Monday, April 26, 2010

TAK SOKONG BN PERLU DIHUKUM = IBRAHIM ALI

Jika BN mahu pukulan KO untuk PRU 13 bolehlah mengikut kata-kata Ibrahiam Ali, implikasai ini akan menjadi realiti pada PRU 13 kita sama-sama tunggu nanti

Perkasa Mahu Orang Cina 'Dihukum'

Gerakan Perkasa mahu kerajaan menahan semua bentuk peruntukan dan projek-projek pembangunan yang diluluskan kepada masyarakat Cina Hulu Selangor kerana enggan menyokong Barisan Nasional.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata meskipun BN menang dalam pilihanraya semalam, tetapi pengundi Cina meninggalkan gagasan itu dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN," kata Ibrahim dalam satu kenyataan mengulas keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Ibrahim, yang mendakwa dirinya Ahli Parlimen Bebas, juga menuntut kerajaan menolak sebarang tuntutan dari parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan, kerana masyarakat Cina tidak mensyukuri nikmat yang diberikan kerajaan BN pimpinan Umno.

"Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera," tegasnya.

TVSelangor

3 comments:

zack said...

sejak merdeka lagi kita ditipu..sampai ekonomi pun mereka control...ramai melayu yang buta pasal benda nie..mereka bersatu,kita makin berpecah pasal duit dan kuasa..pemimpin melayu xpernah pikir masa depan melayu itu sendiri...

I help you, you help me wakakaka... said...

Dia ingat duit dari kera jaan tu duit bapak dia puny agaknya.

Siapa yang memerintah lama diMalaysia ni dia lah yang bertanggungjawap diatas kegagalan orang melayu.

Tidak menyampaikan maklumat yang betul sama sekali tidak mengembangkan minda rakyat untuk maju kehadapan.

Jangan salahkan bangsa lain diatas kegagalan kita.

Mohamadazhan.com said...

orang mcm dia ni la susah nak buat perubahan. masih berfikir cara kuno dan ketinggalan.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak