Friday, May 28, 2010

UMNO BELUM BOLEH LENA? WALAUPUN ANAK SAMY VELU MOHON MAAF.. KRISIS MIC BERPANJANGAN

“Tolong ingat, hanya presiden semasa yang menunjukkan contoh kira-kira 40 tahun yang lalu, di mana beliau secara terbuka meminta presiden ketika itu Tun V.T. Sambanthan agar meletakkan jawatan.




Setiausaha Agung MIC pula pertikai tindakan Samy Vellu



PETALING JAYA 28 Mei — Setiausaha Agung MIC S. Murugesan menyertai kumpulan yang mempertikaikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang telah menggunakan kuasa presiden untuk memecat empat pemimpin dalam dua minggu lalu.

“Kuasa presiden untuk memecat hanya harus digunakan sebagai langkah terakhir dan bukannya sebagai opsyen pertama,” kata beliau dilantik ke jawatan itu September lalu.

Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dilantik.

Bagaimanapun Murugesan (gambar) enggan menyatakan sama ada beliau menyokong gesaan agar Samy Vellu juga perlu berundur segera.

Murugesan berkata, beliau mengadakan sidang media hari ini bukan untuk berbahas mengenai tempoh mandat presiden semasa ataupun untuk bercakap mengenai merit debat yang menggesa Samy Vellu meletakkan jawatan.

“Saya perlu berdiri (untuk membangkitkan tindakan presiden) dan saya bersedia untuk menghadapi kesannya,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Samy Vellu berhadapan dengan tekanan selepas memecat bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan daripada parti itu minggu lalu.

Mugilan kini menggerakkan usaha untuk menganjurkan kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), Ahad ini.

Samy Vellu mengambil alih kepimpinan MIC daripada mendiang Tan Sri V. Manickavasagam 31 tahun yang lalu baru-baru ini menjanjikan pelan peralihan kuasa pada suku ketiga tahun depan.

Bagaimanapun pengumuman itu mendapat tentangan Mugilan dan disusuli dengan dua anggota CWC K.P. Samy dan G. Kumar Aamaan.

Samy Vellu telah memecat Mugilan, Samy dan Kumar kerana mempertikaikan kepimpinan beliau.

Turut dipecat ialah Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya, V. Subramaniam atau Bharat Maniam.

Murugesan berkata peruntukan memecat ahli dalam perlembagaan MIC bukan bertujuan untuk melindungi presiden parti daripada dicabar.

“Tolong ingat, hanya presiden semasa yang menunjukkan contoh kira-kira 40 tahun yang lalu, di mana beliau secara terbuka meminta presiden ketika itu Tun V.T. Sambanthan agar meletakkan jawatan.

“Sejarah berulang dengan sendiri ataupun anda boleh menganggapnya sebagai karma,” kata Murugesan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Samy Vellu yang melantiknya sebagai setiausaha agung.

Bagaimanapun katanya, tanggungjawab beliau ialah melindungi parti dan kepentingan ahlinya.

“Bagaimanapun saya mempunyai tanggungjawab dan setia kepada MIC berbanding setia kepada mana-mana individu, meskipun individu itu adalah saya ataupun presiden parti,” kata Murugesan.

Malaysian Insider

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak