Al Fatihah: "Syafia Humairah ditendang bagai bola" Saksi
Feb 27, 2010
“Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.
Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.
Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.
Baca lagi
Ayid>> Kita sering di war-warkan dari segi pemakanan yang sehat melalui media masa. Tapi kita kurang di dedahkan disegi pemakanan yang halal untuk membentuk peribadi dan sahsiah yang baik sebagaimana yang dikehendaki oleh agama kita (islam). Makanan yang haram akan mengikis sifat-sifat murni manusia dan merosakan mental tubuh manusia. Akibatnya ini yang berlaku. Wallah'ualam
1 comment:
Kalau diberi peluang, kawe sanggup bertomoi dgn mentaang gila yg bunuh sy( mcm shahidan kassim plak)afia humairah.Geram betul
Post a Comment