MIC jadi pilihan: Najib

Katanya, ia selaras dengan semangat setia kawan dalam BN memandangkan kerusi itu adalah milik MIC sebelum ini.
Walau bagaimana pun, siapa calon MIC itu akan ditentukannya kemudian.
“Berilah kepercayaan kepada saya untuk menentukan siapa calon. Saya akan pilih calon yang terbaik dan akan berunding dengan Presiden MIC untuk menentukan calon,” katanya dalam ucapan pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor di sini, semalam.
Najib berkata, beliau tidak mahu “ada perkiraan” dalam mana-mana parti komponen dalam isu pemilihan calon ini kerana yang penting adalah kemenangan Barisan Nasional.
“Sebagai kawan, kalau kalah bukan MIC yang kalah tetapi BN, kalau MIC menang, BN menang,” katanya.
Najib berkata sebagai Pengerusi BN, beliau akan memilih calon terbaik bagi memuaskan hati semua pihak.
Beliau juga menasihatkan parti-parti komponen BN supaya memberi tumpuan kepada tugas dan bukannya memikirkan soal calon.
“Jangan fikir pasal calon, fikir buat kerja, gerakkan jentera, jangan alpa, jangan leka, jangan malas,” katanya.
Beliau berkata, konvensyen semalam diadakan untuk memulihkan semangat BN bagi mendapat iltizam baru, kesungguhan dan merapatkan barisan bagi memastikan kemenangan BN di Hulu Selangor.
Pada sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata ”Soal isu penting juga tapi dalam pilihan raya kecil dia ada faktor-faktor lain yang diambil kira, jadi sebab itulah kalau kita nak menang, kita mesti ambil kira apa yang akan dibuat perhitu- ngan pengundi dalam satu-satu kawasan,” katanya
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment