Sunday, April 4, 2010

Hahaha..PM disambut meriah di Hulu Selangor?


Dengar boleh, tapi percaya belum tentu lagi boleh. Yalah kan, sudah fitrah kerajaan, bila PM atau menteri nak turun, macam biasalah, kerahan tenaga tidak kira siapa, 'dipaksa' hadir menyambut kedatangan PM.

Rakyat bukan lagi hidup zaman batu. Kebanyakan rakyat sudah dipenuhi dengan informasi yang tepat.

Laporan Bernama, sambutan masyarakat setempat di Hulu Selangor terhadap kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program tinjauan mesranya ke beberapa kawasan di sini cukup hangat.

Malah suasana sepi di bandar ini tiba-tiba menjadi begitu meriah dengan kehadiran lebih 700 pelajar Cina yang memakai t-shirt yang tertera perkataan "1Malaysia supporter" yang begitu bersemangat dengan melaungkan "1Malaysia" mengiringi lawatan Perdana Menteri itu.

Najib yang meluangkan masa kira-kira setengah jam dalam tinjauan mesranya yang bermula pukul 4.15 petang kelihatan gembira dengan sambutan anak muda penyokong 1Malaysia itu.

Kat laporan tu pun dah jelas bagitahu, 700 pelajar Cina 'sambut' kedatangan PM. Macam tak biasa. Pelajar sekolah sudah jadi lumrah akan dipaksa untuk menghadiri program bersama PM. Bukan sahaja pelajar, bahkan guru-gurunya sekali. Kalau tak hadir, 'tutup periuklah' jawabnya.

Tambah lagi dengan pegawai-pegawai kerajaan pusat, kakitangannya. Tak termasuk polis yang hadir.

Usah sombonglah dengan lakonan itu semua. Memang setiap kali menjelang pilihanraya, BN akan sentiasa menyatakan mereka diberi sambutan meriah oleh rakyat. Ramai masuk BNlah, serah borang keahlian beribu-ribu, tapi time keluar keputusan, tak sempat tunggu SPR umum, semua pemimpin kanan dah cabut. Pi balik rumah daa.

Lumrahlah tu wahai Umno-BN. Rakyat dah masak dengan perangai korang. Kalau tak penipu, pembohong, kalau tak pembohong, pemutar belit.

Warkahdaily




No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak