Wednesday, May 26, 2010

CARA HIDUP ISLAM

II IMAN: WATAK DAN SIFATNYA

Demikianlah beberapa kaedah dasar yang dimaksudkan perlu kita fahami dalam melihat kehendak Allah Subhanahu Wata'ala yang telah menyediakan kepada manusia pedoman-pedoman hidup manakala di sudut lain Allah telah menjelaskan tentang watak, kedudukan dan darjat manusia di dalam alam jagat yang luas ini.

Sekarang marilah kita mengkaji dasar-dasar yang di atasnya Al Quran menegakkan hubungan manusia dengan Allah Subhanahu Wata'ala dan konsepsi hidup yang dengan sendirinya lahir dari perhubungan tersebut. Al Quran telah menjelaskan permasalahan di atas di beberapa tempat tetapi keseluruhan konsep hidup sebagai yang digambarkan telah tersimpul di dalam ayat berikut:

نَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah membeli diri orang-orang Mu'min, jiwa-jiwa mereka dan harta kekayaan mereka dengan menyediakan bagi mereka Al Jannah (syurga). Mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh (musuh-musuh Allah) dan mereka dibunuh (oleh musuh- musuh Allah). (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (Surah Al-Taubah: ayat 111)

Dalam ayat di atas hubungan yang wujud di antara manusia dengan Allah adalah atas landasan IMAN (perilaku yang penuh sedar meletakkan kepercayaan kepada Allah) telah dipanggil 'penjualan'. Ini bermakna bahawa beriman dengan Allah bukanlah satu konsep metafisik semata-mata; ia merupakan satu corak 'perjanjian' dalam mana manusia menyerahkan seluruh kehidupan dan harta miliknya kepada Allah dengan mendapat tukaran syurga yang telah dijanjikan baginya di Akhirat nanti. Dapatlah dikatakan bahawa Allah memberi kehidupan dan harta milik orang-orang yang beriman serta berjanji dengan hanya balasan adalah Syurga bagi kehidupan sesudah mati. Konsep 'penjualan' ini mempunyai natijah yang amat penting dan dengan demikian kita mestilah terlebih dahulu memahami watak dan maknanya dengan sejelas-jelasnya(Bersamabung)

Petikan dari Kitab Cara Hidup Islam

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak