Thursday, February 3, 2011

Kronologi Terkini Krisis di Mesir




(masa yang dinyatakan adalah mengikut waktu Mesir, Malaysia awal 6 jam)

Kebangkitan rakyat Mesir memuncak semalam apabila dilaporkan lebih 8 orang terbunuh manakala lebih 1000 orang cedera. Ikuti laporan langsung yang dipetik melalui sesawang al jazeera.

10.22 am
– Laporan dari doktor di Tahrir Square mengatakan lapan lagi telah terbunuh lewat malam tadi.

10.30 am – Al Jazeera menyiarkan video rakaman dari Tahrir Square.

10.15 am – Penunjuk perasaan di Tahrir Square di Kaherah dilihat memukul penentang pihak lawan sebagai pertembungan berterusan yang berlaku antara pro dan anti Mubarak pada hari kedua mereka.

10.13 am – Robert Fisk mengatakan jalan sepanjang di Kaherah dilimpahi darah dan ketakutan

10.11 am – 62 hak organisasi manusia Mesir memberi amaran terhadap keganasan dalaman berhubung desakan terhadap Presiden Mubarak untuk tinggal di pejabat. Organisasi mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa mereka mengesyaki keseriusan dari apa yang diumumkan Mubarak kerana ia bertepatan denganserangan di Tahrir Square.

9.44 am – Tiada rundingan yang akan dilakukan dengan ahli rejim Mubarak selagi Mubarak tidak berundur

9.43 am
– Jurucakap Persatuan Kebangsaan Mesir (Egyptian National Association for Change), yang dipimpin ElBaradei, Hamdy Kadil berkata kepada Al Jazeera bahawa Mubarak secara peribadi akan bertanggungjawab sekiranya ‘pembunuhan’ lain berlaku di Tahrir Square.

9.36 am – Penunjuk perasaan anti-kerajaan mengatakan usaha mereka untuk menggulingkan Presiden Mubarak semakin kukuh sehingga mencetuskan kekerasan yang mengakibatkan lima nyawa terkorban. Ratusan penduduk telah berkemah di Tahrir Square walaupun rusuhan sedang berlaku.

9.33 am – Gerakan Mesir menyeru tentera melindungi penunjuk perasaan yang tidak bersalah.

9.06 am – Penentang Mubarak telah mengubah nyanyian mereka dengan berkata mereka mahukan presiden itu mati digantung atau cuba digantung.

9.04 am – Pro-Mubarak merancang untuk kembali ke Tahrir Square dengan jumlah pengikut yang lebih besar (laporan dari salah seorang penerbit Al Jazeera di Kaherah)

8.55 am – Menteri Kesihatan Mesir, Ahmed SamihFarid mengesahkan lima orang terbunuh dalam serangan keganasan di Tahrir Square, Kaherah. Beliau mengatakan sebahagian besar mangsa korban adalah disebabkan terkena balingan batu dan objek keras seperti batang logam dan kayu. Keseluruhan mangsa yang dihantar ke hospital adalah seramai 836 orang, di mana 86 daripadanya masih dirawat dan lima daripadanya dilaporkan terkorban.

8.42 am – Televisyen kerajaan Mesir mengatakan lima orang terbunuh dan lebih 800 yang tercedera semalam di Tahrir Square.

8.35 am – Aktivis anti-kerajaan, Alaa Abdel Fattah memberitahu Al-Jazeera beliau tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini, tetapi jika rakyat bersedia mati untuk itu, beliau yakin mereka tidak dapat dikalahkan.

8.08 am – Demonstrasi anti-kerajaan dan penyokong Presiden Mubarak terus melemparkan batu antara satu sama lain sebaik matahari terbit di Kaherah.

8.02 am – Menurut majalah Foreign Policy, apa yang dilaporkan Al Jazeera adalah bertentangan dengan propaganda autokrat Arab.

7.46 am – Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat mengulangi peringatannya kepada warganegara AS di Mesir

7.37 am – Ratusan penunjuk perasaan anti-kerajaan membuat perjalanan ke Tahrir Square untuk hari ke-10 demonstrasi menentang Presiden Mubarak.

7.29 am
– Tentera Mesir menahan beberapa penunjuk perasaan di Abdel Munim Riyad di Kaherah. Tiada maklumat jelas tentang asal-usul penentang yang ditahan.

7.24 am – Aktivis hak asasi manusia, Ramy Raoof memberi video terkini tentang suasana di Kaherah menerusi rakaman telefon bimbit yang disiarkan melalui laman web Bambuster.com.

7.15 am – Amerika Syarikat meminta warganya untuk segera meninggalkan Mesir

6.42 am – Tebusan di Tahrir Square berterusan, lima dilaporkan terbunuh.

6.05 am – Gambar secara langsung penentang membaling bom Molotov berdekatan Tahrir Square disiarkan di Al Jazeera

6.03 am – Seorang penunjuk perasaan cedera ditembak di kepala, namun disahkan masih hidup oleh doktor yang bertugas sebelum dirawat di hospital. Doktor mengesahkan tembakan tersebut datang dari penentang pro-Mubar dan bukannya tentera. Salah seorang penentang mengatakan enam orang telah terkorban hari ini, namun doktor pula mengesahkan empat yang terkorban.

TVS NEWS

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak