KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengingatkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin supaya tidak melatah berhubung penipuan undi pos.
Shamsul merujuk kenyataan Zulkifeli yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera yang mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos semalam, sebagai satu pengkhianatan.
“Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.
“Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan. Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan,” katanya kepada Keadilandaily.
Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka menambah, pendedahan dilakukan anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung.
Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajar menjawab isu mengenai penyelewengan undi pos yang didedahkan.
“Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan. Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan,” ujarnya.
Beliau dalam pada itu mengkritik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa khas parlimen bagi menambahbaik sistem pilihan raya.
Menurut Shamsul, pengumuman Najib sekadar memuaskan hati pembangkang dan tidak mencerminkan kesungguhan sekiranya SPR masih dikongkong.
“Sebab itu kita mendesak supaya SPR diletakkan di bawah parlimen dan bukannya menjadi badan kerajaan yang akhirnya akur kepada perdana menteri selaku Ketua Eksekutif.
“Saya percaya jawatankuasa ini tidak boleh berbuat apa kecuali cadangan yang tidak boleh membantu dalam usaha untuk memastikan sesuatu yang lebih baik kepada sistem pilihan raya,” ujarnya.
Semalam, empat bekas tentera mengaku memangkah undi pos bagi pihak anggota lain semasa pilihan raya bermula pada tahun 1978 hingga 1999.
Mereka mengaku berbuat demikain di kem-kem tentera, di markas sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan, Sabah dalam tempoh tersebut.
KeadilanDaily.com
1 comment:
BEGITULAH JUAK-JUAK PANDI KUTTY PERTAHAN KEPALA PANDI KUTTY KAHKAHKAH !
Post a Comment