Maka bermula lah… satu lagi siri “pembelian” ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Setakat ini tiga telah berjaya diumpan oleh Umno, manakala beberapa lagi mungkin menjadi ‘’mangsa” dalam tempoh beberapa hari lagi.
Tan Tee Beng, Zahrain Hashim dari Pulau Pinang dan yang terbaru Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai, Perak) memberi alasan mereka meninggalkan KEADILAN demi soal prinsip dan kebenaran.
Begitu juga bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Sallehuddin Hashim bertindak keluar dari parti itu, juga atas soal “prinsip.”
Tidak boleh ditolak kemungkinan beberapa lagi wakil rakyat KEADILAN juga akan mengisytiharkan diri Ahli Parlimen bebas atas soal “prinsip” dalam beberapa hari yang menyusul.
Sejauh mana mereka berpegang kepada “prinsip” boleh diukur daripada keengganan mereka mengosongkan kerusi yang dimenangi menerusi mandat yang diberikan oleh pengundi kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Retorik Zahrain, Tee Beng dan Mohsin mengenai “soal prinsip” adalah dengan sendirinya satu tindakan tidak berprinsip kerana mereka menodai hak dan mandat rakyat yang mengundi mereka KERANA mereka bertanding atas tiket KEADILAN dan Pakatan.
Mereka tunduk kepada gula-gula politik yang ditawarkan oleh Umno dan kini cuba meyakinkan rakyat menerusi arus media perdana bahawa mereka bertindak atas soal “prinsip.”
Begitulah mainan orang politik murahan (tajuk kecil) Begitu jugalah dengan Sallehudin yang menjadi orang tengah mengatur tindakan ahli parlimen berkenaan untuk lompat parti.
Sallehuddin diberi amanah untuk menjadi Setiausaha Agung KEADILAN dan sering mengajukan soal prinsip dan moral kepada akar umbi KEADILAN dalam melaksanakan tugasnya.
Namun apabila berdepan dengan keadaan tertentu, termasuk tidak mendapat jawatan yang menawarkan gaji lumayan dengan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, beliau bertindak keluar parti dan terus mengatur perjumpaan dengan Perdana Menteri Najib Razak.
Perjumpaan itu, sebagaimana perjumpaan Saiful Bukhari Azlan dengan Najib yang mencetuskan pertuduhan fitnah liwat kedua terhadap Anwar, memulakan satu lagi pusingan “pembelian” wakil rakyat KEADILAN.
Baca lagi
1 comment:
Salam Ayid,bagi saya kejadian ramai YB katak yg melompat masuk BN adalah satu rahmat dari Allah untuk membersihkan PR di mata rakyat.
Ibarat air bah yg menghanyutkan sampah sarap yg kotor dan jijik..Walaupun nampak menyusahkan tapi ia adalah satu proses pembersihan agar YB-YB yg bersama pakatan adalah yg benar-benar ikhlas memperjuangkan keadilan bukannya mencari kepentingan peribadi.
Post a Comment