Keputusan dibuat melalui undian suara kata timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Keputusan itu bagaimanapun menerima bantahan keras daripada wakil-wakil pembangkang, termasuk Mahfuz sendiri yang meminta penjelasan timbalan speaker berhubung keputusan berkenaan.
Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu pada asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (Umno-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz mengejek Umno dengan panggilan Umno-Apco berulang kali.
Mahfuz bertindak demikian ketika parlimen meluluskan bajet tambahan kerajaan secara belah bahagi petang ini.
Bercakap kepada pemberita selepas sidang ditangguhkan petang ini, Wan Junaidi berkata usul yang dibawa oleh wakil Kuala Krau diterima pakai kerana wakil Umno tersebut berdiri atas 26(1)(p).
"26(1)(p) ialah kuasa untuk berdiri lepas itu dia membawa usul di bawah 36(12). Kuasa untuk berdiri mesti ada dulu. Lepas itu merujuk apa dia kesalahan di bawah 36(12.
"Apa yang (Kuala Krau) tidak sebut ialah perkara 26(1)(p). Tetapi bila (ahli dewan) bangun, beliau seperti biasanya, sepatutnya sebut peraturan mesyuarat yang mana.
"Tetapi banyak ahli parlimen yang tidak sebut kuasa untuk berdiri, itu memang sering terjadi, mereka hanya akan sebut kesalahan yang dilakukan," katanya.
'Pergelutan' hampir dua jam di Dewan Rakyat hari ini juga berakhir dengan timbalan Wan Junaidi sendiri terpaksa meminta maaf kepada Dewan kerana menangguhkan mesyuarat sedangkan dewan masih lagi bersidang secara jawatankuasa.
"Tanpa usul, saya tidak boleh tangguh seperti itu saja. Tapi disebabkan usul tersebut, saya terpaksa ada satu lagi usul untuk membatalkan usul terdahulu," katanya.
Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengemukakan usul berkenaan sejak semalam lagi dan hari ini perkara itu dibangkitkan lagi beberapa kali.
Tajuddin dilaporkan telah mengeluarkan tuduhan tidak berasas, antaranya dengan mengatakan ada di antara pemimpin daripada DAP Pulau Pinang yang kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.
Lim meminta agar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai tuduhan itu dan sekiranya gagal, beliau akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan.
Berdas
Berikutan itu, barisan pembangkang hari ini menggesa supaya diadakan undi belah bahagian yang dipersetujui Speaker Dewan.
Bagaimanapun, berdasarkan undian, 56 bersetuju supaya Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan manakala 82 lagi tidak bersetuju sekaligus menyelamatkan anggota Parlimen Pasir Salak itu daripada dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan
Malaysiakini
2 comments:
Salam,jom komen artikel terbaru dari rakan di Al-Azhar
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/04/menyelami-masaalah-sosial-dan-pelbagai.html
Pasal nk convert tu try download kat sini
http://download.cnet.com/Some-PDF-to-Word-Converter/3000-2079_4-10836743.html?tag=mncol
Atau boleh try je download yg mana sesuai kat sini
http://download.cnet.com/1770-20_4-0.html?query=pdf+to+word&tag=srch&searchtype=downloads&filterName=platform%3DWindows&filter=platform%3DWindows
yang benar pasti akan menang!!!!
saba !!!!!!!
tapi aku kecewa la..sbb Mahfuz ni dah la idola aku dalam PAS.. tak guna punya BNate..
Post a Comment