Sunday, April 25, 2010

JAIS SAHKAN HASSAN ALI BACA SELAWAT NABI MUHAMMAD SAW

Mengenai bacaan selawat yang menjadi rukun sah khutbah dan sembahyang Jumaat, beliau berkata pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan anggota jawatankuasa (AJK) masjid terbabit yang hadir mengesahkan bahawa beliau ada membaca selawat itu.


"Terdapat juga tuduhan yang menyatakan saya terlupa untuk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam khutbah kedua yang merupakan rukun sahnya khutbah, sebaliknya saya membacanya," katanya kepada pemberita di sini semalam.


HASSAN ALI NAFI GUNA MASJID UNTUK BERPOLITIK

SHAH ALAM: Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali semalam menafikan beliau mengingkari arahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid sebagai medan untuk berpolitik.

Beliau berkata laporan akhbar semalam yang menyatakan beliau telah menyentuh perkara berkaitan politik ketika menyampaikan khutbah di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam adalah tidak benar dan merupakan satu tuduhan semata-mata.

"Terdapat juga tuduhan yang menyatakan saya terlupa untuk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam khutbah kedua yang merupakan rukun sahnya khutbah, sebaliknya saya membacanya," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Hasan berkata apa yang disampaikan ketika khutbah ialah mengenai pembangunan yang tidak seimbang dan kesannya dengan memetik beberapa pandangan ahli fikir Islam yang menyatakan hanya Islam yang menjadi faktor bagi menyelesaikan masalah umat.

Mengenai bacaan selawat yang menjadi rukun sah khutbah dan sembahyang Jumaat, beliau berkata pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan anggota jawatankuasa (AJK) masjid terbabit yang hadir mengesahkan bahawa beliau ada membaca selawat itu.

"Suka juga saya nyatakan di sini saya sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco Agama Islam negeri, sudah pastilah menjaga kesucian rumah Allah sebagai tempat suci dan menjunjung perintah Sultan Selangor," katanya.

Hasan berkata penjelasan itu diharap dapat menjawab kekeliruan laporan akhbar dan dakwaan yang dibuat oleh beberapa pemimpin mengenai penyalahgunaan masjid serta syarat sah solat Jumaat seperti yang disiarkan dalam beberapa media.

"Penjelasan ini merupakan jawapan kepada tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada saya dan suka saya nyatakan saya tidak berpolitik melalui khutbah sebaliknya khutbah saya itu telah dipolitikkan," katanya. - BERNAMA

mStar

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak