Thursday, August 18, 2011

ROSMAH: JANGAN KEK TERLEBIH ISING « RontogDaily.Com

Salam Sejahtera,

Saya tersenyum apabila membaca komen pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian mengenai ‘Wanita Pertama’ Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Menurut Ibrahim, pusat bancian Merdeka Center percaya Rosmah tidak semestinya menjadi liabiliti kepada suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, walaupun itulah yang ditanggapi ramai.

Bagi Ibrahim, segala-galanya bergantung pada liputan media.

“Media yang tidak memihak kepada kerajaan menggambarkannya sebagai orang yang sangat negatif. Pelbagai perkara dan tohmahan dilemparkan ke atas Rosmah. Tetapi media arus perdana menggambarkannya sebagai orang yang sangat penyayang, prihatin, dan sering diberi liputan yang meluas,”katanya.

Bagaimana berita itu akan mempengaruhi atau mengheret kerjaya politik suaminya akan bergantung kepada liputan media, kata Ibrahim.

“Bergantung berita mana yang sampai kepada pengundi,” katanya sambil menambah bahawa liputan media tradisional jauh lebih luas daripada media baru.

Saya bersetuju.

Tetapi berita yang sampai pun kalau terlebih-lebih sangat, ada mudaratnya. Banyak kerja baik yang dijaja berlebihan bertukar menjadi tidak baik. Ibarat kek, kalau terlebih sangat isingnya, kelat juga tekak nak telan.

Itulah yang dapat saya kesan daripada dua insiden. Pertama, ketika di rumah seorang kawan. Kami berbual sambil menonton Buletin Utama di TV3 apabila dia tiba-tiba mengalih siaran ke saloran lain sebaik sahaja muncul berita mengenai Rosmah.

“Tiap-tiap malam ada dia,” komen kawan itu.

Dalam insiden terbaru pula dua hari lalu di sebuah kedai makan. Pemilik kedai mengalih siaran semasa TV menyiarkan berita Rosmah menghadiri majlis takzirah bersama para anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat).

Saya tak dengar dia berkata apa-apa. Tapi mukanya tidak mencerminkan orang yang sedang dalam kegembiraan. Selang dua tiga minit kemudian, dia kembali mengalihkan saloran ke siaran berita semula.

Dua insiden itu mungkin kecil. Tetapi nilainya menjadi agak besar kerana kedua-dua orang itu, kawan saya dan pekedai tadi, adalah orang yang saya ketahui sebagai ahli UMNO dan penyokong kuat BN. Kalau mereka begitu, bagaimana orang lain?

Dan berapa ramai lagi ahli dan penyokong UMNO yang berkongsi perasaan dengan mereka?

Saya teringat ketika mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi masih berkuasa dahulu. Ketika keluh-kisah orang terhadap kepimpinannya sedang memuncak, ada yang terus tutup TV apabila muka Pak Lah muncul.

Setakat sekarang saya belum lagi melihat orang menutup TV kerana tak mahu melihat muka Najib. Tetapi saya telah melihat orang mengalih-siaran kerana Rosmah.

Dan saya tertanya-tanya mungkinkah suatu masa akan ada orang yang menjual TV kerananya?

Mudah-mudahan tiada.

Tapi siapa tahu

RontogDaily.Com

2 comments:

Tinta.Muallimah said...

dah bertaun x tengok berita tv...semua puak2 songkok tinggi dan sanggul tinggi ana meluat tengok..

Unknown said...

Saya pun sama juga, apabila nampak muka Mak Ros, terus tukar channel atau tutup TV. Kebetulan TV diperap dalam bilik, jadi apa cerita TV pun saya tak peduli. Sebab sejak pecah perang Reformasi, sampai la ni, saya dah allergik dengan TV Malaysia tak kira rangkaian apa pun.Bukan pekedai dan ahli Umno tu aje.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak