Sunday, May 23, 2010

"Sin Tax" Mesti Diasingkan – Dr Mariah


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud bimbang dengan tindakan kerajaan yang dilihat kurang sensitif membabitkan pengasingan hasil pendapatan percukaian daripada perusahaan haram yang didapati daripada judi, arak dan riba.

Menurut Dr Mariah bagi pembentangan usul di parlimen Jun ini, beliau akan menitikberatkan mengenai cukai arak dan judi yang tergolong sebagai cukai dosa atau ’sin tax’.

Maka beliau menggesa kerajaan agar mengasingkan cukai dosa atau ’sin tax’ ini daripada sebarang akuan atau dana terkumpul negara.

Kebimbangan ini wujud kerana punca dana itu turut diagihkan kepada orang Islam dalam bentuk gaji atau elaun sekaligus menjadi kegunaan seharian mereka.

"Pengasingan "sin tax" ini perlu supaya ia tidak digunakan untuk membayar gaji dan elaun kakitangan awam termasuklah kami sebagai Ahli Yang Berhormat. Lebih membimbangkan sekiranya dana itu digunakan untuk kebajikan atau membina masjid.

"Menjadi persoalan saya di parlimen akan datang untuk mengetahui berapa banyak pendapatan hasil daripada cukai arak dan judi ini yang dikumpul dalam dana yang disatukan (consolidated fund) negara? Kita mengambil berat kerana ia jelas merupakan pendapatan haram.

"Jika cukai dosa ini dicampurkan dengan cukai bersih daripada wang terkumpul negara maka secara tidak langsung ia menjadi darah dan daging rakyat kelak.

"Sekarang ini kita sudah ada judi bola pula yang mereka kumpulkan maka kita tidak tahu pengasingan dan terkumpul tersebut. Maka saya lihat kerajaan perlu peka mengenai hal ini," katanya kepada Free Malaysia Today.

Dalam pada itu beliau turut menyentuh mengenai pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka ia diambil secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, kerana arak jenis bir sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Turut menjadi kebimbangan apabila penglibatan peringkat umur yang lebih awal dalam arak ini.

"19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang disoal mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya beliau.

Ketagihan arak tidak jauh beza dengan najid dadah

Tambah beliau, kesan penggunaan arak ini amat berbahaya terutama kepada fungsi organ utama manusia.

Kesan utama penggunaan arak ini ialah gangguan otak yang menyebabkan kesedaran dan kecerdasan manusia untuk berfikir terganggu.

Maka fungsi ‘akal waras’ terganggu dan sering berlaku kemalangan, penderaan, pergaduhan dan pelbagai lagi.

"Arak beri kesan negatif kepada peminum, keluarga dan masyarakat. Kesan jangka panjang menyebabkan kerosakan organ tubuh termasuklah hati dan otak.

"Maka ketagihan arak atau alkohol tidak jauh beza dari ketagihan najis dadah," kata beliau sebagai menamatkan perbualan.

Free Malaysia Today

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak