Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

| Bapa hantar lima beradik ke rumah amal gereja

PETALING JAYA: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak sampai dua minggu lagi, lain pula dengan nasib lima beradik beragama Islam yang terpaksa menyambut 1 Syawal di bawah pengawasan sebuah gereja, dekat sini.

Difahamkan, setakat ini lima beradik terbabit masih beragama Islam tetapi dikhuatiri menukar agama jika waris atau penjaga mengarahkan mereka berbuat demikian kerana hak menentukan agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun terletak di tangan waris


Semuanya gara-gara tindakan bapa mereka menyerahkan lima beradik terbabit kepada gereja itu selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Yang menyedihkan, lelaki itu yang juga doktor, enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian

myMetro

Friday, June 18, 2010

Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada?

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya didakwa memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di Kanada, lapor sebuah laman anti-Taib - Sarawak Report.

Lamanweb itu mendakwa, ia termasuk kompleks mewah - Preston Square (kanan) dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa.

Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib.

Projek pembangunan utama tersebut, dakwanya, merupakan 'permata' kepada syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib.

Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada.

Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu
dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah (kiri).

Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - bernilai RM28 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibunegara Kanada (kanan).

Malaysiakini

Thursday, June 10, 2010

AHLI MAJLIS DIBELASAH - IBRAHIM ALI KATA TAK KENA MENGENA DENGAN PERKASA

"Ini tidak kena-mengena dengan PERKASA, Hanya kerana mereka memakai baju PERKASA tidak bermakna mereka ahli PERKASA,” katanya.- Ibrahim Ali





Ahli majlis kerajaan tempatan Selayang Allan Lim Ching How mendakwa dia dan pembantunya dibelasah oleh kira-kira 20 individu pagi ini.
Lim mengenalpasti mereka sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida). “Mereka memakai baju dengan logo PERKASA yang boleh dilihat dengan jelas,” katanya ketika dihubungi.

Pada kejadian 11.30 pagi ini, Lim, dan pembantunya, Zuhudi Ahmad mengalami kecederaan. Kelopak mata Lim dan bibirnya koyak dan lehernya lebam akibat disepak berulang-kali manakala Zahudi pula ditendang sekurang-kurangnya dua kali di bahagian perutnya.

Lim berkata beliau bergegas ke lokasi tapak pembinaan sebuah dewan yang dimiliki oleh pertubuhan Cina apabila diberitahu bahawa sekumpulan lelaki sedang menanggalkan papan tanda projek berkenaan di Jalan TIB 1, Taman Bolton di Batu Caves.

Sebaik tiba, Lim dan Zuhudi mendapati individu berkenaan dalam proses meruntuhkan papan tanda berkenaan. “Saya tanya mengapa mereka berbuat demikian tetapi lebih kurang 20 daripada mereka mula memukul kami,” katanya. Walaupun memperkenalkan dirinya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan Selayang, rayuan Lim supaya mereka tidak dipukul terus tidak dihiraukan.

“Ini Tanah Melayu, ini tanah kita bukan tanah orang Cina, kita tak takut,” kata Lim yang mengulangi apa yang diperkatakan oleh kumpulan berkenaan. Ketika kejadian, Lim mendakwa dua anggota polis berada di lokasi bagi memantau keadaan tetapi kumpulan berkenaan tidak mempedulikan mereka.

“Saya tak faham mengapa OCPD hanya menghantar dua pegawai polis bagi memantau keadaan, sedangkan terdapat antara 50 hingga 60 ahli PERKASA dan Pekida,” katanya.
Lim membuat laporan di balai polis Batu Caves petang ini. Dalam pada itu, presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang dihubungi berkata beliau tidak mengetahui mengenai kejadian itu yang membabitkan ahlinya.

"Saya di parlimen, Saya tidak tahu...Saya akan kumpulkan maklumat dahulu untuk menentukan sama ada ini benar atau tidak.


"Ini tidak kena-mengena dengan PERKASA, ia bukan polis kita untuk mengganas. Hanya kerana mereka memakai baju PERKASA tidak bermakna mereka ahli PERKASA,” katanya.

Malaysiakini

Saturday, May 15, 2010

JANDA PANAS - SERVICE ISTIMEWA PERJALANAN MALAM


ALOR SETAR: Dengan bayaran antara RM30 dan RM100, segelintir wanita berstatus janda dan isteri orang berusia 40-an, sedia menjadi teman sosial kepada pemandu kenderaan itu di negeri ini.

Difahamkan, kadar bayaran bergantung kepada tempoh masa mereka mengikut pemandu lori. Wanita terbabit juga menawarkan khidmat seks jika pelanggan sanggup menambah nilai kad prabayar telefon bimbit serta menanggung makan dan minum mereka sepanjang perjalanan.


Perbuatan tidak bermoral drebar lori tanah dan kontena itu dilakukan pada waktu malam di bangku belakang tempat duduk pemandu selepas selesai menghantar barangan ke destinasi tertentu. Kebiasaannya mereka akan berhenti di tepi jalan atau lebuh raya.


Cermin tempat duduk belakang yang digelapkan selain kedudukan lori yang lebih tinggi daripada kenderaan lain menyebabkan orang ramai tidak menyedari ada pasangan sedang ‘beraksi’ dalam kepala lori berkenaan.


Selain hubungan seks, pelacur lori turut melakukan seks oral kononnya bagi mengelak pemandu lori mengantuk ketika memandu.


Kegiatan itu didedahkan seorang pemandu lori tanah dikenali sebagai Awang, 53, (bukan nama sebenar) yang mengaku pernah melanggan beberapa janda dan isteri orang dalam tempoh sembilan tahun lalu.


Menurut Awang, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu selepas seorang rakan sekerja memberikan nombor telefon seorang janda yang pernah dilanggannya.


“Tanpa berfikir panjang, saya menghubungi janda dikenali sebagai Ayu, 40-an, (bukan nama sebenar) dan dia menemani saya menghantar tanah dari Jitra ke Kulim. Ayu pandai melayan menyebabkan saya ketagih untuk bersamanya,” katanya.


Menurutnya, jika menghantar tanah di luar daerah, dia menghubungi pelacur lori yang menunggunya di tepi jalan atau lebuh raya.

Awang yang bekerja sebagai pemandu lori sejak 27 tahun lalu berkata, ramai janda dan isteri orang dilanggannya membuatkan hubungan bersama isterinya, Wati, 48, (bukan nama sebenar) menjadi renggang.


“Isteri saya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan dia langsung tidak mengesyaki perbuatan itu kerana saya tidak pernah bermalam di luar. Dalam tempoh sembilan tahun itu saya menjadi ketagih sehingga hubungan dengan isteri dan anak-anak terjejas.


“Saya langsung tak mengendahkan isteri serta anak ketika di rumah,” katanya.


Awang yang kini sudah insaf dan bertaubat, mengakui layanan diberikan janda dan isteri orang yang dilanggannya itu agak hebat.

Baca sterusnya(My Metro)

Sunday, February 7, 2010

Islam ikhtiraf hak bukan Islam guna kalimah allah- Dr Asri


Dzulfikar Mashoor & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menegaskan bahawa perintah membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah 'Allah' merupakan suatu hak yang diiktiraf di sisi Islam.


"Isu ini (kalimah Allah) bukan menentukan agama siapa benar dan agama siapa yang salah. Ini adalah hak yang diiktiraf oleh suatu agama pada suatu agama yang lain," jelas beliau dalam Forum Kalimah Allah di sebuh hotel di sini, malam tadi.


"Ini bukan dialog teologi atau perbandingan agama, sejauh mana kadar untuk mereka (bukan Islam) dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah'."


Beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) turut mempersoal tindak-tanduk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana melarang masyarakat bukan Islam di Selangor dari menyebut nama 'Allah'.


"Jais gantung kain-kain rentang nama Allah untuk orang Islam sahaja, tetapi lagu negeri Selangor pun disebut nama Allah, takkan Jais nak tangkap orang bukan Islam yang menyanyikan lagu negeri dengan menyebut nama 'Allah'," ujarnya.


Jelasnya, pada logo polis pun terdapat kalimah Allah sedangkan logo tersebut turut dipakai oleh anggota-anggota polis yang bukan beragama Islam.


"Sepatutnya polis bersama-sama Jais tak boleh tahan masyarakat bukan Islam yang menyebut (kalimah) Allah, mereka kena tahan mereka dulu yang masuk Selangor kerana Selangor melarang orang bukan Islam (dari) menyebut 'Allah'," jelasnya.


Beliau yang juga pakar hadis mendedahkan suatu hadis sahih daripada Imam Bukhari sendiri pun merakamkan bahawa Raja Rom bernama Hercules turut diriwayatkan menyebut kalimah 'Allah'.

"

Hercules bertanya dia (Abu Sufian) banyak soalan, antara yang diriwayatkan Imam Bukhari: Sebelum dia (Nabi Muhammad s.a.w) diutuskan menjadi seorang rasul, pernahkah kamu menuduh dia sebagai pembohong," jelasnya.


Menurut beliau, Abu Sufian yang ketika masih tidak memeluk Islam berkata 'tidak', lalu Hercules berkata bahawa mustahil Muhammad itu berbohong menggunakan nama 'Allah'.


"Lalu Hercules berkata: Kalau Muhammad ini kepada manusia pun tidak berbohong, maka fahamlah aku bahawa mustahil dia berbohong atas nama 'Allah'."


"Hercules sebut nama Allah (walaupun) dia Raja Rom, dia Kristian...terjemahan Abu Sufian adalah dia (Hercules) menyebut nama 'Allah' dan terjemahan itu ada di dalam Sahih Bukhari," jelasnya.


Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng kemudiannya mendedahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula bergiat menghalang penerbitan akhbar mingguan The Herald terbitan Katholik bukan disebabkan akhbar itu memohon menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mereka.


Sebaliknya, menurut dakwaan Chua, KDN berasa tidak selesa apabila mendapati kandungan The Herald cenderung menyokong parti-parti pembangkang ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.


"Sewaktu Bersih (Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil) mengadakan demontrasi besar-besaran di ibu negara, The Herald Katholik menerbitkan di muka hadapan majalah itu gambar-gambar dan tulisan-tulisan menyokong Bersih," jelasnya.


Baca lagi

Friday, January 22, 2010

KALAU LELAKI DI PANGGIL SI TANGGANG! KALAU POMPUAN PANGGIL APA YE?


SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.


Ayid>> Diriwayatkan daripada Asma' r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Ibuku datang kepadaku dalam keadaan ingin menyambung hubungan silaturrahim, inginkan kesenangan dan kemewahan yang ada kepadaku serta meminta daripadaku. Bolehkah aku menyambungkan hubungan dengannya? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya! boleh

Wednesday, January 20, 2010

Banyak Nya Pasir Jual ke Singapura - Dr M

700 Lori Angkut Pasir Silika Ke Singapura Setiap Hari - Dr. M


PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad beranggapan bahawa ada pihak yang tidak bercakap benar apabila sebanyak 700 lori dengan muatan pasir silika didapati keluar dari Johor ke Singapura setiap hari.

Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu terdapat 500 lori membawa pasir itu ke seberang Tambak Johor setiap hari tetapi jumlah sebenar adalah lebih daripada itu.

"Saya ingat kita dah hentikan penjualan tanah kita kepada Singapura.

"Seorang teman memberitahu saya bukan 500 lori tetapi 700 buah. Itu jumlah yang banyak," tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini.

Read More

Saturday, August 1, 2009

Dataran Merdeka?








Dataran Merdeka?
11:40 Gas pemedih mata ditembak di Dataran Merdeka. Namun demikian, dilaporkan tiada orang awam berhimpun di situ. Ini menyebabkan beberapa anggota polis terpaksa melarikan diri sambil menutup hidung....HAHAHAHA
03:00 DS Nizar Jamaluddin ada di Dataran Merdeka menurut Mkini.


Sogo
12:10 Seorang protester ber T-shirt merah ditangkap berhampiran SOGO.Ini menjadikan ada 2 tahanan di dalam trak polis.

11:46 Gas pemedih mata yang dilepaskan menyebabkan orang ramai mengelak daripada berada di Jln utama.

11:44 Gas pemedih mata dilepaskan!! Daripada Jln TAR di antara Dataran and jalan utama ke SOGO.
01.20 Tiga lelaki berpakaian T-Shirt anti-ISA dan seorang perempuan di sekitar SOGO. Jalan ke Jln TAR ditutup. Lebih ramai yang berkumpul, kira-kira 1000.
02.20 Gas pemedih mata telah ditembak!, tetapi tiada asap. Kumpulan penunjuk perasaan tidak berganjak. Jumlah penunjuk perasaan dianggarkan lebih kurang 7000 orang.
02.30 Kumpulan penunjuk perasaan berada diantaran SOGO dan Kompleks Pertama bersama Salahuddin.
02:45 DS Anwar Ibrahim sudah tiba di Kompleks Pertama.
02:53 KL berubah rupa menjadi seolah-olah medan peperangan selepas Polis melancarkan gas pemedih mata, dan mengejar penyokong GMI ke dalam Pertama compleks & kedai-kedai.
03:00 Anwar, Kit Siang dan Salahuddin Ayub berada di Pertama Complex sekarang!!



Masjid Jamek
11:40 Pergerakan di sekitar Masjid jamek terkawal, beberapa SB yang berpakaian seperti orang awam menyamar sebagai antara peserta demonstrasi GMI. Namun begitu kumpulan ini mudah dikenali oleh peserta demonstrasi SEBENAR.

12:15 Polis meneruskan tangkapan di Stesen LRT Masjid Jamek ,menjadikan jumlah yang ditahan adalah 60 orang.
12:33 Tian Chua dan kumpulannya bertambah di sini.
12:44 Seorang Peguam Puspawati, ahli Suaram Secretariat ditahan oleh pihak polis. Walau bagaimanapun Polis membebaskan beliau setelah berbincang dengan teman-temannya.
01:15 21 orang ditahan setakat ini di CM. Sorang lelaki memakai ves PAS dan T-Shirt anti-ISA adalah yang terkini ditangkap.

01:26 Pegawai Polis Mohd Nor memberi amaran terakhir kepada penunjuk perasaan untuk bersurai dalam masa 15 minit!!

01:28 Daripada sumber maklumat rakan Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang sudah ditahan.

02:20 Kumpulan penunjuk perasaan telah bergerak ke SOGO.

02:30 Gas pemedih mata telah ditembak! Kumpulan penunjuk perasaan berpecah dan ada yang berlari ke arah Bank Negara

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak