Saturday, March 6, 2010

TERKINI..... ZULKIPLI DI PECAT DARI PKR




Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat. Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.
Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.


Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu. Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam. Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah.

Malaysiakini

1 comment:

Unknown said...

Salam. Lama babah menunggu api dlm Sekam ini dipecat. Namun babah percaya dia tidak akan letak jawatan. Dia mempunyai agenda tertentu. Babah rasa babah tahu. Tapi biarlah is terpendam di hati. Lama dulu lagi dah perasan perkara ni...

Komen dikirim dari BlackBerry.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak