Friday, May 28, 2010

Lagi Demo! Lesen judi: Demo simbolik Bachok gesa Awang Adek berhenti



Ahmad Subki memberikan ucapan sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves
BACHOK, 28 Mei — PAS mengadakan demonstrasi simbolik di sini hari ini dengan menggesa kerajaan pusat membatalkan pemberian lesen judi sukan jika tidak mahu pihaknya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini.

“Kami meminta kerajaan membatalkan pemberian lesen sebelum 3 Julai, jika tidak akan mengadakan demonstrasi besar-besaran dengan berarak ke Istana Negara pada 3 Julai,” kata Bendahari PAS pusat, Dr Mohd. Hatta Ramli di sini hari ini.

Hatta merupakan salah seorang yang berucap pada majlis demonstrasi anti-lesen judi sukan yang diadakan di dalam kawasan Masjid Mahmodi.

Ahli Parlimen Bachok ialah Nasharuddin Mat Isa, yang merupakan Timbalan Presiden PAS. Bagaimanapun beliau tidak hadir disebabkan ada urusan penting di ibu negara.

Turut berucap ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Zaki Ibrahim yang juga Setiausaha PAS Kelantan.

Demonstrasi ini diadakan di sini sebagai simbolik kerana Timbalan Kewangan Datuk Dr Awang Adek, yang mengumumkan perkara berkaitan dengan pemberian lesen judi sukan, merupakan pemimpin yang datang dari Bachok.

“Kami mahu Datuk Dr. Awang Adek yang pernah diturunkan dalam pilihan raya umum 2008 sebagai bakal calon Menteri Besar Kelantan perlu meminta maaf dan meletakkan jawatan.

“Saya terkejut mengapa Datuk Dr Awang Adek, sebagai seorang Islam mahu mengumumkan perkara ini... beliau perlu meminta maaf kepada orang Bachok, orang Kelantan dan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jika langkah ini tidak dibantah ia akan menyebabkan berleluasanya budaya lesen pertaruhan membabitkan sukan-sukan lain pada masa depan.

Hatta berkata, keputusan memberikan lesen perlu dibatalkan kerana ia bukan sahaja ditentang oleh orang Islam, malah bukan Islam.

“Kami yakin kira-kira 100,000 orang akan menyertai perarakan membawa memorandum bantahan ke Istana Negara.

“Saya yakin tiada pihak yang akan menghalang, dan sesiapa yang menghalang, kami akan menganggap sebagai menyokong langkah kerajaan memberikan lesen kepada syarikat Kumpulan Berjaya,” katanya.

Beliau juga mendakwa Umno menyokong langkah pemberian lesen itu.

Selain mengedarkan risalah, kain rentang juga turut digunakan dalam kempen tersebut.
Bachok merupakan antara lokasi pilihan anjuran Kempen Anti Judi (Keji) selain beberapa negeri lain, antaranya Kedah dan Selangor.

Demonstrasi diadakan selepas solat Jumaat hari ini.

Minggu lepas lima negeri termasuk Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan telah mengadakan demontrasi sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Dewan Pemuda PAS telah menyerahkan memorandum kepada mufti Johor dan Kedah.

Dalam pada itu, demonstrasi aman anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor bagi membantah kerajaan meluluskan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia hari ini berjaya menghimpunkan kira-kira 4,000 orang yang membantah dengan keputusan kerajaan itu.

Hari ini Dewan Pemuda PAS Selangor telah mengadakan demonstrasi di empat lokasi iaitu Masjid Jamek Al-Amaniah (Batu Caves), Masjid Kampung Datuk Harun (Petaling Jaya), Masjid Counry Homes (Rawang) dan Masjid Kota Damansara.

Menurut Setiusahanya, Khairulfahmi Matsom, jumlah tersebut membuktikan bahawa rakyat membantah tindakan kerajaan yang meluluskan lesen pertaruhan tersebut.

“Hari ini kita lihat rakyat memberikan sokongan kepada Kempen Anti Judi yang kita jalankan ini dan ini jelas membuktikan bahawa mereka turut membantah tindakan kerajaan itu.

“Bantahan ini bukan hanya dibuat oleh orang Islam sahaja tetapi bangsa lain juga.

“Tetapi sehingga sekarang mengapa kerajaan masih belum bertindak menarik balik lesen pertaruhan tersebut walaupun sedar rakyat membantahnya,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas demontrasi aman di

Masjid Jamek Al-Amaniah yang berjaya menghimpunkan kira-kira 2,000 orang.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof berkata tindakan kerajaan tersebut akan memberikan kesan negatif kepada generasi muda terutamnya remaja.

“Remaja hari ini mempunyai kecenderungan kepada sukan dan tindakan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan ini akan memberikan kesan kepada mereka.

“Tetapi tindakan kerajaan yang meluluskan lesen pertaruhan ini akan mempengaruhi mereka untuk berjinak-jinak dalam kegiatan perjudian.

“Mengapa kerajaan tidak nampak semua ini? Adakah kerajaan mahu melihat generasi muda hari ini terjebak dalam kancah perjudian?,” katanya.

Kira-kira seramai 2,000 orang hadir demontrasi aman di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves

Malaysian Insider

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak