Showing posts with label Rosmah Mansor. Show all posts
Showing posts with label Rosmah Mansor. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Sejak bila Rosmah minat seni?


SUDAHLAH programnya diberi nama dalam bahasa Inggeris, digabungkan dengan 1Malaysia, dinaungi pul
http://media1-cdn.malaysiakini.com/229/8d9c82eb478f6b8f36428420e9202bcf.jpga Rosmah Mansor, serta salah seorang pemakalah Persidangan Buku Antarabangsa adalah Pengerusi stesen televisyen tempatan pemfitnah dan pengampu, maka Book Expo 1Malaysia 2012 di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini memang menarik perhatian saya.



Book Expo 1Malaysia 2012 sempena Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara -- Sidang Kemuncak untuk Penulis/Pengarang, Pencetak dan Pembaca dianjurkan Yayasan Pembangunan Buku Negara bersama Oxcell (The Oxford Centre for Excellence, UnitedKingdom).

Selain Ekspo Buku 1Malaysia, Persidangan Buku Antarabangsa, dan ‘Pameran Papyrus: 2000Tahun Zaman Firaun’, program yang dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin itu turut mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Buku Negara.

Rosmah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah tersebut. Dr Mahathir turut hadir. Anugerah Buku Negara terdiri daripada dua kategori, iaitu Anugerah Perdana (21 pemenang), dan Anugerah Industri Buku (24 pemenang).

Antara anugerah dalam Anugerah Perdana ialah Anugerah Perdana Tun Sri Lanang: Tokoh Buku Negara (dimenangi Pengerusi Media Prima Berhad, Johan Jaafar); Tokoh Industri Buku Negara, Tokoh Karyawan Sepanjang Zaman, Anugerah Perdana Zaíba: Tokoh Pengarang/ Tokoh Penulis, dan Anugerah Penaung Buku Negara.

Sementara anugerah dalam Anugerah Industri Buku ialah Buku Kanak-Kanak Terbaik, Buku Remaja Terbaik, Buku Ilmiah Terbaik, Buku Agama Terbaik, Buku Terjemahan Terbaik, EditorTerbaik (dimenangi Khalid Mazlan), dan Novelis Terbaik.

Hal yang menarik hati rasa yang saya maksudkan ialah Rosmah bermain ‘wayang’ semasa majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Anugerah Buku Negara. Beliau amat gembira serta bangga dengan karya-karya yang dihasilkan dan diberi hadiah.

Soalnya, sejak bila ‘kaki shopping’ menghabiskan wang rakyat ini meminati karya seni dan dunia perbukuan? Menurut Rosmah, usaha tersebut wajar diteruskan dengan lebih banyak karya diberi hadiah.

Seperti Dr Mahathir, Rosmah juga mudah lupa. Lebih banyak hadiah bererti lebih banyak wang diperlukan. Dari mana duit itu diperoleh jika semuanya telah disalurkan kepada sebentuk cincin permata RM24 juta, seutas gelang RM1.7 juta, set rambut bertukar ganti, 11 beg tangan mewahnya sendiri berjenama Birkin, kos beliau dan Najib bermalam di hotel mewah RM100,000 untuk satu malam sahaja, serta ‘menyelamatkan’ syarikat kroni dan lain-lain?

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur program yang juga Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Hasan Hamzah, Kerajaan memperuntukkan RM500 juta bagi baucer belian buku para pelajar IPTA bernilai RM200 seorang.

Katanya, seperti yang ditegaskan Khaled, RM250 juta telah diluluskan. Ertinya, pada tahun depan, ada baki RM250 juta lagi.

Soalnya, adakah baki tersebut akan dilunaskan kalau Umno-BN masih memerintah Malaysia atau selepas Pilihan Raya Umum ke-13?

Presiden PIBG Nasional merangkap Pengerusi Koperasi Buku Malaysia Berhad dan Naib Presiden MBA, Dr Mohamad Ali Hassan pula semasa membentangkan makalahnya, Mengangkat Martabat Industri Buku Negara, berharap nilai baucer itu dapat ditambah menjadi RM500 kerana harga buku mahal (ada RM100 sebuah -- belum lagi dikira nota tambahan yang bernilai hampir RM100 senaskhah).

Yang menarik, Mohamad berharap pemberian itu bukan semata-mata kerana politik, tetapi diteruskan. Kata-katanya itu seperti membenarkan tanggapan bahawa pemberian baucer tersebut memang bermotif politik.

Dari mana Kerajaan Umno-BN mendapat dana? Menjelang PRU13, janji demi janji ditaburkan dan pelbagai bantuan atau habuan dihulurkan. ‘Wang negara sudah tidak ada. Justeru, wang KWSP dan Petronas dan Tabung Haji dirompak’! Terbaharu, kerajaan menggunakan RM1.5 bilion daripada dana KWSP bagi membantu mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membiayai pembelian rumah awam kos rendah. Kenapa dana KWSP digunakan sebagai wang saku BN jika bank komersil sendiri tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju?

Jadi, Rosmah janganglah berpura-pura meminati seni budaya. Hasan dan Ali pula usah berharap pemberian baucer diteruskan, apatah lagi ditambah!

sumber http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=19500


Thursday, August 18, 2011

ROSMAH: JANGAN KEK TERLEBIH ISING « RontogDaily.Com

Salam Sejahtera,

Saya tersenyum apabila membaca komen pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian mengenai ‘Wanita Pertama’ Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Menurut Ibrahim, pusat bancian Merdeka Center percaya Rosmah tidak semestinya menjadi liabiliti kepada suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, walaupun itulah yang ditanggapi ramai.

Bagi Ibrahim, segala-galanya bergantung pada liputan media.

“Media yang tidak memihak kepada kerajaan menggambarkannya sebagai orang yang sangat negatif. Pelbagai perkara dan tohmahan dilemparkan ke atas Rosmah. Tetapi media arus perdana menggambarkannya sebagai orang yang sangat penyayang, prihatin, dan sering diberi liputan yang meluas,”katanya.

Bagaimana berita itu akan mempengaruhi atau mengheret kerjaya politik suaminya akan bergantung kepada liputan media, kata Ibrahim.

“Bergantung berita mana yang sampai kepada pengundi,” katanya sambil menambah bahawa liputan media tradisional jauh lebih luas daripada media baru.

Saya bersetuju.

Tetapi berita yang sampai pun kalau terlebih-lebih sangat, ada mudaratnya. Banyak kerja baik yang dijaja berlebihan bertukar menjadi tidak baik. Ibarat kek, kalau terlebih sangat isingnya, kelat juga tekak nak telan.

Itulah yang dapat saya kesan daripada dua insiden. Pertama, ketika di rumah seorang kawan. Kami berbual sambil menonton Buletin Utama di TV3 apabila dia tiba-tiba mengalih siaran ke saloran lain sebaik sahaja muncul berita mengenai Rosmah.

“Tiap-tiap malam ada dia,” komen kawan itu.

Dalam insiden terbaru pula dua hari lalu di sebuah kedai makan. Pemilik kedai mengalih siaran semasa TV menyiarkan berita Rosmah menghadiri majlis takzirah bersama para anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat).

Saya tak dengar dia berkata apa-apa. Tapi mukanya tidak mencerminkan orang yang sedang dalam kegembiraan. Selang dua tiga minit kemudian, dia kembali mengalihkan saloran ke siaran berita semula.

Dua insiden itu mungkin kecil. Tetapi nilainya menjadi agak besar kerana kedua-dua orang itu, kawan saya dan pekedai tadi, adalah orang yang saya ketahui sebagai ahli UMNO dan penyokong kuat BN. Kalau mereka begitu, bagaimana orang lain?

Dan berapa ramai lagi ahli dan penyokong UMNO yang berkongsi perasaan dengan mereka?

Saya teringat ketika mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi masih berkuasa dahulu. Ketika keluh-kisah orang terhadap kepimpinannya sedang memuncak, ada yang terus tutup TV apabila muka Pak Lah muncul.

Setakat sekarang saya belum lagi melihat orang menutup TV kerana tak mahu melihat muka Najib. Tetapi saya telah melihat orang mengalih-siaran kerana Rosmah.

Dan saya tertanya-tanya mungkinkah suatu masa akan ada orang yang menjual TV kerananya?

Mudah-mudahan tiada.

Tapi siapa tahu

RontogDaily.Com

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak