Friday, February 12, 2010

PERAK AKAN TERUS DITINDAS


Cabaran kepada Menteri Besar BN, Zambry Abdul Kadir pasca kemenangan di Mahkamah Persekutuan adalah menunaikan retorik kerajaan bertanggungjawab dan kemahuan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang dicanangkan di dada-dada akhbar arus perdana.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata rakyat diberi ruang untuk melihat apakah Zambry ada kesungguhan untuk mentadbir Perak dengan adil, atau sekadar propaganda politik semata-mata.

“Sepanjang setahun mereka berkuasa, selepas mereka rampas kuasa, kami tidak mendapat satu sen pun. Jadi macam mana mereka menyatakan mereka telah memberikan peruntukan? Tiada apa cuma Zambry kata kalau ada malapertaka dia akan salurkan kewangan. Yang itu malapertaka lain. Tapi peruntukkan yang akan digunakan oleh pejabat daerah melalui ADUN sebab kami dipilih oleh rakyat, jadi kalau dia boleh buat macam itu maknanya dia ikut apa yang kita buat semasa kita berkuasa dulu”.

Nizar berkata demikian selepas menyatakan kesudian Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri BN di Perak.

Ketika Perak ditadbir Pakatan Rakyat, peruntukan Dun RM150,000 diagihkan kepada semua wakil rakyat termasuk BN.

Beliau berkata Zambry perlu mengangkat semua sekatan politik yang dikenakan, khususnya sekatan peruntukan yang seolah-olah hukuman BN keatas para pengundi di Dun-Dun Pakatan Rakyat.

“Kita mahu bekerjasama dengan kerajaan yang dianggap sah oleh mahkamah semalam dengan syarat, kalau syarat kita dipenuhi barulah kita dapat kerja sama, tapi kalau kami nak pakai dewan pun setahun yang lepas kami tidak dibenarkan. Kami hendak pakai padang, hendak pakai stadium tidak boleh, untuk rakyat. Jadi bagaimana kita hendak bekerjasama dengan kerajaan”.

Nizar bagaimanapun tidak terkejut jika BN enggan mengangkat sekatan keatas Dun-Dun Pakatan Rakyat, mahupun dasar pembaziran dan salahguna kuasa kembali subur di Perak.

“Saya rasa tidak membantu. Apa sahaja sumber-sumber hari ini digunakan untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka akan menang pada pilihan raya ke-13. Jadi mereka telah pun berkempen setahun yang lepas, mereka akan gunakan sumber kewangan negeri untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka kuat, Barisan Nasional kerajaan yang sah jadi dua tahun setengah ini mereka akan gunakan kempen untuk itu disamping menggunakan sumber-sumber yang ada”. -HY

Sumber

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak