Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Kamaruddin semalam yang berkata, nama Azhar bin Ahmad seperti yang didedah pemuda PAS sebelum ini mempunyai 825 nama dengan ejaan serupa.
Beliau juga menafikan dakwaan terdapat penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama.
Suhaizan yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS sebelum ini mendedahkan individu bernama Azhar bin Ahmad memiliki ejaan nama sama, namun perbezaan hanya di dua digit terakhir pada nombor kad pengenalan mereka meragukan dan didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR.
Perbezaan nombor kad pengenalan Azhar bin Ahmad dan maklumat tempat mengundinya adalah seperti berikut:
Azhar bin Ahmad
MyKad pertama: 680713095049
Lokaliti: Batu 13
Daerah mengundi: Tasoh
DUN: Beseri
Parlimen: Padang Besar
MyKad kedua: 680713095057
Lokaliti: Kg Baru Chuping
Daerah mengundi: Sg Buloh
DUN: Chuping
Parlimen: Padang Besar
Mengulas lanjut berhubung perbezaan yang lain, Suhaizan berkata pihaknya mengesan sekurang-kurangnya enam trend perbezaan corak no kad pengenalan.
Ianya seperti berbeza pada tahun lahir iaitu dua digit paling awal, bulan lahir, tarikh lahir, kod negeri dan pada dua digit paling akhir.
"SPR jangan cepat melatah, kita bukan nak malukan SPR. Kita bangkit soal ini sejak 2007 lagi namun tiada sebarang tindakan proaktif yang dibuat SPR.
"Jadi kita tidak ada pilihan, kita dedah kepada rakyat supaya rakyat pula dapat menilai," katanya lagi sebagai menjawab gesaan SPR agar perkara itu dirujuk kepada mereka dan bukan didedah kepada umum.
Dari sudut lain katanya, persoalan itu sebenarnya bukan sahaja harus dijawab oleh SPR, tetapi juga oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara JPN kerana data dalam daftar pemilih SPR tersebut adalah dari data JPN sendiri.
Bagaimanapun SPR sepatutnya boleh bertindak proaktif jika benar mahu membersihkan daftar pemilih dan bukannya hanya menerima data dari JPN bulat-bulat dan tidak mengendahkan pula pendedahan penyelewengan yang dibuat oleh rakyat.
"Sebab itu saya cadang SPR proaktif. Senaraihitamkan nama yang meragukan itu dan semak semula dengan JPN kenapa berlaku seperti itu," katanya.
1 comment:
SPR boleh mereka cipta berbagai jawaban dan alasan, kalau SPR yakin mereka dipehak yang benar dan mereka tak menipu, saya cabar SPR benarkan satu pasukan drp rakyat yang berkelayakkan untuk “audit” semua dokumen pemilih SPR dan dalam masa yang kita kita mahu diberi akses kepada system computer Pemilih SPR. Ini samalah dengan “independent auditor” yang dijalankan keatas syarikat di Bursa Saham. Ini bukan satu perkara pelik, tetapi inilah satu langkah untuk SPR nak buktikan yang mereka telus dan berintegriti. Kamu percaya mereka akan benarkan? Sudah tentu tidak! Kalau SPR/Kera jaan setuju dengan cabaran ini, saya menawarkan diri untuk berada dalam team auditor ini . Rakyat, NGO & PR, teruskan perjuangan menentang penipuan dan pengkhiatan ini.
Post a Comment