Oleh Syed Jaymal Zahiid

Guan Eng mencabar Muhyiddin untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. — Gambar fail
Lim juga menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pentadbirannya anti-Islam atas alasan kononnya telah membatalkan perarakan itu kali ini.
Sebaliknya beliau menjemput timbalan perdana menteri itu sendiri mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari akhir bulan ini.“Saya mencabar timbalan perdana menteri untuk menyertai perarakan ini apabila ia diadakan,” kata Lim sambil menambah, media arus perdana dengan sengaja membelakangkan berita atau tidak melaporkan perkara yang sebenar tentang Pulau Pinang.
“Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu,” kata Lim kepada The Malaysian Insider.
Ayid>> TPM tentu berhujah pula nanti, "Saya akan buat di peringkat Pusat" bukan di Pulau Pinang keke
No comments:
Post a Comment