Sunday, April 25, 2010

RM77 JUTA MAMPU KEPADA ISRAEL. TAK MAMPU BAGI KELANTAN RM 20 JUTA - NIK AZIZ

FELDA SG TENGI: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap kerajaan persekutuan yang sanggup menganak-tirikan negeri itu dengan menafikan hak terhadap royalti minyak.

"Kepada syarikat Israel (Apco Worldwide) mereka sanggup beri RM77 juta tapi kepada negeri Kelantan, RM20 juta pun tidak boleh beri," kata beliau ketika berucap merasmikan Himpunan Warga Felda Kebangsaan ke 2, dekat sini pagi tadi.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, "apabila kita berkerjasama dengan DAP, mereka (Umno) marah tapi apabila mereka berbaik-baik dengan Israel, boleh pula.

"Israel bukan curi baju atau selipar tapi curi negara (Palestin). Umno boleh berbaik-baik dengan Israel, saya pelik. Israel (Yahudi) disebut dalam Al Quran, mereka membunuh orang-orang Islam, macam mana Umno boleh berbaik-baik," ujar beliau.

Sambil menyeru supaya para peneroka dan rakyat Hulu Selangor mengundi calon Pakatan Rakyat Dato’ Zaid Ibrahim esok, beliau berkata, Umno ini tidak boleh dipercayai.

Katanya, "ketika mereka kalah teruk selepas 13 Mei 1969, mereka ajak berunding untuk tubuh kerajaan perpaduan. Pada ketika itu, saya adalah salah seorang yang menyokong cadangan ini.

"Setelah kita masuk, menyertai mereka, mereka menjadi kenyang dan gemuk. Akhirnya mereka tendang kita keluar. Pengajaran tersebut mengajar saya tidak sekali-kali mempercayai Umno," tegas beliau.

Beliau berkata, saya meminta semua orang faham, kehidupan kita di dunia ini sebagai bekalan di akhirat. Di akhirat ada syurga neraka.

"Tetapi Umno kata tidak boleh berpolitik dalam masjid. Umno belajar daripada orang putih. Kita belajar daripada Nabi Muhammad saw.," katanya.

Nik Aziz berkata, "saya tidak kata parti, saya juga tidak bersetuju parti di bawa ke dalam masjid. Tapi kalau Islam, nak bawa
ke mana Islam kalau tidak dalam masjid," tambah beliau.

Tanpa menyentuh mana-mana pihak, beliau berkata, minum arak adalah kerja orang bodoh. Tapi kalau nak minum, kita beri lesen (di Kelantan).

"Tapi dengan syarat tidak boleh jual kepada orang-orang Islam. Kalau jual juga, kita tarik balik lesen. Di Malaysia ada kilang arak tapi dakwa negara Islam," kata beliau.

Mengenai judi, kata beliau, judi adalah haram kerana ia melumpuhkan pemikiran kita. Umno kata pilihan raya juga judi. Kita jawab pilihan raya bukan judi, kerana kita boleh berfikir, berusaha macam mana nak menang."

Lebih 5,000 peneroka dan penyokong Pakatan Rakyat hadir di majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka Generasi Kedua.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Negeri dan juga exco negeri Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Parlimen Seputeh dan juga exco negeri Teresa Kok, calon PKR Hulu Selangor Dato’ Zaid Ibrahim dan Pengerusi Persatuan berkenaan, Mazlan Aliman.

Freemalaysia Today

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak