islam supaya tampil ke depan untuk menangani masalah perpecahan bangsa Melayu yang semakin kronik hari ini.

Golongan cerdik pandai ini tidak perlu takut dikecam oleh golongan ulama dalam sesebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, katanya.

"Mereka tidak perlu khuatir untuk menyuarakan pandangan bahawa mereka ini bukan mursyidul am. Golongan pensyarah dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ahli dalam agama pun layak memberikan pandangan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Tahun Baru Cina di rumah anggota Exco Negeri Sembilan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chennah Datuk Siow Chen Pin di Taman Bukit Kempas, Titi dekat sini, Khamis.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa realiti perpecahan bangsa Melayu pada hari ini hanya disebabkan kerana perbezaan politik mereka.

Rais berkata, keadaan perpecahan ini diburukkan lagi dengan tafsiran yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang bertaraf ulama seperti Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat banyak memberikan kenyataan yang bertentangan dengan seruan perpaduan yang dikehendaki oleh Islam.

"Keadaan seperti ini tidak harus berlaku. Tetapi berapa ramai yang berani menyanggah Datuk Nik Aziz?," soalnya.

Tidak ramai yang mahu menyanggah beliau tetapi ramai pula yang sanggup menyokong kenyataan Nik Aziz yang ternyata sangat berlawanan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam dan ini memburukkan lagi keadaan, katanya.

Beliau berkata, golongan ulama dalam Umno juga tidak boleh berdiam diri dengan perkembangan ini.

"Umno kita mempunyai cukup ramai alim ulama, lepasan Universiti Al-Azhar, imam, kadi dan lain-lain. Ulama dan intelektual Islam di luar Umno dan parti politik juga bebas memberi pendapat dan pandangan," katanya.

Rais berkata, apa yang berlaku terhadap orang Melayu hari ini kebanyakannya berpunca daripada salah tafsiran mengenai agama dan perjuangan mereka.

Bernama

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak