Lepas hampir 2 tahun PRU-12 selesai dan kecoh isu Kerajaan Perpaduan atau lebih dikenali dengan nama UG (Unity Government) wajah sebenar Mufti Perak, Tan Sri Harussani semakin terserlah.
Dalam kenyataan terbarunya dalam 1 program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mufti Perak itu jelas memaparkan wajah sebenar beliau yang bolehlah dianggap sebagai "Racist".
Jelas beliau dalam dialog tersebut:
"Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk Kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100% Melayu memerintah?"Memang jelas dan teramat jelas bahawa Mufti Petak ini datang dari baka "Racist".
Sepatutnya sebagai seorang Mufti yang tugasnya ialah memikul apa yang telah dijelaskan didalam Al-Qur'an dan Hadis, soal "bangsa" tidak perlu wujud lagi didalam apa sahaja kenyataan dan perlakuannya sebab didalam Islam, tidak pernah kita diajar supaya membeza-bezakan sesama kaum, agama dan juga bangsa.
Dalam Al-Qur'an surah Al-Hujurat ayat ke-13 ada menyebut:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).Kumpulan Rock Dewa pun ada ambik petikan surah dekat atas tu dan dijadikan lirik dalam lagu "femes" Kumpulan Rock tu. kalau tak silap aku tajuk lagu tu "Laskar Cinta". Bunyinya lebih kuran gini:
BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA, SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA. BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"Sedap lagu tu untuk peringatan. jauh lari dari tajuk asal dah ni. tapi sekadar untuk pencerahan. apa yang dinyatakan oleh Mufti Perak ni amat bercanggah dengan apa yang sepatutnya diamalkan sesuai dengan tarafnya sebagai seorang Mufti. Mufti ni tugasnya ialah mengangkat Agama Islam setinggi-tinggi tempat dimana dia (Mufti) berada dan bukannya menakut-nakutkan panganut agama lain dengan kenyataan-kenyataan yang bukan kearah mengimarahkan institusi agama Islam.
Kenyataan Mufti Perak ni lebih kearah mangangkat semangat "kebangsaan". kalau ikut sejarah awal Islam sampai sekarang, bangsa yang taksub dengan semangat "kebangsaan" dan juga tercatit didalam Al-Qur'an hanyalah bangsa "Yahudi'. tak kanlah sorang Mufti yang sepatutnya bersikap terbuka dalam hal "kebangsaan" nak mengikut jejak bangsa Yahudi..?
Ini bukan apa yang termaktub dalam Al-Qur'an, Sunnah dan Hadis.
Tak cukup dengan kenyataan berbau "perkauman/racist" tadi, Mufti Perak menambah lagi kenyataannya"
Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.Jelas dekat sini Mufti Perak tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk mengangkat Agama Islam yang suci ketempat yang sepatutnya tetapi lebih kepada cuba untuk melaga-lagakan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia.
"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat".
Mufti Perak yang sepatutnya lebih kedepan sebagai seorang "pendamai' antara mana-mana kaum, bangsa dan agama di Malaysia lebih berminat untuk melaga-lagakan sesama kaum, bangsa dan agama. semangat kebangsaan ala-ala "Yahudi" terlalu menebal dalam diri seorang manusia bernama Harussani yang memegang jawatan sebagai seorang "Mufti".
Dari kenyataannya aku dapat faham bahawa "jiwa" Harussani ni lebih kearah memartabatkan "bangsa" sahaja. pada pandangan Harussani, bangsa lain selain daripada bangsa Melayu adalah bukan Islam agaknya padahal Islam itu untuk semua.
Sebab itu Harussani tanpa segan silu merendahkan bangsa lain yang bukan Melayu bila dia dia mempersoalkan:
"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah?"Nampak sangat bangsa lain diperlekehkan seolah-olah hanya bangsa Melayu sahaja yang layak dan bagus dalam mentadbir. Harussani agaknya lupa bahawa selama ini Negara China yang menjadi Pusat Perkembangan Agama Islam di Asia pemerintahnya bukan bangsa Melayu.
Rasulullah s.a.w sendiri sebelum wafat telah mengutus sahabat Baginda untuk bekerjasama dengan Pemerintah China dan setelah sahabat Baginda Rasulullah s.a.w berhijrah ke China dalam misi tersebut, Pemerintah China bukan sahaja memberikan kerjasama bahkan memberi kedudukan-kedudukan istimewa dalam Pemerintahan Empayar China kepada para sahabat.
Malu kita pada Pemerintah China yang berbangsa China yang langsung tidak merendah-rendahkan para sahabat Baginda padahal sahabat Baginda itu bukan keturunan Melayu atau China jauh sekali seagama..!
Yang lebih memalukan ialah berhijrahnya sahabat Baginda Rasulullah ke China adalah atas niat mengembangkan Agama Islam. dalam hal ni Harussani patut malu pada Nenek Moyang orang-orang China di Malaysia kerana pada zaman sahabat Rasulullah berhijrah dulu, tidak pulak Nenek Moyang orang-orang hina yang dipandang Hina oleh Harussani ini menghalau atau menghalang niat para sahabat Baginda.
Tak pulak Nenek Moyang orang-orang China ni risau kununnya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w ini akan menjadikan orang-orang China sebagai "Boneka"..!
Hari ini, Mufti Perak, Tan Sri Hasrussani yang sepatutnya menjadi "penyambung" kepada perjuangan Baginda Rasulullah telah bertindak membelakangkan Rasulullah dengan menghina dan merendah-rendahkan bangsa China yang 1 masa dulu telah memberikan seluas-luasnya ruang untuk Rasulullah melalui para sahabatnya berdakwah mengembangkan Agama Islam sehingga Agama Islam sampai ke Asia dan Malaysia (pada masa tu lebih dikenali dengan nama "Tanah Melayu" kalau tak silap aku, aku tak berapa reti sejarah "Melayu" ni...).
Pada pendapat aku, Mufti Perak langsung tak layak memegang jawatan dia sekarang sebab Harussani ni taksub pada "bangsa'... mereka-mereka yang taksub pada "bangsa" ni tempatnya didalam Neraka Jahanam di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa yang berjuang di bawah panji-panji emosi, menjadi marah karena sikap berat sebelah (’asabiyah), atau menyeru ke arah ‘asabiyah, atau mendukungnya dan kemudian meninggal, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah" (sahih Muslim).Kenapa diakhir-akhir "umur" ini Harussani memilih untuk berada diatas jalan yang "diiktiraf" oleh bangsa Yahudi iaitu "Kebangsaan"..
"Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada Asabiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang berjuang di atas panji Asabiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang mati di atas Asabiyah" (Sunan Abu Dawud).
Perisik Rakyat
4 comments:
salam ayid..
orang mcm harusani ni tidak layak digelar mufti, beliau layak digelar tok celaka.. barua punya harusani, kalau berani letak jwtn tanding dalam pru13..
yid.. dtg jer la 14/3/2010 ni klau sudi.. ajak ijoks sekali.. buat kecik2 jer tu yg malas nak kecoh2 sebenarnya.. alamat umah tnya kat umi (anak mualaf). hehehe
dia nampak kemewahan dunia je skg ni. kemewahan akhirat dia x nampak lagi. so, doakan dia (termasuk diri kira sendiri) dpt hidayah ALLAH SWT.
huh.... ingatkan muka tok mufti dah bertukor jadi monyet ke ba alif ba ya tadi ... hehehhee
Post a Comment