Monday, February 8, 2010

JANAGAN SAMPAI MACAM INI - KAKAK OI

Kat sini jangan buat macam tu akak-akak sekelian. Nanti parah. Nanti habis abang-abang teksi, abang-abang lori ter'accident' sesama sendiri, tersondol bontot kereta/lori sesama sendiri. Nanti tergendala pulak mat-mat rempit nak merempit.

Nanti lumpuh satu KL kalau tunjuk macam tu. Semua abang-abang, pak cik-pak cik keluar nak ikut sama.

Perbuatan itu memanglah salah dari semua segi, moral, agama dan perundangan tak kiralah sekular atau Islamik sekalipun.

Tapi yang membuat saya tertarik dengan berita ini ialah, kesedaran politik kaum hawa terutama yang muda-muda, sanggup buat apa saja demi demokrasi tidak di'rogol'.

Mereka sanggup setengah bogel asalkan demokrasi mereka tidak di'rogol'. Sungguh tinggi kesedaran politik mereka. Mereka tidak berbaju cuma ber'pelekat' ditempat-tempat tertentu., hanya berseluar 'jeans'. [sumber.]

Itulah 'bayaran' yang tinggi untuk harga sebuah demokrasi.

Di sini, tak tahu nak dikatakan lagi. Apakah demokrasi sudah di'rompak, di'rogol', di'liwat' dan entah apa-apa lagi?

Esok hari penentuan demokrasi di Perak.

Mahkamah akan membuat keputusan, siapa yang lebih berhak menerajui Perak, di antara Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

Selaku penyokong Pakatan Rakyat sudah semestinya keputusan itu sangat-sangat dinantikan sesudah satu tahun Perak dilanda kemelut politik yang amat dahsyat.

Apakah demokrasi mampu ber'sinar' kembali di negeri yang kaya dengan bijih timah satu ketika dulu?


al-brangi

2 comments:

Mybabah said...

Salam Ayid. Saya memandangkan perompak tidak akan dengan mudah melepaskan hasil rompakan mereka. Kalau dulu mereka sanggup menggadai nyawa ketika merompak, mereka juga akan sanggup menggadai nyawa mempertahankan apa yang dirompak. Perjuangan mesti diteruskan. Saya yakin keputusan esok akan menambah iltizam Ayid dan rakan-rakan lain meneruskan perjuangan...

kijang said...

sama-samalah kita berdoa supaya Allah berikan keadilan kpd Hj nizar..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak