Wednesday, April 7, 2010

BUTA SEJARAH: PARTI CINA DIBEKAL'PERLEMEBAGAAN'

Bila bagi .. amaran bagaikan Jebat mengamuk,cuma tak cabut keris aje . seolah olah sangat PERKASA mereka itu.. bila amaran tidak digeruni langsung oleh pemimpin MCA dan Gerakan akhirnya mereka hanya berani menyerahkan buku perlembagaan sahaja? Ha.. Ha.. Ha.. kuang-kuang kita lihat apa terjadi hu hu

Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (PERKASA) yang sebelum ini dianggap sesetengah pihak sebagai terlalu lantang, ekstrem dan ada kalanya kebudak-budakan berhubung tuntutan dan desakan mereka, hari ini mengubah imej itu.

Tuntutan mereka supaya dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu yang tamat tempohnya hari ini, tidak disusuli dengan demonstrasi ataupun membakar gambar pemimpin berkenaan.

Sebaliknya, PERKASA secara matang berikrar akan cuba menjadikan pemimpin parti-parti Cina tersebut 'celik sejarah' dengan menghadiahkan mereka buku Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ketua Wiranya, Arman Azha Abu Hanifah, PERKASA mengambil tindakan berkenaan kerana Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun "buta perlembagaan" kerana melabelkan NGO itu sebagai rasis.

"Saya s

udah bertanya kepada akar umbi parti berkenaan dan (mereka) menyatakan pandangan pemimpin itu tidak mewakili MCA dan Gerakan. Tidak semua akar umbi menyokong mereka," katanya.

Menurutnya lagi, buku tersebut juga akan diserahkan kepada dua lagi akhbar Cina - Sin Chew Daily dan China Press - yang turut didakwanya melabelkan PERKASA sebagai perkauman.

Arman Azha berkata demikian bagi mengumumkan tindakan lanjut PERKASA selepas mencabar Teng dan Low memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam bermula Jumaat lalu.

Mereka juga menuntut kedua-dua pemimpin tersebut memohon maaf kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya turut diberikan label yang sama.

Bagaimanapun dilaporkan kedua-dua pemimpin tersebut enggan tunduk kepada desakan itu kerana beranggapan perjuangan PERKASA bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

Ditemui Malaysiakini selepas sidang media tersebut, Arman Azha berkata, buku yang berharga RM25 itu akan dihadiahkan kepada golongan yang jahil itu minggu hadapan.

Beliau juga menafikan tindakannya itu hanyalah satu 'sindiran' dan tidak serius.

"Buku itu sudah ada. Kita akan hantar betul," kata Arman Azha.

Pada sidang media di pejabat PERKASA di ibu negara, NGO itu dilihat seolah-olah cuba 'berkempen' supaya pelbagai pihak dapat memahami kandungan perlembagaan negara.

Sehubungan itu, Arman Azha berkata, pihaknya sudah melancarkan tabung kutipan derma bagi menampung kos pembelian buku berkenaan untuk diedarkan percuma kepada orang ramai.

Mereka juga mencadangkan kementerian pelajaran agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak