Tuesday, April 6, 2010

SUBRA: SAMY CARI KAMB ING HITAM - PRK HULU SELANGOR

Subra kata Samy cari kambing hitam, pelik sangat memikirkan komponen BN ini, nak PRK pun ada yang nak jadikan kambing hitam.

Malaysiakini melaporkan

Subra: Bukan saya sabotaj Palani, Samy cari 'kambing hitam'

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 5 April — Bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam membidas dakwaan akhbar milik keluarga Datuk Seri S. Samy Vellu bahawa beliau mahu mensabotaj penggantinya Datuk G. Palanivel daripada diturunkan di Hulu Selangor.

Sebaliknya Subramaniam berkata, rencana-rencana yang disiarkan terus-menerus oleh Tamil Nesan menunjukkan Samy Vellu, Presiden MIC, semakin terdesak untuk berkonspirasi mencari “kambing hitam dan alasan-alasan” awal jika MIC tewas pada pilihan raya kecil ini.

“Samy Vellu sedia mengetahui kekalahan di Hulu Selangor atau kegagalan BN untuk menguasai undi masyarakat India di Hulu Selangor hanya menggambarkan kegagalan kepimpinannya dalam MIC memandangkan beliau perlu banyak menjawab berhubung skandal Maika Holdings, MIED dan universiti AIMST dan usaha-usaha oleh beberapa orang perseorangan untuk merampas aset-aset bernilai MIED,” katanya.

Subramaniam yang dua kali tewas di tangan Palanivel yang mendapat restu bagi jawatan timbalan presiden mengulas laporan Tamil Nesan, akhbar milik keluarga Presiden MIC, mendakwa beliau bekerja keras untuk mensabotaj Palanivel daripada diturunkan semula oleh BN.

Baca seterusnya

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak