KUALA LUMPUR: Lagi kesilapan didedahkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kali ini membabitkan pengundi berdaftar di Kedah yang memiliki MyKad dengan nombor tidak wujud.
Maklumat tersebut beserta imej skrin lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipaparkan di halaman Facebook yang didaftarkan kepada ‘Pengundi PAS Kedah’.
Ia menunjukkan bahawa angka ketujuh dan kelapan nombor MyKad tiga orang pengundi dicatatkan sebagai ’00 ‘. Secara umumnya, angka itu digunakan untuk menunjukkan negeri lahir pemegang MyKad.
Menurut lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyenaraikan kod bagi negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara asing, kod ’00 ‘tidak wujud.
Ketika dihubungi Malaysiakini, pegawai perkhidmatan pelanggan JPN mengesahkan tidak ada kod itu dan meminta wartawan ini membuat laporan rasmi kepada jabatan berkenaan.
Portal berita itu turut membuat semakan dengan portal JPN dan mendapati tidak ada rekod tiga MyKad terbabit.
Menurut laporan Malaysiakini, pihaknya mengakses pagi ini sistem pengesahan dalam talian SPR dan mengesahkan butiran pengundian ketiga-tiga mereka adalah seperti berikut.
1. Hasrullizam bin Halim
MyKad no: 800604002563
Kawasan mengundi: Bukit Pinang (negeri), Pokok Sena (Prliament)
2. Rosmadi bin Chik
MyKad no: 801111002544
Kawasan mengundi: Kota Siputeh (negeri), Jerlun (Parlimen)
NONE3. Shapiza binti Ghazali
MyKad no: 811020002568
Kawasan mengundi: Bukit Lada (negeri), Pokok Sena (Parlimen)
Bagaimanapun, carian Keadilandaily pada petang ini mendapati nombor dan butiran dua pengundi berkenaan iaitu Hasrullizam dan Rosmadi tiada lagi dalam talian SPR.
Perkara itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof sebelum ini yang menjelaskan bahawa setiap pendaftaran pengundi selaras dengan pangkalan data JPN.
Tiga pengundi tersebut yang didaftarkan dalam daftar pemilih dengan nombor My kad yang tidak wujud, menguatkan bukti berlaku penipuan dan kepincangan pilihan raya.
KeadilanDaily.com
No comments:
Post a Comment