Wednesday, August 17, 2011

SPRM dakwa bina bangunan dengan wang lebihan zakat?

Salah seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa duit lebihan zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Menurut Pegawai itu fakta ini diperolehi dari Mufti Melaka sendiri.

Beliau berkata demikian semasa perbincangan pihaknya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari di Ibu Pejabat SPRM Melaka di Alai minggu lalu.

Persoalan yang timbul di sini ialah :-

1) Benarkan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?

2) Benarkan dakwaan bahawa Mufti menyatakan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?

3) Benarkan wang zakat negeri Melaka berlebih kerana tidak ada lagi asnaf yang layak menerima zakat sedangkan bilangan orang miskin masih ramai, anak-anak kita yang belajar di dalam dan di luar negara masih ramai yang tiada bantuan, orang-orang yang berjuang Fi Sabilillah masih ramai dan lain-lain.

4) Halalkan wang zakat digunakan untuk tujuan membina bangunan dan jika ianya dibenarkan ia tergolong asnaf yang mana satu?

Persoalan ini timbul ekoran 'follow up' yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari terhadap laporan yang dibuat oleh PAS pada bulan Februari lalu terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Kita sebagai rakyat mengharapkan SPRM menyiasat perkara ini, malangnya SPRM meminta PAS pula menyiasatnya keraan menurut SPRM mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dan salah satu pihak terbabit.

Sumber

2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Sejak akhir-akhir ini kita telah melihat kebobrokan pentadbiran di PPinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.(perhimpunan Bersih, gereja-murtad, bacaan Al-Quraan-Azan dan sebagainya)
Kebobrokkan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?) tanpa mempertahankan akidah dan syiar Islam. Keadaan ini barangkalinya tidak akan terjadi sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP yang sememangnya anti-Islam....
Kembalilah PAS kepada perjuangan asal sebuah negara Islam bukannya negara kebajikan seperti yang direncanakan dan disukai oleh DAP....!
Jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara...buktikanlah PAS adalah terbaik untuk seluruh rakyat di bumi Malaysia ini...bukannya sekadar berceramah dan bertazkirah sahaja!
Sesuatu yang manis dalam perjuangan adalah mengakui kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.

rizuan said...

Kebobrokan berlaju disebabkan oleh adanya yg mengaku pejuang melayu Islam, tapi xpernah pun faham apa yg Ilam kehendakki, dan ada juga blogger2 yg suka main sebut sahaja masalah2 yg berlaku kononnya disebabkan oleh PAS..sedih.. Suka aku pertikaikan,
1)apa masalahnya dengan BERSIH? Sedangkan bertujuan utk mewujudkan pilihanraya yg BERSIH dan ADIL dikatakn peti UNDI.....??
2)Isu azan, jangan nak menuduh PAS membabi-buta-tuli, sedangkan yg mempertikaikan azan itu adalah seorang peguam Cina,ahli seumur hidup MCA, dan beliau telahpun menghantar surat kepada pihak berkenaan Khir Baharom, PM dan beberapa org lagi..tak pasal babi-buta-tuli orang yg dipelihara tercampak ke dalam Perjuangan Suci PAS..
3)Isu bacaan al-quran? apa masalahnya??sedangkan DR MAZA telah memberikan dalil2 sunnah, kenapa ia boleh dilarang..? kenapa Penang baru mewartakan isu itu, beruk Pejuang Islam kononnya, baru nak meloncat2 menunujuk bontot sambil mengupas pisang..? sedangkan Perlis yg melaksanakan larangan itu sejak tahun 2007, tidak pulak dipertikaikan..sekali lagi babun kononnya pejuang Islam ini gelabah menggaru bontot tak berbulu...dan apa korolasinya perkaitan2 ini...puak2 babun yang memulakan dan mula menngelabah biawak kepanasan.....

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak